17.Terima

7.7K 346 4
                                    

Adrian dengan langkah cermat menuju ke bilik Aiden. Adrian pantas menghadiahkan sebuah senyuman dan kenyitan mata kepada Athirah yang berada di mejanya.

Pintu bilik Aiden dibuka. Melihat muka Aiden yang kusut menimbulkan pertanyaa.

" Kusut betul muka kau, awat? Nak kata musuh serang, takde"

Aiden menjeling Adrian sebelum berkata

" Mummy aku suruh kahwin dengan Mia, kau tahu kan aku tak suka Mia" rungut Aiden

" Kahwin jelah, apa susah? Kalau kau taknak, bagi aku jelah" Adrian membalas sambil membuat muka gatal.

" Semua perempuan kau nak" Balas Aiden

" Apa kata kau cuba bagi peluang pada budak tu, aku tengok Mia tu baik je" Nasihat Adrian

Pening kepala Aiden memikirkan soal ini.

------------

Puan Erina dan Encik Jackson berkumpul di ruang tamu untuk meluangkan masa bersama. Puan Erina merenung Aiden yang termenung itu.

" Iden ada nak cakap apa-apa ke?" tanya Puan Erina. Aide memandang mamanya dan mengeluh kuat.

" mummy, iden setuju nak kahwin dengan Mia"

" Alhamdulillah"

" Bila nak datang merisik?" sampuk Encik Jackson

" terpulanglah pada mummy" Aiden membalas

" Esoklah, berita gembira ni harus diberitahu segera."

Tersenyum lebar Puan Erina mendengar apa yang dikatakan Aiden.

------------------

" Mia siap cepat, pakai sopan-sopan" arah Puan Lucy

" why mama?" tanya Mia

" Keluarga Aiden nak datang"

Mia pantas berlari masuk ke dalam biliknya. Baju kurung cotton bercorak bunga berwarna biru lembut diambil lalu disarung. Cantik. Puji Mia kepada diri sendiri. Rambutnya dibiarkan bebas.

Mia turun ke bawah dan mendapati keluarga Aiden sudah sampai. Mia melangkah ke dapur untuk membancuh air.

" Kami datang ini membawa hajat" Encik Jack memulakan bicara

Puan Erina dan Puan Lucy tersenyum lebar kerana mengetahui apa yang ingin disampaikan. Malam semalam Puan Erina ada menghubunginya untuk memberi tahu tentang ini.

" Apa hajatnya?" tanya Encik Amirul

" saya berterus terang sajalah ya, kehadiran saya dan isteri saya disini untuk menjadikan anak Encik Amirul sebagai menantu kami"

" Boleh sangat lah tu" balas Encik Amirul

" Mia tu pon minat sangat dengan Aiden itu" sampuk Puan Lucy

Mia menatang dulang yang berisi air dengan cermat. Aiden memandang lama Mia yang kelihatan ayu memakai baju kurung itu.

" ini cincin tanda" pantas Puan Erina menggamit Mia duduk di sisinya. Tangan Mia dicapai lalu disarungkan cincin itu. Mia tersengih lebar memandang cincin di tangannya. Aiden aku punya. Jerit Mia di dalam hatinya

" Bila nak langsungkan pertunangan?" Soal Encik Jack

" Minggu depan? Lagi cepat lagi bagus" jawab Encik Amirul

Mereka berbincang dengan lebih lanjut tentang pertunangan anak mereka. Mia yang melihat Aiden keluar, pantas mengekorinya.

" awak! Thanks terima saya" Mia tersenyum lebar sambil memandang Aiden

" Terima tak bermaksud aku cinta" Balas Aiden

" saya tak kisah sebab saya pasti awak akan cintakan saya nanti" Ujar Mia dengan yakin

Aiden mendekatkan mukanya dengan Mia sambil tersenyum sikit.

" Kita tengok nanti"

Pantas senyuman Aiden mati lalu menjarakkan mukanya kembali.

" Ala saya tak puas tengok awak senyum, senyum lagi please" suruh Mia sambil membulatkan matanya.

" Nope"

Mia pantas menarik pipi Aiden kuat sebagai balasan Aiden menarik hidung Mia sehingga merah hidung Mia.

" awww, sakitlah!" rungut Mia

Aiden tersenyum melihat muka Mia yang menahan sakit. Sekali lagi Mia terpana melihat senyuman Aiden.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now