LFDW - Chapter 32

1.4K 136 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tak boleh terima apa?" tanya Kris. Dia memandang Hazel yang seperti takut takut membalas soalannya. Aku tahu dia mesti cemburu but don't worry sebab Hazel orang pertama yang aku pernah suka sebelum Kyra.

"Saya...saya...erm..." Kris menjongketkan keningnya menanti jawapan dari Hazel yang tergagap-gagap bersuara.

"Kalau kau belum ready it's okey saya faham," mata Kris tertancap pada lengan Hazel. Mesti esok tangan dia dah boleh nampak kesan lebam.

Hazel turut memandang ke arah yang dipandang Kris.

"Saya kena buli masa di sekolah tadi..."

Kris pantas mengalihkan pandangannya.

"Macam mana boleh terjadi?kenapa diorang buli kau?siapa orang tu dan di mana orang tu tinggal?shit!saya tak nak orang tu terlepas begitu saja," bertubi-tubi soalan yang diberi oleh Kris. Api kemarahannya semakin membuak sebaik sahaja mendapat tahu yang Hazel dibuli.

"Kyra. Dia buli saya sebab dia kata saya ni rampas semua dari dia termasuk Xander. Dia tak pernah berpuas hati dengan saya. Lepas tu dia kata Shawn selalu backupkan saya. Every day mesti ada saja yang dia tak puas hati sampai saya sendiri pun tak tahu apa kesalahan saya pada dia,"

KYRA?what the hell is going on. Dalam banyak-banyak manusia kenapa mesti nama perempuan tu juga yang aku dengar?perempuan tu memang nak aku munculkan diri depan dia sekarang ke apa.

"Apa perempuan tu nak dari Xander?heih dia tak cukup lagi ke nak buat hal. Kalau macam tu bagitahu saya Hazel kau nak suruh saya buat apa dekat perempuan tu. Nak takutkan dia malam ni mahu?" kata Kris yang tersenyum jahat.

Hazel pantas menggelengkan kepalanya.

"No don't do it Kris. Saya sebenarnya tak suka berdendam sangat dengan orang tapi itu tidak bermakna saya lupa apa yang orang pernah buat pada saya..."

"Tapi kalau dia buat sekali lagi saya tak akan teragak-agak kacau hidup dia. Perempuan tu saya tak akan maafkan dia sampai bila-bila pun!"

Kris memegang tangan Hazel dengan lembut.

"Dah bersihkan semua luka ke?kenapa tak nak minta tolong saya tadi?lain kali jangan pernah mengalah dengan perempuan tu.
Kalau dia buat lagi kau bagi je dia makan penampar,"

"Eleh hantu pun garang juga sebenarnya.
Jangan pegang tangan saya ni tak nampak ke dah ada kesan lebam," Hazel segera menarik tangannya kembali. Kris tersengih.

"I'm sorry Hazel..."

"For what?"

"Sebab tak dapat lindung kau dengan sebaik mungkin. Boleh tak saya nak kau janji dengan saya sesuatu?"

Hazel menganggukkan kepala.

"Janji dengan saya lepas ni kau akan tunjukkan diri yang kau ni bukan perempuan lemah. Promise me that can you?"

"Yes, promise. Tapi macam mana kalau saya tak boleh buktikan?"

"You can do it because I believe in you Hazel and no matter what happen I'll always be there for you," Kris mengusap kepala Hazel menyebabkan rambut gadis itu jadi serabai sedikit.

"Kris...saya...nak tidur dulu boleh?" Kris berasa pelik dengan Hazel. Eh dia ni kenapa tiba-tiba nak tidur. Tak nampak mengantuk pun.

"Okey goodnight and sleep well Hazel..."

Hazel mula berjalan meninggalkan Kris namun dia menghentikan langkahnya lalu menghadap Kris semula.

"Sebenarnya apa yang saya nak beritahu tadi tu saya...saya...tak adalah. Bye saya turun dulu!" Hazel masih lagi tergagap. Kris pula hanya tersenyum.

"Have a nice dream dear..." Kris merendahkan sedikit suaranya namun masih dapat didengari Hazel.

Langkah Hazel terhenti lagi tapi kali ini dia tidak menoleh kearah Kris. DEAR?hantu ni kena rasuk dengan makhluk apa pula?

"Okey I gotto go..." Hazel melajukan langkahnya. Tak sanggup dia nak berlama di situ. Kris ni makin menjadi-jadi pula.

Kris tersenyum suka dalam diam. Ingat hantu tak pandai bersweet kah?


___________________

Hazel hanya berdiam diri dalam kereta. Dia langsung tidak mahu bercakap dengan Hayden disebabkan pergaduhan semalam.

Sampai sahaja di pagar sekolah Hazel terus keluar dari kereta tanpa sepatah kata.

Perempuan ni selalu nak menang je. Minta kena pujuk lah tu namanya. Bisik dalam hati Hayden. Dia sempat memandang Hazel yang sudah pun jauh dari tempat parking kereta.

Hazel membelok ke jalan lain apabila ternampak Kyra dan kawan-kawannya yang sedang berdiri di tangga.

"Kyra tu Xander. Kau kata nak jumpa dia pergilah," tanya salah satu dari kawan Kyra.

Kyra berlari mengejar langkah Xander. Tangan lelaki itu ditariknya.

"Xander...I nak jumpa abang you mana dia sekarang?please Xander," rayu Kyra.

Xander menarik semula tangannya. Dia menuding jari tepat ke muka Kyra dengan pandangan yang tajam.

"Aku dah kata jangan berani nak tunjukkan muka kau ni depan aku!kau memang tak reti bahasa melayu atau sengaja buat tak tahu?"

"Xander pleaselah. I merayu sangat dekat you. I masih cintakan abang you please believe me Xander..." Kyra cuba memegang tangan Xander namun lelaki itu pantas mengelak.

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi Kyra. Xander mula hilang sabar dengan perangai Kyra yang tidak pernah putus asa pada abangnya sedangkan gadis itu sendiri juga yang salah.

"Saya dah lama bersabar dengan kau Kyra!saya tak suka tampar perempuan tapi kau dah paksa saya buat!sekarang kau boleh blah!"

Kyra memegang pipinya. Tidak lama senyuman sinis terbit di bibirnya. Dia mengambil telefonnya di poket lalu video rakaman Hazel yang dibuli kelmarin dimainkan.

"Take and look this..." telefon bertukar tangan. Kyra memandang Xander dengan sinisnya. Kau nak main-main dengan aku tengoklah apa yang aku buat lepas ni. Lebih teruk berbanding kelmarin.

Telefon Kyra dibaling ke dinding. Kemarahannya semakin meluap-luap saat itu. Tanpa belas kasihan tubuh Kyra ditolak dengan kuat.

"Kau perempuan paling gila yang pernah aku jumpa selama ini!kau nak uji kesabaran aku okey fine Kyra. Kau tunggu nanti!"

"I don't care Xander cause I also have a big plan for you and of course for Hazel too that bitch girl!"




Enjoy🍀












ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now