LFDW - Chapter 40

1.4K 125 4
                                    

       Xander yang secara tidak sengaja ternampak Kris dan Hazel dengan kedudukan yang sangat rapat itu membuatkan dia rasa macam nak pengsan pun ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Xander yang secara tidak sengaja ternampak Kris dan Hazel dengan kedudukan yang sangat rapat itu membuatkan dia rasa macam nak pengsan pun ada.

Siapa sahaja yang tak rasa pelik bila nampak 'hantu' dan manusia berpeluk.

Hazel ada hubungan dengan Kris?dia tahukah yang Kris ni dah meninggal dan yang paling penting untuk dia tahu humans must not fall in love with ghosts because it will only hurt them.

Hayden perlu tahu tentang perkara ni supaya dia boleh menghentikan Hazel daripada terus bercinta dengan Kris. Bisik dalam hati Xander.

"Xander what are you looking for?"

"Hell bro you make me shocked!"
Xander mengusap perlahan dadanya.

"What are you thinking actually?" kata Xavier sambil matanya memandang Hazel yang berlalu meninggalkan kawasan taman.

"You don't have to know. Lets go home," balas Xander. Tak mungkin dia mahu memberitahukan abangnya tentang perkara yang baru sahaja dia nampak risau nanti abangnya akan depression pula.

"Mesti semua aku tak boleh tahu. Malaslah macam ni. Dahlah jom pulang,"

"Untuk kebaikan kau juga so don't worry bro," kata Xander sambil menepuk bahu abangnya.

"Mesti ni je ayat yang kau guna untuk balas soalan aku. Dah tak ada ayat lain ke?"

"Kalau dah memang itu jawapan yang paling sesuai itu jelah yang aku guna. Takkan nak bagi jawapan yang tak masuk akal pula,"

"Cubalah cari jawapan lain. Rimas tau tak aku nak dengar ayat yang sama,"

"Kalau kau rasa rimas baik aku tak payah jawab soalan kau,"

Xavier dan Xander berhenti bercakap sehinggalah mereka sampai di tempat letak motorsikal berkuasa tinggi mereka itu.

Hazel hanya memerhatikan dua jejaka itu dari jauh. Sesekali dia memandang wajah Kris di sebelahnya membuatkan dia berasa tertanya. Kenapa Kris tidak suka kehadiran Xavier di rumah ini?adakah Xavier juga terlibat dalam kisah lampau Kris itu.

Hazel teringat kembali kata kata Kris sewaktu mereka di rooftop malam itu.

"Masa tu saya tak tahu apa-apa dan itu terjadi secara tiba-tiba. I really mad at that time and I want a answer from my girlfriend no correction ex-girlfriend but she just walk away with Xavier,"

Tak mungkin Kyra bercinta dengan Xavier sedangkan pada waktu yang sama Kyra masih lagi bercinta dengan Kris. Macam mana pula boleh terjadi Xavier terima Kyra sedangkan dia tahu yang Kyra itu adalah girlfriend Kris.

Dia tahu yang Kris dan Xavier berkawan baik dan dia juga kenal siapa Xavier. Mereka bertiga pernah menjadi kawan baik ketika tadika kerana bersekolah di sekolah yang sama.

Ketika di bangku sekolah Xavier dan Kris selalu sahaja menjadi penyelamatnya daripada dibuli membuatkan dia sangat selesa berkawan dengan mereka berdua tetapi Hazel dan Kris saling mempunyai perasaan sendiri tambahan pula mereka hanyalah berjiran sewaktu zaman budak mereka.

Dia teringat kembali kisah sewaktu dia berumur 8 tahun...

Flashback

Aku mendengar perbualan ibu dan ayah ketika itu aku baru selesai menyiapkan diri untuk ke sekolah.

"Kalau macam tu kita kena tetapkan tarikh bila kita akan berpindah rumah kalau boleh dalam waktu yang terdekat,"

"Kalau sempat pack semua barang dalam hari ini kita akan berpindah esok,"

Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Mana mungkin aku nak berpisah dengan Kris?

Hari ini merupakan hari selasa dan ibu kata kalau sempat pack semua barang hari ini bermaksud esok kami akan berpindah rumah.

Sampai sahaja di sekolah Kris dan Xavier sudah menunggu aku di pagar. Hari ini ibu yang menghantar aku ke sekolah dan tidak dapat pergi bersama-sama ke sekolah dengan Kris.

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang waktu persekolahan sehinggalah mereka sedar perubahan aku.

"Hazel kami ada buat salah ke. Ala sorrylah.. nak chocolate tak?" kata Kris lalu memberikan aku sebungkus chocolate kegemaran aku.

"Ini dari saya sebagai tanda maaf," kata Xavier pula. Sama seperti Kris iaitu chocolate.

"Kamu tak ada buat salah pun. Saya cuma nak beritahu yang ibu cakap kami akan berpindah rumah..." aku memandang mereka. Masing masing terpancar perubahan pada wajah mereka.

"Bila?"

"Esok..."

Keadaan menjadi sepi selepas itu.

"Saya tak nak berpisah dengan kamu berdua. Saya takut dibuli di sekolah baru nanti,"

"Hazel...dont worry. You're not a weak girl and prove it to yourself you are a strong girl. We are always be your number one supporter even we are apart," kata Xavier dengan nada yang sayu.

"Promise me one thing Hazel. Wait for me till I find you. I promise that we will meet again one day. No matter what happen I will always remember you. Like the moon in the night sky and the sun by the daylight, you entered my life and transformed everything. I promise I will find you. I promise Hazel,"

Jelas kelihatan air mata Kris mengalir ketika dia mengungkapkan ayat itu. Xavier di sebelah Kris pula menepuk perlahan bahu Kris. Xavier tahu yang Kris cintakan Hazel dan dia sendiri juga mempunyai perasaan terhadap hazel tetapi dia mahu menjaga perasaan kawan baiknya dan berusaha untuk tidak menyukai Hazel selepas itu.

End flashback♡


Enjoy🍀

Vote.Comment.Share.

Thank you💕

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now