part 3

69 11 13
                                    

" Reen.. "

Aireen menoleh sekilas ke arah Ayy yang sedang memandang ruang bilik utama sambil terfikir-fikir.

"  Ada apa Ayy.Kau nak hadiahkan rumah ni kat aku ke ?"

Soal Aireen bersahaja sambil menjongketkan kening.

Ayy cekak pinggang.

" Tak ada maknanya aku nak bagi kat kau. Aku ingat nak minta tolong Abang Fuad la Reen untuk renovate rumah aku ni "

Aireen nampak teruja bila Ayy ingin mendapatkan khidmat abangnya untuk mengubahsuai rumah barunya ini.

" Wahhhh...... Best giler la idea kau Ayy. Hurmmm.. Nanti aku nak datang jugak la Ayy. Aku nak tolong mengecat boleh ?"

Ayy angguk kepala sambil jarinya bermain - main di dagunya yang berlekuk.

" Reen.. Nanti kita buat kerja sama - sama eh. Mesti seronok "

Reen lempar senyum lebar. Entah kenapa hati Aireen sudah terpana disini. Rumah ini benar - benar buat Aireen jatuh cinta.

Mata Aireen membulat bila terpandangkan sesuatu yang sedang merayap menuju ke kaki Ayy.

Aireen simpan senyum kerana dia tahu pasti sekejap lagi Ayy akan menjerit ketakutan. Dan bila benda itu sudah pun berada di sebelah kasut Ayy..

"Ayy...."

Ayy yang sedang leka membelek tombol pintu memandang Aireen.

" Pen kau jatuh kat kaki kiri kau tu "

Ayy menundukkan pandang dan hanya sesaat Ayy sudah jauh melompat memeluk dinding di hadapannya.

" Aireeeennnnnn...! "

Aireen ketawa lepas melihat gelagat Ayy yang sememangnya penakut dengan lipas.

Aireen pijak lipas guna kasut. Hujung sesungut lipas dipegang dan selamba dia menuju ke arah Ayy yang sudah terjerit - jerit.

"Reeennnn....buanggggggggg..! "

"Eh..hensem - hensem cam ni takut dengan lipas ke Ayy.."

Giat Aireen dalam ketawa tak mampu di tahan - tahan.

" Mana ada takut....Geli....Lipas tu busuk kau tau tak ? "

Aireen semakin datang mendekat.

Ayy tekup muka di dinding. Meremang bulu romanya membayangkan kalau Aireen buat kerja gila baling lipas ke arahnya.

Ada demam budak Ayy ni nanti.

Aireen buang lipas keluar tingkap sebelum menghampiri Ayy semula.

"Ayy...Dah tu. Aku dah buang...."

Ayy tarik nafas lega.

Jaga kau Aireen. Ada cempedak ada nangka.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now