part 4

56 9 2
                                    

Sudah seminggu Aireen dan Abang Fuad berada di rumah Ayy untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Aireen yang sibuk mengecat dinding bilik tidur utama kelihatan begitu khusyuk dengan kerja yang paling disukainya itu.

Bermain dengan berus dan cat selalu membuatkan Aireen tenggelam dalam dunia yang tersendiri. Apatah lagi Ayy menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Aireen untuk mengubah wajah rumah barunya ini.

" Reen.Aku ingat aku nak tukarlah warna rumah ni. Agak - agak kau warna apa sesuai eh Reen ? "

Aireen pandang sekeliling. Sebenarnya Aireen sendiri sudah lama simpan hasrat mahu memiliki sebuah rumah idaman namun masih lagi belum kesampaian.

" Kalau kita cat warna putih nak tak Ayy ? Putih shinning. Rumah ni cantik dah Ayy..Kalau warna putih senang nak match dengan perabut. Lagipun kau kan single. Lambat la kotor rumah ni "

" Aku ikut je idea kau Reen asal kau jangan cat rumah aku ni colour pelangi sudah...Tak pasal -pasal jadi kindergarden nanti "

Jauh sungguh Aireen mengelamun.

" Reen.....oooo Reen "

Dah kenapa dengan budak Aireen yang mengecat sambil tersenyum seorang ni. Pelik pulak Ayy bila panggilannya tidak bersahut.

Diam - diam Ayy atur langkah mendekati Aireen.

" warghhhhh......!"

Sergahnya betul - betul di cuping telinga Aireen. Terkejut Aireen bukan kepalang bila Ayy buat begitu. Mujur cat di dalam tray tak terlungkup.

Aireen tahan geram. Diacunya roller cat hampir kena ke pipi Ayy. Secepat kilat Ayy mengelak sambil gelak - gelak.

" Ada apa Ayy.. Kau tak ada kerja lain ke nak main sergah-sergah ni. Kalau aku kena heart attack kau cat la sendiri rumah kau ni "

Gumam Aireen sedikit bengang dengan keletah Ayy. Kacau la Ayy ni. Aku baru nak berangan.

Haishhhh...

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now