5.Rahsia

8.5K 351 1
                                    

Huh. Aiden mengeluh. Orang yang pakar IT pon tidak dapat menolong dirinya mencari maklumat lengkap tentang gadis itu. Identiti dia bagaikan dikunci rapi. Apa yang di sorokkan?

Mia di rumah menghabiskan masa dengan mengemas rumah. Bukan selalu jadi rajin. Kadang-kala ada juga perasaan sedih yang terbit di dalam dirinya. Dia tidak tahu punca ibu bapanya meninggal. Seingat dia, sedar-sedar sahaja dia berada di hospital. Tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

Doktor mengatakan bahawa dia hilang ingatan. Atas sebab apa pun dia tidak tahu. Tahu-tahu sahaja dia disuruh duduk disini. Entah rumah siapa, katanya rumah keluargaku. Entah bagaimana dirinya yang dulu pon dia tidak tahu.

Tetapi Mia bukan seorang yang lemah. Haraplah suatu hari nanti dia dapat mengingat semula. Selesai mengemas, Mia berehat di
atas sofa.

Aiden yang ketika itu berada di dalam kereta teringat akan mummynya. Sungguh dia rindu akan mummynya. Lama sudah dia tidak menjeguk orang tuanya itu. Kereta dipecut laju ke rumah orang tuanya.

" Assalamualaikum mummy, iden datang ni"

" waalaikumussalam Ya Allah anak mummy, lamanya mummy tak jumpa kamu, kamu tak sayang mummy ke?" tanya  Puan Erina

"mana ada mummy, iden busy sikit, ofcourse lah iden sayang mummy" kata Aiden dengan manjanya. Dengan orang lain punyalah dingin.

" iden mummy nak tanya, iden bila nak bawak calon menantu jumpa mummy?

" apa ni mummy, iden awek pon takde "

" habis orang nampak iden dengan seorang perempuan ni? Bukan awek iden ke? "

" bukanlah itu lalat mana tah sibuk nk dekat dengan iden "kata Aiden dengan muka monyok

" alolo anak mummy ni, jomlah makan, mummy ada masak tadi "ajak Puan Erina sambil menarik tangan anaknya itu.

Puan Erina hanya mempunyai seorang anak iaitu Aiden. Dia amat menyayangi anaknya itu.

" mummy mana daddy? " tanya Aiden

" ade dekat atas, kejap mummy panggil " Puan Erina bergerak ke atas untuk memanggil suami tercinta.

Puan Erina turun bersama suaminya, Jackson Carter. Ayah Aiden merupakan orang Eropah manakala ibunya merupakan orang Melayu mix Spanish.

Setelah menghabiskan masa yang lama dengan mummy dan daddynya, Aiden meminta izin untuk pulang ke rumahnya.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now