LFDW - Chapter 62

1K 86 3
                                    

Di sebalik semak samun Xander mengintip kereta Kyra yang akhirnya bergerak keluar dari kawasan rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di sebalik semak samun Xander mengintip kereta Kyra yang akhirnya bergerak keluar dari kawasan rumah. Xander mendail nombor Xavier. Beberapa saat kemudian, panggilan itu disambut.

"Kereta dia menuju ke arah utara. Its almost 10:00 a.m. rasanya dia pergi di tempat rahsia mereka," kata Xander.

"Okey I got it. Aku dah nampak kereta dia. Ada apa-apa aku call nanti," kata Xavier lalu meletakkan telefonnya. Dia mengikut kereta Kyra dari belakang tetapi masih ada jarak sedikit kerana tidak mahu Kyra akan perasan dia mengikuti kereta gadis itu dari belakang.

Kereta Kyra mula membelok ke kanan dan Xavier sempat melihat nama jalan itu. Jauhnya kau pergi. Getus dalam hati Xavier.

Kereta Kyra sekali lagi membelok ke kanan sebelum membelok ke kiri. Xavier memperlahankan keretanya apabila tersedar Kyra yang mula memperlahankan keretanya.

Tidak lama kemudiaan kereta Kyra memasuk ke satu kawasan yang agak terpencil dan boleh dikatakan jauh dari kawasan bandar.

Xavier memperlahankan keretanya apabila melihat kereta Kyra akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan yang terbelangkai namun masih ada satu lampu yang berpasang di tingkat paling atas bangunan itu.

Xavier mematikan enjin keretanya dengan secepat mungkin. Dia memerhatikan gerak geri Kyra yang menuju ke dalam bangunan itu.

Dia menuju dengan lebih dekat ke arah bangunan itu. Tidak jauh dari tempat persembunyiannya dia ternampak Shawn dan Kyra seperti sedang berbincang sesuatu.

Kyra tersenyum sinis memandang Hazel yang tertidur di atas kerusi dengan tangan dan kaki yang diikat.

"Budak ni tak melolong menjerit minta bantuan ke sepanjang kau berada di sini?" ujar Kyra.

"Tak. Dia just minta aku air dan makanan then aku bagi. Tu je yelah aku tak nak dia mati-"

"Hei!aku dah kata jangan beri dia air dan makanan kan?apasal kau terlalu ambil berat dengan perempuan ni. Dia mati ke pengsan ke buat apa nak kisah!" tengking Kyra.

"Suka hati aku nak buat apa. Kau pun bukannya tahu nak jaga dia biarkan aku je buat semua kerja disini seharian. Kerja kau tahu nak menyuruh je. Aku yang penat tau," balas Shawn dengan geram.

"So that is the reason why you take care of her?kau yang butakan tak nampak apa yang aku buat sepanjang ni. Aku pun penat tau tak sana sini bagi kau maklumat and then kau cakap kerja aku tahu nak menyuruh je!"

Hazel terbangun apabila terdengar Shawn dan Kyra yang tengah bertelingkah.

"Disebabkan rancangan kau ni lah yang aku tak dapat buat kerja aku. Tahu nak menyusahkan orang je!" ujar Shawn.

"Eh kau pun satu yang beria ia setuju. Sekarang salahkan saya pula. Kalau kau betul-betul tak nak penat tak nak susah macam ni..." Kyra terus memaksa Hazel berdiri dan menarik tangan Hazel yang diikat ke hujung bangunan.

"What are you doing Kyra!"

"Shawn if you really feel tired senang cerita aku akan tolak perempuan yang kau cinta ni dari bangunan sekarang juga. Boleh tahan tinggi juga bangunan ni senang lah dia mati," kata Kyra.

Xavier tiba-tiba ternampak satu susuk tubuh yang amat dia kenali. Hazel?apa yang Kyra nak buat dekat Hazel. Oh God please save her.

"Kyra!stop doing that!" jerit Shawn. Adik dia betul-betul dah tak waras sekarang ni.

"Kyra stop!" Hazel cuba untuk menahan dirinya namun pergelangan tangan dan kakinya diikat membuatkan dia sukar untuk membuat pergerakkan.

"Dah tiba masanya untuk kau mati Hazel. Kau tak layak hidup!and you Shawn aku tak nak dengar apa-apa bantahan dari kau. Keputusan aku tetap keputusan aku and no one can stop me!" Kyra tersenyum sinis dan kali ini dia amat berpuas hati dengan keputusanya.

Hazel memandang ke bawah bangunan.
Dear God if today is my last day forgive me with all my fault. I love you mum, dad, Hayden and to my Kris we will meet soon.
Hazel memejamkan matanya dan air matanya jatuh ketika itu. Mungkin dunia aku akan berakhir malam ini.

"No...no...no...no!" Xavier semakin cemas melihat keadaan itu. Dia tidak sanggup melihat apa yang berlaku di depan matanya sekarang.

"Goodbye Hazel!" kata Kyra dengan sinisnya.

PANG!





Enjoy🍀

Oh my what is happening?😢

Wait for the next chapter.💓

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now