LFDW - Chapter 42

1.3K 125 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hayden perlahan-lahan menjauhkan dirinya dari pintu bilik Hazel. Betul ke apa yang aku dengar tadi?tak silap aku dengar Hazel tengah bercakap dengan Kris.

Hayden menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tapi macam mana pula Kris dapat masuk kat dalam tu?bukan dia dah tak ada ke petang tadi.

Tak ada cara lain Hayden terus menguak pintu bilik Hazel tapi yang peliknya hanya Hazel sahaja yang dia nampak ketika itu.

Hayden yang masih tidak puas hati terus mencari Kris di seluruh ruang bilik itu. Dia yakin suara yang dia dengar tadi suara Kris.

Hazel memandang abangnya dengan pandangan pelik. Masuk dahlah macam pencuri nasib baiklah dia tak boleh nampak Kris.

"Hayden kau nak cari apa ni macam pencuri je aku tengok,"

"Selain kau, siapa lagi dalam bilik ni?" kata Hayden dengan wajah yang serius.

Hazel berfikir sejenak. Macam mana dia tahu?

"Ta-tak ada. Aku seorang je lah dalam ni. Kau ni dah kenapa?" bohong Hazel.

Kris menyandarkan badannya di dinding sambil berpeluk tubuh memandang dua beradik itu. Hazel sempat menjeling sekilas Kris.

"Aku tahu ada orang selain kau tadi. Kau tak payah nak tipu aku jangan sampai aku report dekat mumy dan daddy,"

"Hayden apa masalah kau ni! datang je lepas tu nak cari gaduh dengan aku!"

"Aku tak cari gaduh. Aku just nak tahu selain kau siapa lagi dalam ni tadi?"

Hazel mengetap bibirnya tanda geram. Kenapalah pendengaran dia ni tajam sangat. Sekarang jadi masalah besar pula.

"Kau ada nampak tak orang selain aku dalam bilik ni sekarang?kau masuk tadi ada tak kau nampak orang selain aku dalam bilik ni?"

"Jadi kenapa aku dengar suara Kris tadi?aku tak pekak lagi!"

Hazel terkejut tetapi dia cuba mengawal reaksinya dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kris mula berasa bersalah. Semua ini salah dia sendiri. Disebabkan aku, Hazel dan abangnya bergaduh. Aku tak sepatutnya berada di sini tadi.

"Kau dah check seluruh ruang ni tadikan?ada tak kau nampak dia?dahlah malas aku nak bergaduh dengan kau lagi," balas Hazel.

"Tapi kenapa aku dengar suara Kris ada dekat dalam ni tadi? jelas pula tu. Eh aku masih tak percaya aku tahu kau bohong mesti kau yang sorokkan dia tu yang aku tak nampak,"

Kris ni boleh jadi seperti manusia biasa dan kemudian boleh bertukar kembali kepada roh. Agaknya hantu lain pun ada begitu juga tu yang kadang-kadang manusia boleh nampak hantu walaupun mereka tak ada deria enam.

"Kau ni memang tak pernah ada rasa puas hati ke?kau nak aku bagi jawapan apa lagi atau kau nak aku jawab suara yang kau dengar tadi tu suara orang mati?"

Hazel kalau dia dah capai tahap geramnya semua ayat pun boleh keluar dari mulutnya tak kiralah dengan siapa dia bercakap.

"Aku malaslah nak layan kau ni. Kalau nak cakap tu pun janganlah kaitkan sampai macam tu sekali kau tak rasa seram kah kalau betul di dalam bilik kau ni ada orang yang dah mati?"

Hazel ketawa mengejak dalam diam. Macam mana pula nak takut kalau memang betul ada orang yang dah mati dalam bilik aku ni sekarang.

"Sebelum aku buat kau tak tidur dalam bilik kau baik kau blah sekarang,"

"Aku report dekat mumy dan daddy dont worry,"

"Ceh macam budak sikit-sikit nak report. Keluarlah!aku nak tidur pun tak aman,"

Hayden mendengus geram sebelum keluar.

Setelah Hayden hilang dari pandangan Hazel lantas meletakkan jari di mulut memberikan isyarat tanda senyap kepada Kris.

Lepas ni mesti dah kena hati-hati. Dah tak boleh bercakap dengan dia melainkan dalam keadaan berbisik.

Kris menganggukkan kepalanya. Aduhai nasiblah hantu ni sporting. Hazel sempat memberikan Kris senyuman sebelum tidur.

Hayden mengangkat panggilan dari Xander.

"Apahal call malam-malam macam ni?"

"Aku ada perkara nak bagitahu dekat kau tapi lebih baik kalau kita jumpa esok.
Bolehkan?" kata Xander di corong telefon.

"Kenapa tak boleh beritahu sekarang je kan senang," balas Hayden. Nampak serius sangat dia ni.

"Hal ni sangat penting. You should know this before its late. Tapi aku tak boleh beritahu kau sekarang sebab tulah aku nak kita jumpa esok,"

"Okeylah kalau macam tu esok kita jumpa. Set masa dan tempat hari ni juga. Xavier mana?"

"Pukul 4:00 petang. Datang di rumah aku je sebab Xavier tak ada esok. Lagipun perkara ni aku tak nak Xavier tahu buat masa ni biar kau je yang tahu dulu,"

"Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak baik berlaku bila aku dengar suara kau ni macam serius sangat,"

"Aku memang tengah serius sekarang ni. Aku dah nak off esok pagi nak pergi sekolah lagi. Kau jangan lupa datang esok sebab perkara ni melibatkan seseorang yang terdekat dengan kau,"

Hayden mengerutkan dahinya. Seseorang yang terdekat dengan aku?Hazel ke?

"Kau jangan nak main main Xander..."

"Esok kau akan tahu juga," balas Xander sebelum panggilan ditutup.

Hayden berfikir sejenak. Aku rasa macam ada sesuatu perkara buruk akan berlaku tapi entahlah esok akan dapat jawapannya juga.








Enjoy🍀

Sorry for the long time not been update because I forget my idea to write that time😂

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now