📀 58

987 99 24
                                    

Hara mengenakan gaun hitam polos manakala Jungkook pula mengenakan tuksedo hitam yang disemat dengan bunga krisantimum putih pada poket blazer hitamnya. Mereka bergandengan tangan ke dalam Memorial Utama Seoul, lokasi penghormatan terakhir buat mendiang Hwayoung.

Ratusan pasang mata menatap mereka yang baru saja melangkah masuk ke dalam dewan itu. Siapa lagi kalau bukan para pelajar dan guru-guru Sekolah Tinggi Starlite yang kecundang kerana Jungkook lebih memilih gadis kecil molek bermarga Kim itu.

Mata gadis itu meliar mencari kelibat ahli skuad namun kelibat gadis bertocang dengan gaun putih itu menarik perhatiannya.

"Jungkook, saya nak ke sana sekejap" gandengan pada lengan Jungkook dilepaskan sebelum dia melangkah ke arah gadis yang sedang memajang bingkai foto milik Hwayoung.

"Nara, apa kau buat di sini? Bukan ke ahli keluarga sahaja yang sepatutnya memakai pakaian putih?" Nara mengemam bibirnya lalu menundukkan wajah memandang lantai.

"Hara" sapa Hee Ah, ibu kepada Nara.

"Kenapa mak cik juga berpakaian serba putih? Ada perkara yang saya terlepas pandang ke?"

"Nara tak cerita pada kamu? Mendiang Hwayoung merupakan anak saudara Pak Cik Kyunghee. Mendiang dan Nara merupakan sepupu" Hara membuntangkan matanya, terkejut dengan penjelasan yang tidak terduga dari mulut Hee Ah.

"Nara, aku perlukan penjelasan" Jungkook yang melihat Hara menarik kuat lengan sahabatnya itu segera mengekori mereka dari belakang.

"Korang berdua nak ke mana? Acara akan bermula 15 minit lagi" ujar Sunny. Hana dan Rain juga masih berada di susur gajah memorial itu.

"Nampak gayanya Nara ada perkara yang nak dijelaskan pada kita" genggaman erat pada lengan Nara dilepaskan lantas gadis itu jatuh melutut di hadapan Hara.

"A-aku minta maaf, Hara. Aku berdosa pada kau, berdosa pada Jungkook. Aku bodoh. Bodoh sebab khianati persahabatan kita" kaki Hara dipegang kuat oleh Nara sambil bergumam tidak jelas.

"Apa maksud kau, Nara? Aku tak faham"

"A-aku terlibat dalam semua rancangan mendiang Hwayoung" Hara tersengih sinis lantas menggigit bahagian dalam pipinya.

"Aku yang ambil kunci kondominium korang dan aku juga yang bagi pada Hwayoung. Semasa kau ajak aku ke kondominium kau, aku ambil kunci tu dari gantungan"









"Nara, awak nak saya tumpangkan?"

"Tak apalah sir. Saya datang dengan kereta saya. Sir dan Hara baliklah dulu. Saya boleh balik sendiri"

"Bahaya kalau awak balik waktu macam ni. Jalan masih gelap. Awak pun tak tidur dari semalam. Jomlah singgah rumah kami dulu. Siang nanti kita datang sini ambil kereta awak" Nara mengangguk lalu membontoti langkah Jungkook yang semakin maju di hadapan. Pesanan ringkas yang diterima semalam terimbas di mindanya.

'Patutkah aku bertindak macam ni? Dia dah banyak tolong aku. Tak apa ke kalau aku jadi macam ni' lamunannya terhenti apabila seorang pemandu membunyikan hon kerana Nara menyeberangi pintu utama hospital tanpa berhati-hati.

"Nara, kau tak apa-apa? Mesti kau mengantukkan? Jomlah balik rumah aku" Nara mengangguk dan berganding tangan dengan Hara ke tapak parkir. Semakin menebal rasa bersalahnya ketika ini.











"Aku tahu dia akan pecah masuk rumah kau dan serang kau sewaktu Jungkook tiada di rumah. Aku juga tahu yang dia akan potong brek kereta Cikgu Min sehingga mereka terlibat dalam kemalangan. Pada malam yang sama, aku temankan kau di hospital sehinggalah kau jemput aku ke rumah kau dengan alasan bahawa aku kelihatan terlalu penat untuk memandu" Hara mengepal tangannya erat menahan getar amarah pada tubuhnya. Pegangan Nara pada kakinya ditepis kasar.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now