LFDW - Chapter 6

3.3K 302 10
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Wake up Hazel..." bisik Kris di tepi telinga Hazel. Dia tersenyum melihat Hazel yang sedang menggeliat kecil.

"What time is it?" Hazel bersuara dalam keadaan mamai dan masih belum menyedari yang Kris berada di tepi katilnya dan sedang memerhati tepat ke arahnya.

Kris tidak menjawab pertanyaan Hazel sebaliknya dia hanya memandang Hazel dengan mata yang tidak berkelip.

Mata terus dibuka perlahan-lahan. Rasanya aku ada dengar suara seseorang tadi. Tapi siapa ya?oh ya aku sedar yang aku mimpi rupanya. Bisik dalam hati Hazel dengan penuh yakinnya.

Melihat gadis itu seperti tidak menyedari kewujudannya di sebelah. "Ehem!" Kris terus berpura-pura batuk membuatkan Hazel lantas mengalihkan pandangan ke sebelah.

"Arghh!" jerit Hazel begitu kuat. Akibat terlalu terkejut Hazel terus sahaja membuang bantal ke arah Kris. Namun bantal itu masih berjaya disambut dengan tenang.

"Kau boleh tak jangan buat saya terkejut?kalau nak bangunkan saya pun buatlah cara macam ayam yang selalu berkokok tu," marah Hazel namun suaranya diperlahankan sedikit nanti takut pula dia kalau ahli keluarganya mendengarnya seperti tengah bercakap seorang diri. Hazel mengurutkan dadanya perlahan. Nasib baiklah tak ada sakit jantung.

"Sorry, saya cuma nak bangunkan kau tadi. Tapi tak tahu pula nak buat cara macam ayam yang selalu berkokok tu. Kalau kau nak jadi ayam berkokok kau je lah yang jadi," ujar Kris sambil berpeluk tubuh.

Hazel menjeling sekilas lelaki itu. "Tak apa.
Aku tak suruh kau pun untuk bagitahu aku jadi ayam berkokok. By the way terima kasih sebab tolong bangunkan saya," Hazel turun dari katil lalu mencapai tuala mandinya. Dia sempat memandang jam sebelum menuju ke bilik mandi.

"Oh sebelum tu saya nak minta tolong sesuatu," Hazel menghentikan langkahnya lalu memandang ke arah Kris semula.

"Tolong apa?" tanya Kris seraya menjongketkan keningnya. Dah bermacam-macam perkara yang bermain di dalam otak aku sekarang ni. Eleh yang positive thinking je pun bukan yang lain. Bisik hatinya perlahan.

"Tolong keluar dari bilik saya. Saya nak mandi dan kau jangan pula nak ambil kesempatan.Kalau tak kau nampak ni?" Hazel menayangkan buku limanya kepada Kris.

Kris mengeluh perlahan. Aku fikir apalah sangat rupa-rupanya diminta keluar pula. "Kalau macam tu saya nak pergi tolong bangunkan keluarga kau yang lain," ujar Kris penuh selamba. Hazel sudah mula bercekak pinggang. Kris pula hanya buat tidak tahu.

"Ala salah ke apa yang aku cakap?" katanya lagi.

"Kau jangan buat hal awal pagi ni boleh tak?kau...grrr...rasa macam nak jadikan kau bola sepak je biar aku boleh tendang kau setiap hari," Hazel mengetap bibirnya dengan penuh geram.

"Rasanya saya tak ada buat hal pun. Auch sakit tu. Kan bagus kalau kau jadikan saya patung boleh juga kau peluk saya setiap hari. Okeylah kalau macam tu saya keluar dulu. Take your time and bye," Kris terus melangkah keluar dari bilik Hazel dengan gelak tawa yang sengaja dibuat-buat.

***

"Morning mum , Hayden and dad," sapa Hazel dan sempat lagi memandang di sekeliling. Namun, matanya terhenti apabila melihat Kris yang sedang bersandar di dinding sambil melihat kearahnya.

"Hazel...why are you looking that wall too long?" Sebastian bersuara apabila perasan akan anaknya yang memandang ke arah dinding itu dengan muka yang kegeraman.

"Oh it's nothing dad. I'm just see the lizard and that is so annoying. I hate it," Hazel berkata dengan nada yang menyindir.
Suaranya pula sengaja dikuatkan agar dapat didengari oleh Kris.

"Hazel tak payah sangat nak benci cicak tu kalau kau jatuh cinta dengan cicak tu suatu hari nanti baru kau tahu. Padan muka!" Hayden tersenyum mengejak. Gembira kejap sebab berjaya mengenakan adiknya di awal pagi yang indah ini.

Hazel yang baru ingin minum tersedak apabila mendengar kata-kata abangnya. Ini namanya menyampah sangat ni!

Hazel memandang ke dinding itu semula dan berharap agar Kris sudah hilang namun sangkaannya salah apabila melihat Kris yang masih lagi bersandar disitu.

Muka Hazel terus berubah menjadi merah apabila Kris mengenyitkan mata kearahnya.
Gila punya hantu!kalau nak pikat aku pun pikatlah abang aku tu dulu. Dia yang nak sangat bercinta dengan cicak. Apa kurangnya dia pun cantik juga.

"Hazel...did you already miss the missing lizard there?" kata Hayden yang masih lagi dalam mood ingin mengenakan adiknya.

"You better shut up your mouth brother!I am not intresting with your joke!" marah Hazel lalu menjeling tajam ke arah Hayden.

"This is my mouth not yours little sister. I can talk how much I want," balas Hayden pula. Sebastian dan Katherine pula hanya menggelengkan kepala melihat anak mereka.

"But I have a right property to ask you to shut up. You know what you can make a person-" belum sempat Hazel menghabis kan ayatnya Katherine sudah memintas.

"Enough!I'm not going to hear the debate between both of you. Hazel tomorrow you are going to start your new school so you should be prepare not like this always have an angry argument with your brother," pesan Katherine dan hanya mampu menyabarkan diri dengan perangai dua orang anaknya itu.

Hayden menjelirkan lidahnya ke arah Hazel. Hazel lantas memijak kaki Hayden dari bawah meja dan ketawa mengejak apabila abangnya mengaduh kesakitan.

"This is why I hate girl sometimes," Hayden menahan sakit pada kakinya. Bukan kemain sakit almaklumlah jenis kaki adik aku ni mengalahkan kaki gajah pun ada.

"So be careful with girl others day," Hazel tersenyum sinis. Dia menjeling sekilas Kris yang hanya menjadi pemerhati dari tadi. Lelaki itu pula menjadi mangsa kemarahannya.

Ini yang aku pelik sekarang. Kenapa aku seorang je yang dapat melihat Kris sedangkan yang lain tak nampak dan setahu aku deria aku ni ada lima sahaja tak ada tambahan satu pula.

Enjoy🍀

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now