📀 41

1K 134 51
                                    

Sunny dan Jungkook mengatur langkah cepat ke bilik rawatan. Mujurlah jam telah menunjukkan pukul 1.15 petang. Setidaknya, Jungkook boleh membawa Hara pulang ke rumah.

Kelihatan Dr. Nam Joohyuk sedang menyapu gel penyejuk pada jari-jemari runcing milik Hara sebelum membalut tangan kiri gadis itu.

"Hyuk, macam mana tangan dia?" soal Jungkook khuatir. Hara menjeling ke arah Jungkook sebelum memberi fokus pada balutan di tangannya.

"Mujurlah asid yang mereka gunakan tu cuma asid lemah dan cair. Kalau asid pekat, boleh melecur teruk tangan Hara. Ini pelajar kau?" soal Joohyuk pada Jungkook. Lelaki itu hanya mengangguk kecil.

"Hara, kalau awak rasa tangan awak pedih atau pun luka tu berair, awak perlu rujuk ke klinik berhampiran. Rawatan yang saya bagi pada awak cuma rawatan awal saja. Ada baiknya kalau awak terus ke klinik selepas pulang dari sekolah. Jadi, awak dah boleh balik sekarang" Hara membongkokkan badan sebagai tanda hormat kepada Dr. Nam sebelum beredar keluar dari bilik rawatan. Sempat lagi Hara menarik kecil rambut Sunny.

"Kau bagitahu Jungkook buat apa?"

"Sudahlah dia tu ada cubaan untuk curang. Walaupun kau tak perlukan dia, tapi dia sebagai suami sepatutnya peka dengan isteri. Tambahan pula kalau kau cedera macam ni" Hara hanya menggulingkan bebola matanya.

"Apa-apa pun, terima kasih sebab bawa aku ke sini. Aku nak balik dulu. Ah, satu lagi. Jangan lupa hantarkan gambar-gambar mesra Jungkook dan perempuan tu pada aku" ahli skuad mengangguk sebelum kelibat mereka masing-masing lesap kerana waktu persekolahan telah tamat.

Langkah kakinya diatur ke pagar utama sekolah sebelum lengannya dipegang oleh seseorang.

"Sir nak apa lagi dari saya?" getusnya jengkel.

"Balik dengan saya"

"Saya boleh balik sendiri" balasnya singkat.

"Tangan awak kan sakit? Macam mana awak nak ambil tiket bas? Kalau bas penuh, macam mana awak nak berpaut pada besi pemegang? Jangan degil boleh tak?" Hara terus berpatah balik ke lot parkir staf sekolah tanpa berkata apa-apa. Beg yang digalasnya diambil oleh Jungkook selamba.

"Saya belum cacat lagi untuk menggalas beg saya sendiri" jari telunjuk Jungkook diletakkan lembut pada bibir gadis itu. Mereka berdua hanya berdiam diri sebelum masuk ke dalam perut kereta.

🌶🌶🌶

Suasana di dalam kabin kereta itu sungguh sunyi. Hanya bunyi deruan enjin dan suara milik juruhebah radio yang kedengaran.

"Jom kita ke klinik"

"Tak nak. Saya nak balik" jawabnya singkat dan kasar. Jungkook hanya mengiyakan permintaan gadis itu. Tiba saja di rumah, Hara terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa di ruang tamu.

"Mari saya tengok tangan awak" Hara menepis kasar tangan Jungkook yang baru saja ingin mencapai tangan kirinya yang berbalut.

"Hara Jeon. Bagilah saya tengok luka pada tangan awak. Kalau semakin teruk, saya kena bawa awak ke klinik"

"Tak perlu. Semakin membaik atau semakin teruk keadaan tangan saya ni, tak ada kaitan dengan awak" ujar gadis itu dengan nada mendatar. Jungkook mulai panas telinga dengan kata-kata Hara.

"Kenapa awak berubah macam ni--" belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, Hara mula membidas kata-katanya.

"Kenapa saya berubah? Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu. Kenapa awak bersikap seperti awak tak pernah mengenali saya? Kita tinggal sebumbung dan saya harapkan yang awak lebih mengenali saya. Tapi awak langsung tak beri saya peluang untuk jelaskan atau cari bukti untuk pertahankan diri"

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz