LFDW - Chapter 71

1.1K 84 1
                                    

Sudah dua minggu berlalu daripada kejadian itu Hazel masih dalam keadaan yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah dua minggu berlalu daripada kejadian itu Hazel masih dalam keadaan yang sama. Senyuman di bibirnya tidak lagi kelihatan dan tawa candanya juga tidak lagi kedengaran.

Dia hanya menghabiskan masa di atas rooftop di mana tempat itu yang menjadi kenangan antara dia dengan Kris. Disitu juga tempat di mana Kris meluahkan segala-galanya dahulu.

Kris, I really miss you. I miss your voice I miss your smile and I miss everything about you. Kenapa tinggalkan saya begitu cepat?saya nak kau berada di samping saya selama-lamanya sama seperti pasangan lain juga.

Hazel berasa sebak setiap kali mengingati Kris. Setiap kali itu juga air matanya mengalir tak henti-henti. Hanya tangisan sahaja yang mampu meluahkan isi hatinya dan segalanya-galanya.

Setiap pagi, tengahari, petang dan malam pula Xavier akan melawat Hazel dan sering bertanya keadaan gadis itu dan seperti biasa jawapan dari keluarga Hazel tetap sama dan tiada perubahan.

Pagi itu, Xavier datang ke rumah Hazel. Dia meminta kebenaran dari puan Katherine dan encik Sebastian untuk melihat Hazel di rooftop. Dia juga begitu risaukan keadaan Hazel yang sangat banyak perubahan berbanding dahulu. Bukan itu sahaja,malah dia takut kalau dia gagal merawat gadis itu.

"Terima kasih aunty, uncle. Saya akan cuba bantu mana yang boleh," ujar Xavier.

"Terima kasih juga Xavier. Maaflah sebab buat kamu selalu penat," ujar Sebastian pula.

Xavier tersenyum. "Tak apa uncle. Semua ini tidak menyusahkan bagi Xavier," balas Xavier. Sebastian hanya tersenyum.
Mereka hanya menghantar pandang sehinggalah Xavier hilang dari pandangan.

"Xavier tu bukan kawan baik Hazel waktu di bangku sekolah dulu ke?" kata Katherine yang baru perasaan akan sesuatu.

"Dialah orangnya tu. Makin kacak pula Xavier ni. Hampir saya tak kenal dia minggu lepas. Nasib baiklah masih ingat juga," balas Sebastian.

"Patut pun muka dia macam familiar je. Xavier memang baik orangnya sejak dulu kalau macam ni saya nak plankan sesuatu," kata Katherine.

"Sayang nak plan apa pula ni?" tanya Sebastian rasa ingin tahu.

Xavier menapak perlahan-lahan ke arah Hazel yang sedang duduk termenung. Dia berpura-pura berdehem sengaja ingin mengambil perhatian gadis itu.

Hazel hanya memandang Xavier dengan pandangan kosong.

"Minta maaf kalau saya menganggu" kata Xavier perlahan.

Hazel tetap diam.

Melihat Hazel yang hanya banyak mendiamkan diri Xavier pun mula membuka suara.

"Beginilah hidup. Selalu berputar pada setiap masa. Kita tak pernah lari dari kesedihan yang menguji kita dalam hidup. Tuhan itu adil. Dialah yang menentukan segala-galanya untuk menguji kita sejauh mana kita mampu tabah dalam menghadapi ujian. Begitu juga dia akan memberikan balasan yang baik pada akhirnya. Hidup mengajar kita banyak perkara dan di sanalah kita berjuang untuk meneruskan kehidupan. Hazel apa pun yang telah terjadi anggaplah itu satu ujian dalam hidup. Teruskan maju ke hadapan kerana masa hadapan sentiasa menanti kau. Lepaskan semua yang telah berlalu dan biarkan ia berlalu dan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup," pesan Xavier.

Hazel tertunduk apabila Xavier mengesat air matanya.

"Saya akan sentiasa berada di samping kau selamanya. I promise," bisik Xavier perlahan di tepi telinga Hazel.

"Tak akan ada sesiapa yang akan dapat gantikan tempat Kris!dia satu-satunya bagi saya dan tidak ada orang lain!" nada suara Hazel kedengaran tinggi ketika itu.

"Hazel-" ayat Xavier terhenti sebaik sahaja Hazel memintas.

"Jangan ganggu saya!pergi!" jerit Hazel.

Xavier merenung anak mata Hazel. Ya, dia tahu gadis itu belum lagi dapat menerima kenyataan tapi dia cuba buat apa yang Kris minta dia lakukan dulu dan ternyata Hazel tidak mudah untuk didampingi selepas pemergian Kris.

"Baiklah kalau itu yang kau mahu. I'll go now but I wont give up on you Hazel. Stay strong for Kris...please remember that,"

Hazel lantas mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Apa yang kau nak sebenarnya Xavier!kau nak rebut tempat Kris pula selepas dia dah pergi?macam tu!kau mula nak rapat dengan saya lepas Kris dah tak ada dan itu cara kau nak ambil kesempatan. Kau ingat aku tak tahu!" Hazel memandang tajam ke arah Xavier. Tanpa dia sedari dia sudah pun menuduh Xavier padahal itu bukan niat sebenar Xavier.

Xavier menggelengkan kepalanya. "Untuk apa saya nak buat begitu Hazel?saya lakukan apa yang Kris letakkan harapan pada saya dan itu adalah permintaan terakhirnya. Hazel percayalah semua ini saya lakukan dengan hati yang ikhlas,"

"Balik!saya tak nak dengar apa-apa lagi!"

Xavier tersenyum nipis. Walau apa jua cabaran atau halangan dia akan tetap bertahan demi sahabat baiknya, Kris.








Enjoy🍀

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now