Part 14

44 4 0
                                    

Suasana seakan menyepi seketika. Renungan tajam Ayy dan sikap Aireen yang membisu menambahkan kejanggalan diantara mereka.

" Siapa ni Reen ?"

" Saya Zachery.."

" Bakal suami aku "

Belum sempat Zachery menghabiskan kata -katanya Aireen sudah bersuara.Kata - kata Aireen membingungkan lelaki itu. Baru semalam Aireen menyatakan penolakannya terhadap perasaan Zachery.Pasti Aireen ada sebab yang tersendiri bila bertindak sedemikian.

Kenapa bagai ada bom yang meledak seluruh ketenangan Ayy saat ini. Kenapa Aireen tergamak merahsiakan kehadiran Zachery dari Ayy.

" Oh, bakal suami. Tahniah Aireen. Tahniah Zachery "

Ayy tak mampu untuk berada lama disitu. Aireen benar-benar telah membuang dirinya. Terlupakah Aireen tentang persahabatan mereka sehingga dia langsung tidak tahu apa- apa tentang Zachery.

Ayy bergegas menuju ke arah Husna yang jelas terpinga-pinga disaat Ayy mengajaknya pulang. Keruh wajah Ayy mengundang seribu persoalan apatah lagi setelah dia melihat Ayy menemui gadis tadi.

" Ayy, siapa gadis tu ?" akhirnya terluah soalan dari bibir Husna sewaktu Ayy menghantarnya pulang.

" Reen ," ringkas Ayy menjawab sebelum terus berlalu pergi.

Jawapan pendek yang terluah dari bibir Ayy telah menjelaskan semuanya. Selama ini Husna selalu tertanya- tanya tentang gadis yang bernama Aireen itu. Gadis yang selalu menjadi bahan bualan bila dia bersama Ayy.

Ada persoalan yang perlu dilunaskan hari ini. Ayy benar - benar tidak peduli lagi. Aireen harus membayar semua kegalauan ini.

Malam itu Ayy sudah terpacak di hadapan rumah Abang Fuad. Sama ada Aireen mahu atau tidak dia harus menemui Ayy sekarang juga.

" Assalammualaikum bang. Aireen ada ?" lembut sapaannya usai melihat kelibat Abang Fuad yang membuka pagar.

" Ada. Lama tak nampak kau Ayy. Maklumlah orang sibuk nak menikah," giat Abang Fuad sambil tersenyum.

" Masuklah dulu Ayy. Abang panggilkan Aireen sekejap ya "

Ajakan Abang Fuad ditolak baik oleh Ayy. Dia lebih senang menanti kehadiran Aireen di sini sahaja. Pandangannya tertebar keseluruh taman yang menghijau dan segar.

Aireen memang sukakan tanaman. Beraneka jenis pokok ditanam.Setiap masa sengang akan dihabiskan di taman mininya ini.

" Assalammualaikum Ayy," perlahan suara Aireen mengejutkan Ayy.

Ayy berpaling ke belakang dan melihat Aireen sudah berdiri disitu.

Melihat keruhnya wajah Ayy membuatkan Aireen keresahan. Dia kenal benar sikap Ayy yang akan menagih sebuah jawapan.

Bagi Ayy tiada persoalan yang harus terbiar tanpa penjelasan. Aireen sangat tahu hakikat itu.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now