LFDW - Chapter 39

1.3K 133 2
                                    

Hazel mengorak langkah menuju ke halaman yang terletak di belakang rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel mengorak langkah menuju ke halaman yang terletak di belakang rumah. Hamparan rumput hijau dengan stepping stones di tengahnya terlihat sangat menarik. Warna-warni bunga di sekelilingnya pula semakin menambah kesan ceria.

Hazel melabuhkan punggung di atas bench. Sedang dia melihat sekeliling halaman yang luas itu dia terkejut apabila baru sedar yang Kris berada di tepinya.

Dia lantas berdiri dari tempat duduk tetapi tangannya terlebih dahulu dipegang oleh Kris. Hazel cuba menarik tangannya namun pegangan Kris semakin erat.

"Kris...just let me go!" pinta Hazel dan masih tidak mahu menoleh kearah Kris. Dia tidak faham kenapa Kris masih mahu berjumpanya walaupun dah sakitkan hatinya.

"Kenapa Xavier ada disini?saya tak suka kalau dia jejakkan kaki walau sekali pun di sini!"

"Bagi soalan ni dekat Hayden!" balas Hazel dengan dingin. Wajah Kris langsung tidak dipandangnya ketika itu.

Kris melepaskan tangan Hazel apabila melihat tangan gadis itu sudah mula kemerahan kerana genggamanya tadi kuat.

"Sorry,"

Hazel tidak membalas apa-apa. Dia kemudian terus berlalu meninggalkan kawasan itu. Namun langkahnya terhenti apabila Kris bersuara.

"Saya dah buat kau terluka untuk kali yang kedua. Tapi, saya janji untuk kali yang ketiga saya akan pastikan kau bahagia walau apapun yang terjadi. Saya risaukan tentang kau hampir setiap hari. Apa yang terjadi semasa kau di sekolah semua tu saya tahu sebab saya sentiasa ekori kau dalam diam. Tempoh hari masa kau kata yang kau nak berkawan ikhlas dengan saya, sebenarnya saya nak cakap yang saya tak anggap kau seorang kawan tapi saya anggap kau lebih dari seorang kawan. Every day, I fall in love with you over and over again. Since I met you, my love for you has grown stronger. I promise to treasure and love you forever my dear partner,"

Hazel terkedu mendengar kata-kata Kris. Dengan nada yang lembut dan penuh romantik itu membuatkan hati Hazel tercair. Tapi dia masih lagi dengan kedudukannya kerana menahan rasa saat itu.

Perlahan-lahan tangan Hazel ditarik membuatkan Hazel memusingkan badannya menghadap Kris.

"So...will you be my girlfriend?and Im so sorry if I can't give you the perfect relationship but I promise to love you just the way you do until the time Im going back to my own world," Kris menatap mata Hazel sedalam-dalamnya.

"Tentang Kyra tu saya akan cuba dapatkan jawapan dari dia dengan secepat mungkin," kata Kris lagi. Dia tahu mesti Hazel masih lagi marah tapi dia tidak mahu Hazel salah faham. Siapalah yang nak jatuh cinta buat kali kedua dengan perempuan yang pernah sakitkan hati dia.

Tangan Hazel dipegangnya lembut. Baru aku sedar yang tangan dia sekarang ni sangat sejuk. Bisik dalam hati Hazel.

Perlahan lahan bibir Hazel mengukir senyuman.

Aku tak pernah minta semua ini lagi-lagi bercinta dengan 'hantu'. Ya, memang pelik tapi itulah yang dikatakan takdir terkadang aneh, kadang juga indah.

Aku harap apa yang aku buat ni tak membuatkan aku berasa menyesal suatu hari nanti. Jujur dia katakan dia sendiri sudah mempunyai perasaan terhadap Kris sejak mengingati kembali yang dia mempunyai kisah lampau dengan Kris 12 tahun yang lalu.

Waktu itu Kris baru berumur 6 tahun dan Hazel pula berumur 5 tahun. Mereka adalah jiran dan Kris pula sudah mula menyukai Hazel dalam diam ketika itu. Memang tak logik untuk mereka tanam perasaan suka tu kerana umur mereka masih dalam golongan budak-budak. Namun, itulah yang ditakdirkan oleh mereka berdua.

Semasa Kris berumur 7 tahun ibu bapa Hazel yang sibuk dengan kerja selalu meminta tolong ibu bapa Kris untuk menjaga Hazel dan Hayden. Kris pula suka menjaga Hazel semasa Hazel berada di rumahnya. Dia banyak meluangkan masa bersama Hazel. Setiap hari mereka juga selalu bersama sama ke sekolah begitu juga pulang dari sekolah.

Namun begitu mereka terpisah apabila keluarga Hazel berpindah rumah dan itu juga merupakan kali terakhir mereka berjumpa.

Kenangan zaman kanak-kanak mereka itu kembali segar di dalam ingatan Hazel. Dia sedaya upaya cuba menahan air mata daripada terjatuh walaupun hakikatnya dia tidak lagi sekuat seperti sebelumnya.

Kris yang ditunggunya selama ini hanyalah roh. Lelaki pertama yang dia harapkan untuk datang mencarinya bukan lagi seorang manusia biasa.

"I can't accept that you already die. I just can't accept it Kris and I really miss our kid memories,"

"Since when you remember it?"

"That night when you told me to meet you at the balcony. Saya minta maaf sebab saya hanya buat tidak tahu ketika itu sedangkan saya sudah pun tahu siapa kau yang sebenarnya,"

"No...Im the one who should say sorry. Saya dah lama pendam semua ini dan sekarang baru saya mempunyai kesempatan untuk luahkan. My partner you are really mean to my life but Im really sorry because one day I will leave you from this world as you know that we are from different world but as long as Im still here I will always be there for you,"

"I love you. Today. Tonight. Tomorrow. Forever. If I were to live a thousand years, I would belong to you for all of them. If I were to live a thousand lives, I would want to make you mine in each one," kata Kris dengan penuh nada yang romantik.

Hazel lantas memeluk tubuh Kris. Setiap kata-kata Kris itu membuatkan dia berasa sebak.

"I love you too my heartbeat mr.ghost!" bisik Hazel.




Enjoy🍀

Kris 💚 Hazel!

Vote.Comment.Share.

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now