LFDW - Chapter 30

1.5K 154 4
                                    

Mutiara jernih mula menampung di pelupuk matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mutiara jernih mula menampung di pelupuk matanya. Hazel terpaksa menahan sakit di seluruh badannya. Dia memandang sekilas kakinya yang sudah menampakkan kesan merah begitu juga dengan tangannya.

Hayden don't pick me up today.
Don't worry I will come back at home soon


Mesej itu dihantar. Dia tidak mahu Hayden perasan yang dia dibuli jadi dia tidak menyuruh abangnya mengambilnya di sekolah.

"How much is the fare uncle?" tanya Hazel kepada pemandu teksi itu.

"It's $. Are you okey?your mouth is bleeding," ujar pemandu teksi itu apabila dia ternampak mulut Hazel berdarah.

"I'm just not feeling well. Here the money. Thanks," Hazel tersenyum nipis dan segera keluar.

Kris memandang Hazel yang baru sampai. Tetapi dia rasakan seperti ada sesuatu yang terjadi pada gadis itu.

Hazel cuba menahan tangisannya namun ternyata dia hanyalah seorang gadis yang lemah dan dia masih lagi belum sedar akan Kris yang sedang memandang ke arahnya.

Semakin menjadi jadi pula tangisannya apabila dia teringat kembali kata-kata Kyra yang sungguh menyakitkan hati itu.

Kris perlahan menghampiri Hazel dan entah dimana pula datang keberaniannya gadis itu dibawa ke dalam dakapannya.

"Shh...don't cry Hazel. Im here," Kris mengusap perlahan belakang gadis itu. Dia berasa serba salah kerana tidak dapat menjaga Hazel dengan sebaik mungkin dan inilah kali pertama dia melihat Hazel menangis tanpa dia ketahui apa sebabnya.

Hazel yang tersedar segera menolak Kris. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Kris memandang tangan Hazel yang kemerahan. Dia yang baru sahaja ingin menyentuh tangan itu lantas ditepis kasar oleh Hazel.

"Hazel...who did this?please don't hide anything from me Hazel," Kris memandang Hazel dengan penuh harapan.

"Kenapa saya tak boleh sorokkan apa-apa dari kau tapi kau boleh saja sorokkan banyak perkara dari pengetahuan saya?" ujar Hazel seraya menunduk.

"Hazel saya tak pernah terfikir pun nak sorokkan banyak perkara dari kau. Saya cuma ingin cari masa yang sesuai untuk ceritakan semuanya. And now please tell me what's happen with your hand and your mouth?you make me worry Hazel,"

"Kau tak perlu risaukan tentang saya Kris kalau kau sendiri sudah ada seseorang yang kau sangat risaukan sekarang ini. Masa di funfair hari itu kau tak tanya pun kau nak pergi mana. Lain kali kau tak perlu tanya saya apa-apa lagi. Buat apa saya nak ambil tahu pun kan kalau kau sendiri tak ambil kisah!"

"Look I'm so sorry Hazel. I know that's my fault-" Kris terhenti bercakap apabila Hazel terus masuk ke dalam rumah tanpa mendengar apa yang dia hendak katakan.

"Don't you dare to come in my room Kris!" Hazel sempat memberi amaran kepada Kris sebelum hilang dari pandangan lelaki itu.

Dia betul betul kecewa dengan Kris dan yang paling menyakitkan hatinya apabila dia tahu yang Kris pernah cintakan Kyra dan dia sendiri sudah mula muak dengan perangai perempuan itu.

Hazel mengambil kotak first aid kit dan segera membersihkan lukanya. Dia juga perlu lupakan semua yang terjadi sekarang dan apa yang penting dia tidak mahu bersemuka dengan Kris lagi tapi mampukah dia?

Kris bersandar di belakang dinding bilik Hazel. Dia terpaksa tidak menggangu Hazel namun dalam hati dia mahu sangat berada di samping Hazel sepanjang gadis itu berada dalam keadaan begitu.

Apa yang dia sangat risaukan sekarang adalah keadaan Hazel. Mesti ada perkara yang berlaku di sekolah tadi. Tak mungkin dia dibuli atau?

I really want the answer right now.

Hazel yang ternampak Kris masuk segera menarik selimutnya menutupi seluruh badannya. Geram pula dia dengan hantu ni. Macam tak faham bahasa pun ada. Mungkin guna bahasa alien baru dia faham kot.

"Hazel...kau marah ke?"

Dah tahu aku tengah marah boleh pula dia tanya. Bisik Hazel dalam hati.

"I know you're mad. Kalau kau sudi, jumpa saya di rooftop pukul lapan malam. I will tell you my whole story if that what you want sebab saya tak nak kita macam ni. Saya tahu kau belum tidur lagi and please forgive me what I've done to you,"

Hazel hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian keadaan kembali sunyi. Kris pula sudah keluar dari bilik Hazel.

Aku tak ada niat pun buat kau macam ni Kris tapi keadaan memaksakan aku. Aku cuma tak boleh terima kalau kau cintakan Kyra dan yang paling aku tak dapat terima kalau kau bunuh diri disebabkan perempuan tu. Aku tak dapat terima semua tu Kris.

Air mata Hazel mengalir sekali lagi. Entah sudah berapa kali air matanya keluar pun dia tak tahu dan tak pernah lagi dia lalui keadaan seperti yang dilaluinya hari ini.





Enjoy🍀

DON'T FORGET TO
VOTE IF YOU LIKE THIS CHAPTER💚❤

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now