LFDW - Chapter 20

1.8K 219 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kris mengeluh perlahan sebelum dia bercakap kembali. Kini pandangannya beralih ke arah langit yang dihiasi bintang.
Hazel pula menoleh wajah Kris yang tampan itu.

"She is beautiful. She is funny. She can make me happy when I'm feeling sad. She is kind, humble and she is the cute girl I ever seen. I love the way I take care of her when she was just a kid and now I remember everything," dengan sepenuh hati Kris mengungkapkan ayat itu.

"Mesti bertuahkan perempuan tu," ujar Hazel. Entahlah apa yang tak kena dengan aku ni tiba-tiba rasa cemburu pula. Tak aku tak boleh ada perasaan tu walau macam mana sekali pun!

"She is my only special one. Hazel tahu tak apa perkara yang paling saya takutkan dalam dunia ni?" Kris memandang tepat ke arah anak mata milik Hazel.

"Tak saya tak tahu," wajah Hazel kelihatan tenang namun jauh di lubuk hatinya ada satu perasaan yang timbul. Jujur dia katakan dia cemburu apabila Kris mengungkapkan ayat seperti itu.

"The things that I really afraid in this world is, if she didn't remember me," Kris memandang Hazel dengan penuh harapan tetapi dia tahu itu tidak akan berhasil.

"I love her so much..." ujar Kris sekali lagi. Kepala ditundukkan ke bawah.

Terkedu Hazel mendengar ayat yang baru sahaja diungkapkan oleh Kris. Hazel terpaksa memaniskan senyumannya walaupun dalam hati perasaan cemburu kini sedang menguasai dirinya.

"Um...uh...kau pernah bercinta dengan siapa sebelum ni?" entahlah kenapa mulut aku ni tiba-tiba pula gatal nak bagi soalan ni.

"Tanya author..." Kris sempat bergurau. Hazel pula sudah mula mengerutkan dahinya. "Saya gurau je tadi. Tak apa, kau akan tahu bila tiba masanya nanti. Kau sendiri yang akan tahu siapa gadis yang saya cintai itu dan saya cuma perlu menunggu keputusannya," kata Kris lagi.

Hazel terdiam lagi. Apa sebenarnya yang Kris nak sampaikan ni sehinggakan saya sendiri pun tak faham.

"Tolong jangan serabutkan otak kau saya cuma tak nak kau sakit. Esok kau kena bangun awal so sekarang kau kena pergi tidur,"

"Hm okey. Kau tidur mana?"

"Pernah tak kau terfikir hantu ni tidur?"

"Tak. Cuma hari ini saya rasa ingin tahu. Hantu tidur ke?" semakin lama semakin pelik pula soalan yang Hazel berikan kepada Kris.

"Sama sekali tak. Kenapa?kau nak saya tidur dengan kau?" Kris tersenyum senget. Dengan pantas Hazel mencubit pinggang Kris.

"Auh sakit tu..." Kris mengadu kecil dan dia baru sedar akan sesuatu. Dia boleh sentuh aku?

"Tau pun sakit. Jangan biarkan otak tu tercemar. Bye saya nak tidur dulu!anyway saya tak minta kau bangunkan saya pagi esok!" kata Hazel dan sejurus itu dia terus berlalu pergi dari situ.

"Goodnight!"

Dalam diam Kris tersenyum. Dia memegang dadanya yang sedari tadi berdegup tak menentu. Tak apa, aku akan tunggu biarpun akan mengambil masa yang lama.

***

Kringg...

Kris hanya memerhati Hazel yang langsung tidak bergerak sedikit pun walaupun bunyi alarm sudah berbunyi.

Macamlah aku tak kenal perangai dia yang susah betul nak bangun awal pagi.

Kring...

Hazel mula menggeliat kecil lalu segera menutup alarm dengan keadaan yang masih mamai. Rambutnya yang serabai itu dibetulkan.

Kris segera keluar dari bilik Hazel apabila perasan yang Hazel seperti ingin turun dari katil. Sebelum dia baling apa-apa dekat aku baik aku blah dulu. Bisik dalam hatinya.

"I hate morning!" Hazel berkata sendirian dan langkahnya terus dituju ke arah bilik mandi.

***

"Hati-hati. Jangan terpedaya sangat dengan apa yang orang kata dekat kau terutama sekali orang yang kau tak rapat," pesan Kris kepada Hazel.

Sejak kebelakangan ini kris seperti sangat ambil peduli tentang keselamatan
Hazel. Walaupun Hazel dan dia kadang-kadang tidak bersama dia sentiasa akan mengikuti gadis itu jika dia merasakan sesuatu yang bahaya akan terjadi pada gadis itu.

Hazel mengukir senyuman manis.

"Yang senyum sorang diri tu dah kenapa?" kata Hayden yang baru hendak turun dari tangga tetapi langkahnya terhenti apabila melihat adiknya tersenyum seorang diri.

Mulalah Hazel berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Awal pagi mesti kena banyak senyum supaya lebih bersemangat," Hazel masih tersenyum walhal dalam hati sudah naik geram dengan abangnya. Macam manalah aku tak boleh perasaan kewujudan dia pagi ni?

"Hazel nampak bersemangat sangat pagi ini mesti ada apa-apa yang tak kena ke?" Hayden menjongketkan keningnya.

"Mestilah ada. Kau apahal sibuk aje tahu sana pergi main jauh-jauh," halau Hazel.

"Biasalah orang baru dapat boyfriend di sekolah kelmarin. Itu yang kau sampai tersenyum macam ni sebab excited nak jumpa dia kan lepas ni?" teka Hayden.

Pandangan Kris ke arah Hazel berubah tanpa gadis itu sedari.

"Kau nak saya baling kasut ni dekat kau kan?" Hazel berura-ura membuka kasut jenama nikenya. Tanpa membalas apa-apa Hayden terus berlari menuruni tangga.
Kalau adik aku dah cakap memang dia akan buat.

"Hazel...kita dah nak gerak ni," panggil ibunya dari tingkat bawah.

"Bye...jaga rumah tau," kata Hazel separuh berbisik. Kris hanya mengangguk dan langsung tidak ada senyuman yang lekang di bibirnya saat itu.

Enjoy🍀
Vote/comment/support
Rasanya Kris ada perasaan tak dekat Hazel😜



ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now