📀 46

965 122 80
                                    

"Unit disiplin dah tarik balik penggantungan Hara. Jadi, dia berhak untuk ikuti sebarang program anjuran sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa. Aku yang suruh Jungkook tumpangkan Hara ke sini sebab dia tak dapat apa-apa maklumat tentang kem ni" lancar saja kata-kata itu keluar dari belahan bibir milik Yoongi.

Para pelajar dan guru-guru hanya mengangguk faham dengan situasi tersebut tanpa perlu dijelaskan untuk kali kedua. Mendidih darah Hwayoung apabila pembohongan Yoongi sungguh sempurna.

"Nampaknya lelaki ni bukan lawan yang mudah"

"Jungkook, hantarkan beg Hara ke bilik 704" ujar Yoongi selamba. Lelaki itu tahu bahawa Jungkook terlalu menggelabah apabila berdepan dengan wanita ahli sihir ini. Maka, dia perlu mencari akal untuk Jungkook dan Hara.

"Eh, pelajar lain boleh saja angkat beg sendiri. Kenapa--"

"Kau ni bodoh atau pura-pura tak ada otak? Berita tentang insiden pecah rumah Hara dah dimaklumkan dalam kumpulan Telegram rasmi sekolah. Dia pun baru sembuh. Boleh tak berhenti mempersoalkan tindakan kami? Kami tahu apa yang kami buat" Hwayoung hanya menggulingkan bebola matanya lantas kehilangan kata-kata. Daniel yang memasang telinga sejak tadi pula mengalami serangan panik.

"Daniel, kau okey?" soal Jihoon risau apabila melihat Daniel yang seperti tersentak akan sesuatu.

"Aku okey. Jom susun barang dalam bilik. Sekejap lagi kita ada aktiviti" mereka berdua mengikuti rombongan pelajar lain ke The Creek and Crust, tempat yang menjadi kediaman mereka sepanjang kem perdana ini berlangsung.

🍰🍰🍰

"Ah, penatnya! Kalau aku tahu, aku pura-pura pengsan saja tadi" keluh Sunny apabila kami tiba di bilik yang kami kongsi bersama. Aku juga merebahkan badan ke atas katil. Fuh, penangan senamrobik Sir Park, sakit badan aku dibuatnya.

"Orang tua tu makan apa hah? Bertenaga semacam saja malam-malam buta macam ni. Sakit betis aku dibuatnya. Kalau esok aku tak boleh berjalan, macam mana?" keluh Rain pula.

"Anak-anak dara sekalian, kecuali Hara. Sila mandi sekarang. Berlengas-lengas tapi dah berbaring atas katil" aku menjeling ke arah Hana apabila mendengar ayat yang dilontarkan olehnya. Sebiji bantal aku lempar ke perutnya.

"Kurang ajar kau" dia hanya tersengih sambil mengelap rambutnya yang masih basah.

"Weyh, gila bapak seksi laki kau, Hara" ujar Rain apabila dia melihat kelibat Jungkook dari balkoni. Aku bergegas ke balkoni sehingga terdorong Rain ke belakang. Dia pakai

























































































































































SELUAR PENDEK!

Aku segera mencapai telefon pintarku dari dalam kocek seluar. Namanya aku ketik di dalam aplikasi KakaoTalk. Pesanan ikhlas nan manja aku hadiahkan padanya.











Little Lion 💘
online

Jeon Jungkook 😤 ✅
09.30 p.m.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now