part 6

53 7 2
                                    

Hari ini hari terakhir Aireen berada di dalam rumah yang begitu indah ini. Perasaan Aireen bercampur baur.

Gembira kerana sedikit sebanyak dia dapat memenuhi setiap keinginan.

Sebak bila dia mengingati kelukaan demi kelukaan yang Ayy perlu hadapi semenjak Riena pergi meninggalkan sahabat baiknya itu.

Sungguh jauh dalam sudut hati Aireen paling dalam dia begitu menginginkan Ayy kembali tersenyum dan tertawa.

Aireen selalu terpandangkan rona-rona kesedihan yang menghuni kolam hati Ayy.

Anak mata Ayy tidak pernah mampu menipu Aireen. Dan setiap kali itulah hati Aireen menjerit. Semoga kau tabah Ayy.

Pagi itu Aireen hanya duduk berteleku di meja kayu yang terletak di perkarangan rumah Ayy.

Semenjak kebelakangan ini Abang Fuad selalu tidak sihat. Kebanyakan tugas Abang Fuad terpaksa diambil alih oleh Aireen.

" Bang Fuad , saya nak pinjam Aireen kejap ya. Nak bincang pasal sangkar Si Kuning ni "

Abang Fuad hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Dia sedia maklum keadaan Aireen yang kelihatan tidak sihat.

Ayy berjalan menuju ke arah Aireen yang hanya banyak melempar senyum dari berkata-kata.

" Reen.Hari ni kau tolong aku buat design sangkar untuk Kuning eh "

Ayy ambil kedudukan berhadapan dengan Aireen.

" Hari ni aku tak nak buat apa-apalah Ayy. Aku nak berhibernasi je "

Ayy pandang Aireen.

" Hibernasi ? Dah macam arnab pulak kau ni Reen "

Tergelak kecil dia mendengar jawapan Aireen.

Dalam pada itu jemari Ayy lancar menari di atas kertas melakar rekabentuk sangkar.

Aireen hanya diam memerhatikan Ayy yang bersungguh-sungguh menjelaskan itu dan ini.

" Ayy..."

" Hem..."

Ayy mengangkat kepala memandang ke arah Aireen.

" Aku rasa tak sesuailah kau letak curve kat situ. Rumah kau ni dah cukup cantik tau tak. Aku rasa tak payah kot buat macam tu "

Ayy kerut dahi. Dia pasti Aireen ada idea yang tersendiri.

" Kan bagus kalau kau deal ngan Abang Farhan supaya panjangkan aje besi sangkar tu ikut level simen. Maksud aku macam ni...."

Lincah Aireen menerangkan tentang rekabentuk yang bermain di dalam fikirannya.

" Aku setuju idea ni Reen.."

Aireen tersenyum puas bila ideanya diterima pakai walau sakit dikepalanya mulai terasa.

Aireen pejam mata.

Migrainenya sudah menyerang.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now