part 12

48 4 0
                                    


Untuk kesekian kalinya Aireen menolak pelawaan Ayy untuk keluar makan tengahari bersama. Alasan demi alasan diberikan. Semuanya buat Ayy bertambah bingung.

Deringan telefon mematikan lamunan Ayy. Tertera nama Husna di skrin. Ayy capai juga walaupun terselit rasa malas di hati.

" Assalammualaikum awak ," lembut suara Husna menerjah ke gegendang telinga.

" Waalaikummussalam Husna. Ada apa call saya ni?," soal Ayy mendatar.

" Awak dah lupa ke kita dah janji nak keluar beli barang pernikahan tengahari ni ?"

Ceria suara Husna. Teruja untuk membeli kelengkapan pernikahan mereka yang tinggal hanya berbaki sebulan sahaja lagi.

Ayy tepuk dahi sendiri. Terlupa akan janjinya pada Husna. Segera Ayy bingkas bangun dan melangkah keluar dari rumah untuk mengambil Husna.

Tidak mahu membiarkan Husna menanti terlalu lama. Sepanjang perjalanan ingatan Ayy lebih terarah kepada Aireen.

Aireen yang menghindar secara perlahan- lahan. Aireen yang tidak lagi mahu tertawa dan berkongsi cerita. Aireen yang sering berdalih bila diajak bersua.

Setiap kali mengingatkan Aireen hati Ayy bagai tertusuk luka. Kenapa Aireen sanggup meninggalkan dirinya sendirian dalam dia ingin Aireen terus berada disampingnya.

Rumah itu banyak mengabadikan momen - momen indah mereka berdua sebelum segalanya berubah kelam.

Setiap ruang yang terbentang sentiasa menghadirkan Aireen dalam ingatan. Ketawa Aireen. Senyuman nakal Aireen. Kalut Aireen. Wajah duka Aireen.

Arghhhhhh.....

Ayy hempas tangan di stereng.Marah pada dirinya kerana kehilangan Aireen dalam keadaan dia sendiri tidak tahu apa puncanya.

Nak kata kerana kehadiran Husna langsung tidak mungkin kerana Aireen yang bersungguh - sungguh mahu dia menikahi gadis itu.

Namun kenapa setiap kali bersama Husna jiwanya kosong. Kenapa Husna tidak mampu membangkitkan segenap rasa ceria.

Husna yang sentiasa patuh pada setiap butir bicara Ayy. Husna yang sangat bertolak ansur. Husna yang langsung tidak pernah membantah. Husna yang sentiasa menjaga adab dengan teliti.

Bunyi hon dari kenderaan bertentangan membuatkan Ayy tersentak. Nyaris Ayy melanggar kereta berkenaan. Mujurlah pemandu tersebut pantas mengelak.

Ayy berhentikan kereta dipinggir jalan.Bingung dengan dirinya sendiri. Semakin dekat hari pernikahannya semakin kuat ingatannya kepada Aireen.

Aireen. mana kau hilang?

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now