💣35

1.3K 129 19
                                    

"Ini kunci rumah Jungkook. Aku dah buka jalan untuk kau. Bertindak pakai otak, jangan pakai lutut. Lepas ni, jangan babitkan aku dalam masalah kau lagi"


🌹🌹🌹 

Penggera pada telefon pintarku berdering menandakan sudah masuk jam 6 pagi. Aku mencapai telefon tersebut lalu mematikan penggera dengan mata yang masih tertutup rapat. Mesti korang semua pelik kenapa aku bangun awal kan?


FLASHBACK

"Hara, kau sarapan tak sebelum datang sekolah? Kenapa lemau je ni?" soal Nara risau ketika menjejakkan kaki masuk ke dalam kelas. Aku hanya menjawab pertanyaan itu dengan gelengan.

"Jungkook tak masak hari ni"

"Hah? Sir Jungkook yang masak setiap hari?" aku menganggukkan pertanyaan tersebut. Nara menepuk dahinya sebelum melempang dahiku.

"Woi! Kau kenapa nak tepuk dahi aku?!"

"Sepatutnya kau yang masak, sengal. Semua isteri dekat dunia ni kena masak sekurang-kurang seminggu sekali untuk suami. Kau nak ke dia pergi makan dekat rumah orang lain?" aku hanya mampu tersengih. Ada betulnya apa yang Nara cakap. Kalau si Hwayoung tu pandai masak, tak mustahil aku dapat madu.

END FLASHBACK



Aku mengemaskan ikatan rambutku sebelum mencapai bahan-bahan untuk menyediakan sandwic. Pemula macam aku ni mana tahu masak yang hebat-hebat. Aku tak pernah diajar untuk memasak. Bagusnya kalau Seokjin ada. Boleh dia ajar aku masak sekarang ni.

Aku memerhati tomato dan timun yang masih berada di dalam plastik lut cahaya itu. Macam mana nak potong ya? Bulat, dadu? Kalau cincang boleh tak? Tak apa, Seokjin ada. Aku mengeluarkan telefon pintar daripada saku di hadapan apron lalu mengetik pesanan kepada Seokjin.


Seokjin Kentang 🍌
last seen 01.58 am

Woi Seokjin
06.17 am✔️

Ajar aku potong tomato dengan timun
06.17 am✔️

Aku nak buat sandwic
06.18 am✔️

Budak ni kacau je aku nak bersiap pergi kerja ✅
06.19 am

Potong timun dengan tomato je, sengal. Takkan itu pun tak tahu. Ikut jelah bentuk dia. Potong bulat-bulat macam aku selalu buat tu. Tak pernah makan sandwic ke apa budak ni? ✅
06.20 am

Aku ada mesyuarat ni. Selamat maju jaya 😉 ✅
06.21 am


Aku menepuk dahiku perlahan. Bodohnya sebab tak teringat pada sandwic yang pernah Seokjin buat untuk aku. Aku mencapai pisau lalu mula menghiris kesemua bahan seperti yang ditunjukkan dalam video pada layar telefon pintarku. Ya, aku buka Youtube semata-mata nak tengok cara potong timun.


☁️☁️☁️


Aku memasukkan bekal tersebut ke dalam beg galas sebelum mencapai kasut Converse milikku, hadiah sebelum Taehyung berlepas ke Ilsan. Hari ni, Jungkook keluar lebih awal dari biasa kerana dia bertugas sebagai pemantau di sekolah.

Dentingan lif menandakan aku telah tiba di ground floor, tempat di mana aku akan menunggu pemanduku tiba.

Pin! Pin!

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Donde viven las historias. Descúbrelo ahora