LFDW - Chapter 44

1.3K 125 2
                                    

Di dalam kelas pelajar diberi latihan ulangkaji untuk persediaan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar form 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di dalam kelas pelajar diberi latihan ulangkaji untuk persediaan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar form 5. Tidak lama lagi mereka akan menghadapi final exam begitu juga dengan menamatkan persekolahan.

Xander mencuri pandang kearah Hazel. Setiap kali dia memandang gadis itu dia akan tertanya tanya. Dia sedar atau tidak yang Kris tu bukan manusia?macam mana Kris dan Hazel boleh bercinta pun dia tidak tahu. Itu yang membuatkan dia semakin risau jika dibiarkan begitu sahaja.

Bukannya kebiasaan Kyra akan cari masalah diawal pagi tapi kenapa hari ini tak?Bisik hati Hazel. Bukan apa tapi dia cuma berasa pelik dengan keadaan hari ini.

"Xander...kau ada nampak tak Kyra datang sekolah hari ini?"

"Dia tak datang sekolah hari ini. Kenapa?"

"Tak adalah saya nak tanya je,"

Hazel berfikir sendirian. Semalam tak silap aku Kris pergi jumpa Kyra. Maknanya kalau Kris memang pergi munculkan diri depan Kyra itu bermaksud Kyra tak datang ke sekolah hari ini disebabkan Kris.

Kalau memang betul kenapa Kyra tak nak datang. Kris ada cakap sesuatu ke?

"Hazel kau tengah fikirkan apa tu?" tanya Xander.

"Saya cuma fikirkan jawapan untuk soalan ulangkaji ni," bohong Hazel. Xander melihat kertas ulangkaji Hazel. Masih ada beberapa lagi soalan yang belum diselesaikan.

"Saya nak jadi tutor sekarang. Mari saya ajar," kata Xander sambil tersenyum.

Shawn berjalan di sepanjang koridor universiti. Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang. Ini termasuk kali ketiga dia terserampak dengan Xavier.

Masing-masing memandang dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Xavier. Rasanya kita macam tak pernah sembang walaupun berada di universiti yang sama," kata Shawn yang memulakan perbualan.

"Buat apa nak sembang dengan kau?buang masa aje sama juga dengan adik kau," balas Xavier dengan sinisnya. Dia sememangnya tidak akan pernah berbaik dengan Shawn lagi lagi Kyra yang membuatkan hubungan kawannya dengan Kris terputus.

"Aku tanya elok elok kau balas dengan cara ini. Eh aku tak fahamlah kenapa Kyra pilih lelaki tak guna macam kau ni," kasar sahaja suara Shawn ketika itu.

Xavier tersenyum sinis. Lelaki tak guna?well.

"Siapa yang tak guna aku atau adik bangang kau tu?kalau masa boleh diputarkan kembali aku tak akan tengok mahupun bercakap sepatah dengan adik kau!sekarang mesti dia happy kan dengan hidup dia lepas dah hancurkan hubungan kawan aku dengan Kris!"

Xavier terpaksa mengawal amarahnya ketika itu kerana masih berada di universiti.

"Untuk pengetahuan kau aku tak pernah backup Kyra kalau dulu memang ada tapi sekarang kau nak cakap apa pun dekat dia aku tak terasa. Kau nak tahu kenapa?sebab dialah perempuan yang aku suka tersakiti.
Hari hari dijadikan bahan buli di sekolah tapi aku selalu lindungi Hazel tanpa dia tahu,"

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now