Mia merenung Ad walaupun mindanya mengelamun jauh.
" Sabarlah, Aiden tu kuat, mesti takde apa jadi. Kau pun kuatlah" Kata Ad
" Aku sayang dia" Kata Mia sambil mengesat air matanya.
Bob yang bergaduh dengan Eric membuatkan Mia ketawa kecil.
" Aku dah jumpat kat mana Aiden berada!" laung Ryan kuat.
Mia pantas berlari ke arah Ryan.
" Mana?"
" Dekat Kedah"
Mia menyuruh anak-anak buahnya bersiap untuk menyerang. Kalau lambat entah apa jadi pada Aiden. Selesai sahaja bersiap, mereka terus memecut laju ke markas takguna itu. Awak tunggu saya.
MARKAS WILLIAM
Aiden nyenyak tidur bagaikan tiada apa yang jadi. William masuk ke dalam bilik yang Aiden dudukki dan menyimbah air yang sangat sejuk ke atas Aiden.
Splash!
Terketar-ketar badan Aiden menerima perubahan suhu yang mendadak itu. Tangannya dikepal. Urat mula muncul di dahi Aiden.
" Kau nak apa sial?" tanya Aiden
" Kau dah bunuh D, kau boleh tanya aku pula " terbahak-bahak William ketawa
" Aku takkan bunuh D kalau dia tak kacau aku, who the hell brave enough to mess with me must be ready to die. " sinis Aiden membalas. Tidak lupa senyum sinis yang menghiasi bibirnya.
William seram melihat senyuman Aiden yang tak ubah macam seorang psycho. Tetapi melihat keadaan Aiden yang terikat itu membuatkan William tersenyum mengejek.
" Now is your time " Kata William. Hujung pistol diletakkan pada dahi Aiden. Tangan Bersedia untuk menarik picu.
" Bos! Diorang dah sampai!" jerit anak buahnya kuat.
" Damn! lagi sikit je mamat ni nak mati" rungut William. William laju meninggalkan ruangan tersebut untuk menyambut tetamu
Aiden tersengih sinis memandang muka tak puas hati William. Niel laju melangkah ke arah Aiden lalu melepaskan ikatan Aiden. Pistol diberikan kepada Aiden sambil berkata
" Time for revenge" Senyum sinis Niel tarik. Niel pantas berlari keluar bersama Aiden.
Mia berjalan masuk ke dalam dengan senyuman seram. Mia pantas berlari ke arah mangsa pertama untuk membunuhnya.
Bang!
Mangsa pertamanya sudah mati ditembak oleh Mikael.
" sampah kau bang! Dia aku punya" kata Mia geram
" Sorry not sorry dik" Balas Mikael poyo sambil tangan dimasukkan ke dalam poket.
Mia melihat Adrian yang bersusah payah bergelut dengan penjahat itu .
" Adrian tunduk" Arah Mia. Adrian pantas menunduk. Melihat ruang yang kosong itu pantas Mia menarik picu.
Bang! Headshot!
Tiba-tiba pipi Mia ditumbuk kuat. Mencerlung mata Mia memandang lelaki yang menumbuknya. Melihat lelaki itu ingin menumbuk dirinya lagi pantas pedang yang disisipkan di pinggangnya ditarik. Lalu dilibaskan pada tangan lelaki itu.
Melihat raungan lelaki itu membuatkan Mia tersenyum. Puas. Kaki Mia mula melangkah untuk mencari Aiden. Melihat Aiden disitu. Pantas Mia berlari lalu memeluk Aiden.
" Awak okay?" Tanya Mia dengan mata berkaca. Badan Aiden dibelek. Panik Mia melihat darah di baju Aiden.
" Aku okay" balas Aiden. Tiba-tiba badan Mia ditarik kuat daripada memeluk Aiden.
" Don't touch her" Keras Aiden bersuara
William memeluk Mia daripada belakang. Pisau dimainkan dipipi Mia sebelum menoreh sedikit. Keluar darah daripada pipi Mia. Air mata Mia terus mengalir keluar. Pedih babi! Sebelah kene tumbuk, sebelah kena toreh. Malang betul. Kata Mia dalam hati.
" Kau berdendam dengan aku, jangan libatkan dia sial!" kata Aiden kuat. Urat-urat mula timbul.
Melihatkan Aiden yang menghampirinya. Pantas pisau itu dilarikan di leher Mia. Mia yang tidak mahu dianggap lemah terus memijak kaki William kuat lalu dipulas kuat tangan William. Pisau ditangan William dicapai dan diberikan kepada Aiden.
" Kau! Tak guna!" jerit William kuat. William memandang Niel lalu mengarahkan Niel untuk membunuh Mia.
Niel berlari ke arah Mia lalu menundukkan badan.
" Bodoh pengkhianat!" kata William. Niel hanya tersenyum sinis manakala Aiden pelik.
Mia menyerahkan William kepada Aiden sebelum menepuk lembut bahu Aiden dan berkata
" He is yours. Do what you want"
Aiden tersenyum sinis lalu melangkah ke arah William. Perut William ditumbuk kuat sehingga terbongkok lelaki itu. Muka William ditarik kasar memandang dirinya lalu pisau yang telah diberi oleh Mia diletakkan di pipi William.
" Now aku balas balik apa yang kau dah buat kat My lovely wife " kata Aiden lalu menikam pipi William lalu ditarik kuat. Tangan William jugak ditikam. Pistol dicapai lalu menembak kedua-dua belah kaki William.
William jatuh kebawah apabila tidak dapat merasa kakinya. William redha dengan apa yang jadi. Aiden sudah memberi amaran not to mess with him. Tetapi apabila dendam menguasai diri. Tiada apa yang tidak mustahil.
Aiden terus menembak tepat dahi William. Aiden memandang Mia lalu dipegang luka Mia.
" Sorry" kata Aiden. Mia mula memeluk Aiden. Aiden pula membalas pelukan Mia
" Er sorry bukan nak kacau korang melepaskan rindu tapi dalam masa 30 saat bom nak meletup" Kata Eric yang tersengih
Mia dan Aiden laju berlari keluar meninggalkan Eric. Eric bengang melihat mereka berdua lalu terus berlari.
Meletup markas itu. Aiden memeluk pinggang Mia lalu mereka memasuki kereta. Pipi Mia dirawat elok.
" Now aku nak dengar kau cerita, apa semua tadi?"
" Er Mia dengan abang mafia. Niel tu orang suruhan Mia yang Mia suruh jadi spy. Untuk intip segala berbuatan diaorang since diaorang musuh awak" terang Mia perlahan. Jari dimain. Mama! Adik takut!
Aiden memandang Mia atas bawah sambil memikirkan yang dia pernah ternampak seseorang yang berpakaian seperti itu.
" Jangan cakap kau yang pernah tolong aku dulu" Teka Aiden
Mia menganggukkan kepala perlahan.
" How lucky i am to have you by my side" kata Aiden perlahan. Telinga Aiden mula memerah.
" Awak tak marah ke? Saya tak bagitahu awak " Tanya Mia
" Aku takde sebab untuk marah " balas Aiden sambil tersenyum lebar.
" What?! Awak ada lesung pipit?!" Tanya Mia kuat. Jari Mia mula memegang lesung pipit Aiden.
Tergelak kuat Aiden memandang Mia yang jakun serupa monyet itu. Mia terus mencium Aiden apabila melihat Aiden yang tergelak itu. Terkaku terus Aiden.
" Nakal eh " kata Aiden lalu tubuh Mia dibaringkan. Mia hanya tersenyum bahagia.
" I love you" Balas Mia
" I love you too" Balas Aiden.
Mata Mia membulat mendengar kata-kata Aiden
" a-apa? Be-betul ke?" tergagap-gagap Mia. Menuturkan kata. Aiden yang malu diam tidak berkutik. Mia yang tidak berhenti bertanya terus terdiam apabila Aiden menciumnya.
" Tahu pon diam, yes I love you" kata Aiden yakin. Mata kelabunya memandang tepat mata Mia
Mia tersengih bahagia. Badan Aiden dipeluk kuat.
" Terima kasih awak! Kan saya dah kata nanti awak akan suka saya juga!" kata Mia berlagak.
Aiden memandang Mia lama sebelum mencium Mia lama.
" Shall we?" tanya Aiden. Mia hanya menganggukan kepalanya sambil tersenyum lebar.
YOU ARE READING
My BadBoy (✅)
RomanceMalayka Damia × Aiden Carter Misi mengejar cinta si mafia. Malayka Damia : I love you ! Aiden Carter : Just who are you, Malayka Damia? Disebalik rahsia masih terdapat rahsia lain. (Complete)