📀 40

994 116 16
                                    

Aku berjalan riang menuju ke kelasku. Jungkook? Ah, biarkan dia dengan dunianya. Aku malas hendak memikirkan soalnya. Selagi dia tak melakukan perkara yang mengecewakan aku, biar sajalah.

Sebaik aku melangkahkan kaki ke dalam kelas, ahli skuad yang lain dengan segera menyimpan telefon pintar masing-masing seperti ada perkara yang mereka sembunyikan dariku.

"Selamat pagi, busuk masam sekalian. Korang tengok apa tu? Sampai hati tak ajak aku tengok sekali" Sunny, Hana dan Rain masing-masing menundukkan wajah mereka. Nara pula seperti kematian kata-kata apabila melihatku. Dia kemudiannya menghela nafas panjang ditengah-tengah atmosfera kekok itu.

Layar telefon pintarnya dihalakan ke arahku. Aku menarik telefon pintar tersebut dari tangannya. Aku tersenyum tawar sebelum mengembalikan telefon pintar tersebut kepada pemiliknya. Aku hanya mampu tersenyum kerana Hara yang Hooligans Squad kenal ialah Hara yang kental dan tak cengeng.

"Maafkan aku, Hara. Aku tak sepatutnya tunjuk gambar-gambar ni pada kau. Tapi, aku sebagai kawan kau, aku rasa aku bertanggungjawab untuk selamatkan kau daripada diperbodohkan macam ni" jelasnya panjang lebar. Aku menepuk bahu Nara lembut lalu tersenyum kearahnya.

"Tak apalah, Nara. Aku pun tak kisah dengan apa yang dia buat. Mungkin aku tak mampu bahagiakan dia. Kalau dia nak cari yang baru pun, aku akan benarkan. Sebab aku memang tak pandai bahagiakan dia" tubuhku terus dirangkul oleh Sunny.

"Kau tak layak dapat lelaki macam dia. Kau akan dapatkan lelaki yang jauh lebih baik daripada dia. Tinggalkan saja lelaki tak guna ini. Untuk apa kau seksa jiwa kau untuk pertahankan rumahtangga yang tak seberapa ni"

"Gambar ni dah tersebar?" soalku kepada mereka. Masing-masing menggelengkan kepala. Mujurlah. Barulah aku dapat menarik nafas lega.

"Aku pun tak tahu macam mana pengirim ni boleh dapat nombor kami. Aku masih tak faham kenapa pengirim ni tak kirimkan terus pada kau" soal Hana.

"Biar sajalah. Tak guna difikirkan. Kalau kau perlukan kami, kami ada untuk kau sepanjang masa" Nara menepuk bahuku beberapa. Kelas kami juga sudah dibanjiri pelajar-pelajar lain setelah loceng berbunyi.

Kelibat Daehwi yang berjalan terlenggang-lenggok ke hadapan kelas menarik perhatian kami. Pembaris panjang yang tergantung di sisi papan putih digunakan untuk mengetuk meja guru. Tidak sampai beberapa saat, tumpuan semua pelajar tertumpu ke arahnya.

"Dekat sini, aku nak bagitahu korang satu perkara. Kita ada taklimat untuk kem perdana tahunan sekolah pada pukul 9 pagi. Sama ada korang nak sertai kem itu atau tidak, korang wajib untuk mendengar taklimat tersebut. Itu saja, sekian terima kasih" semua mata ahli skuad beralih ke arahku.

"Kau nak masuk ke?" soal Sunny singkat.

"Masuklah tapi aku nak tidur dekat belakang" kami semua tertawa kecil. Memang itu tujuan kami menghadiri taklimat. Untuk tidur.

"Ah, satu lagi. Pastikan korang semua bawa beg masing-masing sebab kita akan ke makmal Kimia selepas taklimat. Puan Jang akan adakan amali" kami hanya mengangguk dengan bebelan sotong gurita itu. Ah, hari ini akan jadi hari yang panjang dan membosankan.

🍏🍏🍏

Semua pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Starlite masuk ke dewan utama secara berpusu-pusu untuk menghadiri taklimat kem perdana. Hooligans Squad turut tidak terkecuali daripada terlibat dalam kerumunan manusia itu.

"Semua pelajar diminta untuk meletakkan beg masing-masing di koridor dewan untuk menjimatkan ruang dan mengelakkan kesesakan di dalam dewan" laung Myu Hansol, setiausaha badan pengawas atau dilabel sebagai kaki kipas guru-guru di sekolah tersebut.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now