Part 16

52 4 0
                                    

Usai mengambil solat Maghrib Aireen duduk berteleku di hadapan cermin. Memandang wajahnya yang kian lesu dan tak bermaya. Aireen mengoles wajah pucatnya dengan solekan sederhana.

Malam ini majlis pernikahan Ayy dan Husna. Aireen sudah berjanji untuk hadirkan diri. Biar apa pun kemelut diantara mereka sebelum ini Aireen lebih senang memilih memulihkan kembali persahabatan yang terjalin.

Dipandang kotak hadiah yang terletak kemas di atas katil. Pemberian terakhir dari seorang Aireen kepada insan yang paling penting di dalam hidupnya.

Benar cinta itu amat menyakitkan namun harus diakui cinta juga bukan seharusnya memiliki.

Terkadang melihat insan yang kita sayangi itu bahagia adalah nikmat yang terindah. Menyintai tanpa syarat biarpun pedih pasti memberikan seribu ketenangan.

Aireen menghela nafas seketika. Gambar - gambar sepanjang persahabatan dia dan Ayy diperhati satu persatu. Senyuman dan keletah Ayy selalu mencuit hati.

Maafkan aku Ayy.

Bukan aku tak sudi untuk menerima kau hadir di dalam hidup aku. Tapi kau yang terlewat menyedari hadirnya aku. Kau yang mengundang Husna datang bertamu. Aku takkan sesekali melukakan hati sesiapa biarpun aku sendiri yang terluka.

Zachery takkan pernah mampu mengambil alih tempat kau dalam hati aku. Kau orang pertama yang selalu buat aku bahagia. Kau orang pertama yang sangat aku percaya. Kau benar - benar lelaki limited edition Ayy.

Rasa sakit dibahagian perut Aireen mula menyucuk. Keperitan mulai mencengkam seluruh tubuh Aireen. Kesakitan yang sudah bertahun Aireen rahsiakan dari semua orang.

Aireen bergerak perlahan dan merebahkan dirinya di atas katil. Seluruh tubuhnya mulai dipenuhi peluh dingin yang merenik. Kesakitan hampir tidak tertanggung lagi. Pandangan mata Aireen berpinar - pinar sebelum berubah kelam.

Disana  Ayy sedang berdebar dihadapan Tuan Kadi. Pernikahannya akan bermula sebentar lagi. Ayy tebar pandangan kesekeliling. Dia sangat berharap untuk melihat kelibat Aireen sebelum bergelar suami kepada Husna. Namun sayangnya hanya kekecewaan yang dia perolehi.

Sampainya hati kau Reen.

Kau dah janji nak datang.

Tapi bayang kau pun aku tak nampak.

Majlis malam itu berlangsung sempurna hanya dengan sekali lafaz sahaja. Dan Ayy sudah pun bergelar seorang suami. Terkilan hatinya bila detik paling indah ini tidak dapat dikongsikan bersama Aireen.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now