LFDW - Chapter 16

1.9K 227 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hayden meletakkan keretanya di garaj sebaik sahaja sampai di rumah.

"Kris tinggal dekat mana?kelmarin dia tak beritahu saya langsung pun yang dia dah nak balik. Lesap begitu je," kata Hayden.

"Dia...dia tinggal jauh dari sini. Apa nama tempat tu aku pun dah lupalah," Hazel terpaksa menipu. Dia langsung belum bersedia untuk memberitahukan sesiapa lagi tentang perkara yang sebenar.

"Tinggal jauh?and macam mana kamu boleh berkawan?" soal Hayden yang masih lagi ragu-ragu.

"Tak payah nak tahu tak penting pun," balas Hazel lalu keluar dari kereta. Dia sengaja ingin melarikan diri dari soalan abangnya. Makin dibalas nanti jadi soalan cepumas pula.

Semasa Hazel menuju ke biliknya dia ternampak Kris yang sedang menonton tv dengan santainya. Hazel cepat-cepat memusingkan badannya ke belakang untuk melihat sama ada abangnya sudah masuk ke dalam rumah ataupun belum. Fuh!nasib belum masuk lagi mahu jatuh jantung abangnya nanti tengok tv tu terpasang sendiri.

"Dah balik rupanya. Macam mana sekolah tadi?best tak?" tanya Kris seraya tersenyum.

"Off tv tu dulu," arah Hazel dengan suara yang perlahan.

"Okey..." akur Kris. Dia pun terus menutup tv itu dan serta merta keadaan menjadi sunyi seketika.

"Everything is fine," balas Hazel. Boleh tak jangan bagi soalan ni lagi saya malas dah nak jawab actually. Bisik hati Hazel.

Kris memandang Hazel dengan lama sebelum menghela nafas.

"I already know it..."

Hazel mengerutkan dahinya.

"Know what?"

"Er...nothing," balas Kris. Macam manalah boleh terlepas cakap ni nasib tak ketara sangat. Getus hatinya sambil menghelakan nafas lega.

"Saya nak tanya ni. Kau tak bosan ke dalam rumah tadi?"

"Bosan tu adalah juga. Tapi macam yang kau dah tahu saya ni hantu saya boleh pergi mana-mana je asalkan tempat tu membuatkan saya aman,"

"Saya nak tahu tempat mana yang kau selalu pergi untuk tenangkan diri sebelum kau...em macam ni," kata Hazel. Namun dia berasa sedikit serba salah untuk memberikan soalan itu.

Kris tersenyum tapi tidak lama senyuman itu bertukar kepada senyuman sinis. "Perlu ke kau tau tentang ini?" ujarnya.

"Tak perlu rasanya tapi saya nak tahu juga,"

"Kenapa kau nak tahu?bukankah itu tak penting?"

"Ini bukan soal penting ke tak. Saya just nak tahu sebab macam ni lah cara saya nak kenal kau dengan lebih rapat. Kalau bukan sekarang bila lagi saya nak tahu,"

"Kenapa kau nak rapat dengan saya?saya cuma hantu yang tak ada apa-apa keistimewaan. Saya dan kau berjumpa pun disebabkan masa tu kau dapat melihat saya,"

"Kris...kalau kau nak tahu saya dah anggap kau kawan saya selain Sofia dan Jade. Saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kau biarpun dunia kita ni berbeza," ujar Hazel dengan penuh ikhlas.

"Terima kasih tapi saya tak anggap..." Kris memberhentikan kata-katanya.

"Maksud kau...kau tak anggap saya ni sebagau kawan kau?" kata Hazel. Entah kenapa saat ini dia tiba-tiba berasa seperti seorang yang patah hati pun ada juga.

"Tak...tak adalah...saya nak jalan dulu," balas Kris dan serta merta dia hilang dari pandangan Hazel.

Hazel menunduk memandang lantai. Aku cuma nak berkawan dengan hati yang ikhlas Kris walaupun aku tahu kau bukan manusia. Kau tak anggap aku kawan tak apalah kalau macam tu aku tak paksa. Hazel berkata dalam hati.

Hazel terus masuk ke dalam biliknya. Alarm diset tepat pukul 5:00 petang. Aku nak hilangkan stress dengan pergi berjoging nanti.

***

"Sorry bro lambat. Adik aku tu minta tolong hantar pergi park tadi lepas tu balik rumah lagi ambil motor,"

Xavier menepuk bahu Hayden. "Sokey bro aku faham. By the way adik kau tu perempuan ke lelaki?" tanya Xavier dan mula tersengih seperti kerang busuk.

"Perempuan. Kau dah lupa ke aku pernah tanya kau dulu. Otak kau dengan adik aku sama je. Dua-dua pun mudah lupa,"

"Itu namanya jodoh. Okey aku gurau je. Baiklah nanti kirim salam dekat adik kau. Aku tau adik kau mesti cun punya.
Tengoklah abang dia siapa," ujar Xavier seraya tertawa.

"Kirim salam?haha salam kau tu entah diterima atau tak. But don't worry nanti aku cuba tanya. Bila kita nak start ride ni?"

"Eleh aku yakin mesti diterima punya. Nama adik kau sapa eh?" tanya Xavier.

"Kau ni banyak tanya pula. Okey macam ni apakata kalau kita start dulu lepas dah siap baru aku tanya,"

"Okey baik bro. Kau ikut jalan kiri aku kanan," Hayden mengangguk tanda faham.

"Make sure sampai di garisan penamat tepat pukul 6:00 petang,"

"Okey no problem,"

"Ready?"

"Set!"

"Go!"



.Enjoy🍀
Nampaknya ada watak baru lagi😥
🌸Kalau nak tahu kisah seterusnya kenalah follow cerita ni sampai habis😊
🌼Make sure support author ya gaiss💕💕💕💕and thank you so much yang selalu vote tu😚😘

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now