Part 2

69 10 5
                                    

Terpisat - pisat Aireen membuka mata bila terdengar bunyi pintu kereta ditutup. Anak matanya menangkap kelibat Ayy yang sedang bersandar di kereta sambil memandang ke arah sebuah rumah yang kosong tanpa penghuni.

"Rumah siapa ni Ayy. Sunyi je macam tak ada orang "

Ayy menoleh sekilas ke arah Aireen dengan senyuman yang cukup manis . Senyuman yang tentu saja boleh mengetarkan naluri mana - mana gadis yang memandang.

"   Reen.Tadah tangan kejap "

Apa hal pulak la mamat ni nak suruh aku tadah tangan bagai ni. Nak baca doa selamat ke ayat pendinding ni Ayy ?

Mahu tak mahu Aireen hulur juga tangannya. Bulat mata Aireen bila Ayy meletakkan segugus anak kunci di telapak tangannya. Maksudnya ?

" Rumah siapa ni Ayy ?"

" Rumah aku..Baru dapat kunci tadi. Tu yang aku ajak kau datang sini pasal aku dah niat nak sama-sama masuk rumah ni dengan orang yang paling penting dalam hidup aku "

" Warghhh... Tahniah Ayy. Tercapai jugak cita - cita kau nak beli rumah sendiri ya. "

" Ala Reen.. Rumah second hand je "

Ayy sengaja mempamer raut wajah sedih. Pada hal kalau ikut hati nak aje dia buat joget Raver sekarang ni..

Yieehaaa... impian dah jadi kenyataan.

Aireen segera membuka pintu dan memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

" Perghhh..... Ayyyy... Cantiknya rumah nie "

" Ayy... bilik ni nampak pelik tapi kau renovate sikit buat letak wardrobe.. Cun apa "

" Dapur dia western design ni Ayy.. Cantik la mosaic dia "

Dan seterusnya...

Ayy itu..

Ayy ini...

Sudah tak tahu rumah siapa sekarang ni pasal nampak ketara sangat budak Aireen ni yang lebih teruja.

Dan Ayy mengucap syukur dalam hati bila diberi peluang memiliki rumah yang sangat cantik seperti yang diidamkan selama ini.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now