💣32

1.3K 148 39
                                    

"Cikgu Jeon! Tunggu saya!" Hwayoung berlari anak ke arah Jungkook yang sedang berjalan di kaki lima balai disiplin. Jungkook hanya mampu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

'Kenapalah pengetua letak Hwayoung dalam unit aku'

"Cikgu Jeon sibuk ke lepas waktu sekolah? Kalau cikgu tak keberatan, saya nak ajak cikgu minum-minum di kafe hujung simpang sana" senyuman manis terukir di bibirnya. Atau lebih tepat lagi, senyuman menggoda?

"Emm, saya--"

"Nanana! Saya tak terima sebarang penolakan. Pukul 2 nanti, saya tunggu di sana" Hwayoung melambaikan tangan ke arah Jungkook sebelum mengatur langkah ke kelasnya. Lentokan tubuh Hwayoung semasa berjalan membuatkan Jungkook menelan air liur perit.

🐕🐕🐕

My Little Wife 🗿
online

Ha! Tak belajar ke? Kenapa online?
10.03 am✔️


Sekarang kan waktu rehat 😒 ✅
10.03 am

Sayang, lepas waktu sekolah saya nak jumpa kawan dekat kafe
10.04 am✔️

Awak nak saya hantar balik dulu ke?
10.04 am✔️


Tak apalah
10.05 am

Saya balik dengan Hana ✅
10.05 am

Ok sayang
10.06 am✔️

Hati-hati
10.06 am✔️



Aku hanya memasang reaksi aneh apabila membaca pesanan yang dihantar oleh Jungkook.

"Hoi! Tak payahlah renung telefon tu. Tunggu masa nak tembus saja tahu tak?" tegur Hana sambil menyumbat seketul bebola daging ke dalam mulutnya.

"Woooo, Sir Jeon bermadu asrama dengan Hara" kata Nara setelah berjaya mengintai layar telefon pintarku.

"Asmara bukan asrama. Mana ada, aku biasa-biasa saja dengan dia. Hari ni saja macam mengada lebih sikit. Aku tak faham dengan dia tu. Sekejap tegas, sekejap garang, sekejap manja. Mahu saja aku mengetuk kepalanya dengan kayu golf"

Sunny dan Nara tersenyum sinis ke arahku.

"Bukan ke hari tu kau yang luahkan dekat kitorang tentang perasaan kau pada sir" Sunny menjongketkan kening berkali-kali ke arahku sambil tersenyum gatal.

Sunny, Nara, Hana dan Rain ketawa berdekah-dekah sehingga meja yang kami huni menjadi sorotan di kafeteria.

"Ingatkan tak ada perasaan. Acah saja lebih kau ni. Tampar baru tahu" segera tanganku naik dan menampar bahu Rain.

"Hana, balik nanti aku nak tumpang. Jungkook ada hal dekat luar. Boleh ke tak, bolehkan juga"

"Jom kita pergi lepak dekat kafe hujung simpang sana. Black espresso dia, pergh! Ketagih!" ujar Sunny.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now