11.Fight

8.1K 357 0
                                    

Mia yang ketika itu bermalas-malasan di rumah dipanggil oleh abangnya.

" berani sahaja hamba menganggu beta" kata Mia

" Ampun tuanku" balas Mikael melayan karenah adiknya

" kenapa abang?"

" Mia taknak berlatih ke? Mia dah lama tak berlatih kan?"

" omg abang! Jom! Mia dah lama tak berlatih"

Mia dan Mikael mula bersiap dan terus bergerak menuju ke markas mereka. Masuk-masuk saja, Mia diserbu oleh peminatnya.

" lama tak nampak malayka " tegur Ryan

" Haha, chill. Ni dah nampak kan" ceria Mia membalas.

Kaki Mia mula bergerak ke satu bilik. Satu pucuk pistol diambil sebelum menembak tepat ke arah sasaran. Hujung pistol ditiup sambil membuat muka berlagak.

" Poyo ah kau dik" kata Mikael

Gelak Mia mendengar kata abangnya. Ryan dipandang sebelum kening diangkat.

" Ryan berani tak lawan aku?" soal Mia berlagak

" heh marilah" sahut Ryan berani

Mia dan Ryan mula bergerak ke tengah gelanggang. Yang lain berkumpul untuk melihat perlawanan mereka

Ryan dengan lajunya berlari ke arah Mia sebelum menyepak perut Mia. Mia dengan tangkas menepis kaki Ryan sehingga membuat lelaki itu jatuh.

Belum sempat Ryan bangun, Mia bertindak menumbuk perut dan pipi Ryan. Bengkak dibuatnya pipi Ryan.

Ryan mula menolak Mia dan sekarang Ryan yang berada di atas Mia. Belum sempat Ryan membalas tumbukan Mia, terasa senak kawasan bawahnya apabila lutut Mia menendang kawasan itu.

Mia pantas bangun.

" amacam? Nak lawan lagi?" kata Mia.

Ryan memandang Mia sambil mengeleng kepala. Senak oi

Orang lain yang melihat berasa kagum dengan pergerakan pantas Mia.

" Good Mia, walaupun kau dah lama tak berlatih tetapi pergerakan kau masih pantas" puji Mikael

Tersengih suka Mia apabila dipuji.

-----------

" Aiden!" jerit Puan Erina

" Ye mummy?" sahut Aiden

" teman mummy pergi mall jom"

Aiden mula memandu pergi ke Mall.

" iden takde jumpa dengan Mia dah ke?"

" entahlah mummy, mummy tahu kan iden tak suka. Cukuplah seorang je yang pernah buat iden kecewa." kata Aiden dengan muka masam

Puan Erina hanya mendiamkan diri apabila teringatkan apa yang terjadi pada anaknya itu.

Sampai sahaja di Mall, Puan Erina menyilang tangannya dengan anaknya.
Puan erina mengecilkan matanya untuk melihat gadis dihadapannya yang familiar

" Mia!" tegur Puan Erina

" Eh aunty?" balas Mia mesra. Haritu makcik, ni aunty pula ye, nanti apa? Mummy?

" Mia seorang je ke?"

" Haah seorang je aunty"

" wah yeke? Bolehlah jalan sekali dengan mummy dan Aiden"

Aiden menayang muka tidak puas hati. Mia pon bersetuju untuk berjalan sekali. Tidaklah nampak lonely sangat haha.

Sambil berjalan Puan Erina menyoal Mia.

" Ibu Bapa Mia sihat ke? Kerja apa?

" Mia tidak tahu ibu bapa Mia sihat ke tak, ayah Mia CEO MA holding but sekarang Mia yang handle " kata Mia sambil tersenyum nipis

" apa maksud Mia by Mia tidak tahu keadaan parents Mia? Sorry aunty bukan nak menyibuk ye sayang"

" haha aunty tak menyibuklah, parents Mia hilang time kami accident dulu"

" Ya Allah, yeke? Sampai sekarang tak jumpa lah ye? Sabar ye sayang.

Mia hanya tersenyum lebar. Aiden yang sedari daripada tadi diam hanya mendengar. Tidak mahu mengambil berat walaupun hatinya gusar.

Banyak barang yang dibelanja oleh Puan Erina, walaupun telah banyak ditolak tetapi Puan Erina tetap mahu berbelanja katanya sebagai tanda terima kasih kerana pernah menyelamatkannya.

Aiden yang telah menghantar mummynya ke rumah dengan selamat bergerak ke markas.

" Ad, aku nak kau cari maklumat pasal parents Malayka Damia" lancar Aiden memberi arahan

----------

" shit! macam mana aku boleh lupa ucap terima kasih pada Aiden kerana telah menyelamatkanku" kata Mia seraya menggigit bibir.

Telefon dicapai dan contact Aiden ditekan. Dengan pantas panggilan tersebut bersambung

" Hm Aiden "

" apa?" kasar Aiden membalas

" thanks" kata Mia perlahan

" For?" berkerut dahi Aiden

" For saving me lah" dengus Mia perlahan

" cukuplah hanya sekali aku nampak kau cedera, takde kali kedua" kata Aiden lembut

Panggilan tersebut terus putus setelah selesai Aiden menuturkan kata. Mia yang mendengar kata-kata Aiden menjerit suka.

Aiden pula terasa ingin menumbuk dirinya apabila memikirkan yang dia sudah menuturkan kata yang tidak sepatutnya. Aku tidak akan sesekali jatuh cinta, cukuplah perempuan tak guna itu! Kata Aiden di dalam hatinya. Tangan digengam sebelum menumbuk dinding sekuat hatinya.



My BadBoy (✅) Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ