part 11

46 4 0
                                    


Alhamdulillah lega hati Aireen melihat keadaan Abang Fuad yang mulai beransur segar. Tak terucap kalimah kesyukuran di dalam hati.

" Ayy, terima kasih ya banyak tolong aku "

"Tak ada apa - apalah Aireen. Tak payah nak berterima kasih sangatlah. Pening aku "

Memang Ayy pening pun dengan sikap Aireen yang tak henti - henti mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan.

" Ayy, Abang Fuad belum makan lagi. Kita singgah Chao Praya nak tak. Kita makan sup ekor dekat situ "

Ayy angguk kepala dan terus memandu ketempat yang dimaksudkan. Kebetulan Ayy banyak cerita yang ingin dikongsikan dengan Aireen.

Sambil menikmati juadah yang terhidang rancak mereka berbual tentang pelbagai perkara.

" Mak kau macammana Ayy. Apa doktor kata ?"

" Banyak faktor Reen "

" Aku rasa mak kau sunyilah Ayy. Kan dia duduk seorang diri kat kampung "

" Ha.Ayat tu Kak Ngah ada bagitau aku "

" Aku rasa cuma ada dua jalan penyelesaian je Ayy "

Ayy pandang wajah Aireen sedalam -dalamnya.

" Pertama kau kena carikan mak kau pasangan. Means untuk dia ada kawan berbual "

Perlahan Aireen menutur kata. Ayy tekun mendengar setiap patah kata yang terluah. Untuk kebaikan mak apa pun Ayy sanggup lakukan.

" Yang kedua ? "

Aireen senyum sambil mengangkat kening. Sekali pandang dah macam Ziana Zain pencen pun ada.

" Yang kedua anak bongsu mak kena cepat - cepat  bernikah  supaya menantu mak boleh jadi kawan berbual mak "

Tersedak Ayy sekejap. Aireen ni ada bela saka ke apa. Ayy belum buka mulut lagi pasal rancangan mak yang ingin menjodohkan dia dengan anak rakannya.

" Reen , pasal jodoh tu sebenarnya mak nak kenalkan aku dengan anak kawan mak "

Aireen teruja mendengar penjelasan Ayy. Ayy hulurkan telefonnya dan menunjukkan gambar seorang gadis manis bertudung labuh kepada Aireen.

" Wah..Cantiknya dia Ayy. Sesuai sangat dengan kau ni Ayy. Pandai mak pilih jodoh anak dia kan Ayy "

Alhamdulillah akhirnya sampai juga jodoh Ayy. Sungguh manis gadis pilihan mak Ayy. Bekas guru sekolah Tahfiz lagi.

Namun mengapa dalam senyuman yang terpamer perlu bersulam airmata dinurani yang tersembunyi.

Mengapa hati Aireen kebasahan seketika sedang itulah doa yang selalu dia panjatkan untuk Ayy dalam setiap sujudnya.

Semoga kau bahagia Ayy.

Biarpun duka itu milik aku.

Sungguh hilang sudah selera Aireen di malam itu.

Dia...Limited EditionМесто, где живут истории. Откройте их для себя