LFDW - Chapter 65

1.1K 83 2
                                    

Xander datang berjumpa dengan Jade dan Sofia kerana dia memerlukan bantuan daripada dua orang gadis itu untuk menjalankan misi mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xander datang berjumpa dengan Jade dan Sofia kerana dia memerlukan bantuan daripada dua orang gadis itu untuk menjalankan misi mereka.

Sampai sahaja di perkarangan rumah Jade, Xander terus meletakkan keretanya di hadapan rumah gadis itu.

Jade yang tersedar bunyi enjin kereta dari luar rumah segera berlalu keluar. Langkahnya terhenti sebaik sahaja memandang Xander sehinggalah lelaki tampan itu berhenti tepat di hadapannya.

Mata mereka bertaut seketika sebelum Jade memulakan bicara. Rasa kekok pula kalau lama-lama berpandangan. Ingat ni acara main mata ke.

"What brings you here?" tanya Jade.

"I need you-"

"What!" suara Jade tiba-tiba jadi tinggi. Mungkin ayat depan Xander tu yang membuatkan dia terkejut bukan kepalang lalu terjerit macam orang kena histeria tapi tak seteruk itu lah.

Belum habis lagi ayat aku dia dah potong. Fuh!hebat betul perempuan ni. Bisik dalam hati Xander.

"Izinkan saya habiskan dulu apa yang saya nak cakap bolehkan?" tanya Xander. Jade jadi serba salah. Dia hanya mengangguk. Ada perasaan malu juga ketika itu.

"I need your help and Sofia. Its about Hazel-"

"What?Hazel?is she okey?where is she right now?did something wrong with her?" sekali lagi Jade memintas ayat Xander dengan laju.

Sabar jelah nasib aku sayang perempuan ni. Bisik dalam hati Xander.

"Sekarang ni keadaan sangat terdesak. Hazel diculik dan penculik yang tak ada sifat kemanusiaan tu adalah Kyra dan Shawn. We all want Hazel in a safe condition so we must have a cooperation," terang Xander.

"Apa yang perlu kami buat?we are ready to help," kata Jade dengan bersungguh- sungguh. Siapa sahaja yang tidak rindu dengan kawan baik sendiri setelah 3 hari tidak bertemu. Lebih-lebih lagi kehilangan rakan baik mereka itu berpunca dari mereka sendiri jadi apa yang harus mereka lakukan adalah harus memberikan kerjasama yang baik kepada Xander dan yang lain.

Xander tersenyum lega. "Good, apa yang kami mahu kamu lakukan adalah malam ni peranan kamu adalah untuk call pihak polis. Kita sendiri tak tahu kalau Kyra dan Shawn ada senjata api or anything yang boleh mencederakan lagipun ada penjaga yang mengawal di setiap kawasan itu. Sofia will go to police station to make a report and you will stay at my car to give me information if Sofia already make a report or not yet. Beritahu dia supaya buat report tepat pukul 10:00 malam berserta dengan ambulans make sure jangan terlalu awal. You got it?" kata Xander.

Jade mengangguk laju. "You say just now I will stay in your car and how about you?where are you going?" tanya Jade.

"We are going to enter the buildings and I hope everything would be fine this night," balas Xander.

"No matter what this is for Hazel. We need to brings her back and Im going to say sorry about what happen this is our fault," kata Jade lalu tunduk.

"Tolong jangan salahkan diri sendiri. Rancangan kita adalah untuk bantu Hazel pulang and that's all. Dont blame yourself about what is happening. Apa-apapun saya nak kamu berdua bersedia sebab keselamatan kamu juga harus dijaga,"

Jade perlahan-lahan menganggukkan kepalanya lalu memberikan Xander senyuman.

"Good luck,"

Xander tersenyum. Dengan tindakan drastiknya Xander mengusap kepala Jade tanpa dia sedari. Jade hanya terkaku langsung tak bergerak dan hanya membiarkan Xander mengusap kepalanya.

Alahai apa lah yang tak kena dengan dia sekarang ni?

Kyra memandang sinis kearah Hazel yang tertunduk lemah di atas kerusi. Terdapat kesan calar di pipi gadis itu akibat pertengkaran Shawn dan Kyra semalam.
Namun, Kyra masih lagi dalam keadaan yang marah setelah apa yang berlaku semalam. Tindakan Shawn yang melepaskan satu das tembakan ke udara memang menguji kemarahannya. Kalau ada orang yang dengar memang nahaslah mereka berdua.

"Hoi perempuan!kau jangan nak buat buat macam orang nak mati boleh tak!kalau bukan kerana Shawn malam tu mungkin kau dah tak wujud depan aku!"

Hazel hanya diam tak berkutik. Dia tidak mampu untuk membalas kata-kata Kyra. Bayangkan 3 hari dia berada di bangunan itu dengan makanan dan minuman seperti yang diberikan di penjara untuk banduan memang kebuluranlah jawabnya.

Tenaganya pula semakin berkurang apatah lagi badannya yang semakin lemah ditambah pula dengan pukulan yang diberikan oleh Kyra setiap hari.

Kyra yang cepat panas baran lantas mengambil botol di tepinya lalu dibaling tepat terkena ke arah Hazel.

"Kau dah pekak ke apa!kenapa tak jawab soalan aku?kau ingat aku tunggul!haa!" suara Kyra semakin tinggi. Dia semakin geram dengan Hazel yang tidak bersuara dari tadi.

"Kalau kau tak bermaya nak jawab kata-kata aku kau tanya jelah yang kau nak air bodoh!" Kyra mengambil botol yang berisi air putih itu dan dipaksanya Hazel membuka mulut dan membiarkan kesemua air itu masuk ke dalam mulut Hazel menyebabkan gadis itu terbatuk.

"Puas!inilah akibatnya kalau kau tak pandai menjawab!dasar perempuan tak guna!" Kyra menolak badan Hazel sehingga gadis itu terjatuh dari atas kerusi. Tangan dan kaki Hazel juga sudah menampakkan kesan luka akibat terkena benda tajam.

"Malam ni aku akan guna pisau lipat pula untuk toreh kedua-dua pipi kau biar Xavier akan pandang kau dengan pandangan jijik!" Kyra ketawa terbahak-bahak bagaikan seorang perempuan yang mempunyai penyakit mental tahap kritikal.

Hazel hanya mampu menahan kesakitan di seluruh anggota badannya. Apabila dia terdengar apa yang baru dikatakan Kyra tadi lebih membuatkan dia berasa seram sejuk. Gadis seperti Kyra memang sesuai digelar pyscho!


Enjoy🍀

Thanks for all the vote.💗
You guys are so awesome😉

Maafkan author jika ada sebarang typo pada chapter sebelumnya but don't worry akan diperbaiki juga dari semasa ke semasa.

Rasanya LOVE FROM DIFFERENT WORLD bila akan sampai di penghujungnya?😴




ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now