22.Risau

8.8K 321 0
                                    

Hati Mia mula tidak tenteram apabila Aiden tidak pulang daripada tadi. Sudah berpuluh kali dia menghubungi Aiden tetapi tiada satu pon yang diangkat. Mia mencari contact Ad yang berada di dalam telefonnya. Nasiblah aku sempat curi haritu daripada telefon aiden.

Panggilan itu terus bersambung.

" Hello Ad, ni Mia. Aiden ada dengan kau tak?" tanya Mia

" hello, no, Aiden takde dengan aku"

" Kau kat mana Ad?" soal Mia

" Mar.. Aaa aku ada kat rumah" nyaris nak terbongkar rahsia.

" just tell me the truth Ad" balas Mia.

" fine, markas "

" Ad, hati aku tak sedaplah, dah pukul 11 malam dah ni tapi Aiden tak balik-balik lagi, patutnya pukul 5 tadi balik dah" kata Mia

" Aku check kejap"

Mia pantas menutup panggilan. Mia laju mengangkat apabila telefonnya berdering

" Aku dah kata, alert! Suami kau kena culik"

Terus terputus panggilan itu. Mana aku nak cari Aiden. Fikir Mia. Bibirnya digigit kuat. Mia menghubungi Ad semula

" Adrian, Aiden kena culik" lemah Mia bersuara

" Fuck! Macam mana?!" dengus Adrian.

" nanti aku dengan anak-anak buah aku datang markas kau" kata Mia

" anak-anak buah kau? What?" macam nak tercabut telinganya apabila mendengarkan ayat Mia.

" Nanti aku cerita"

Mia mula bersiap-siap. Kereta di pecut laju ke markasnya.

" abang, Aiden kena culik"

" abang tahu, adik sabar ye" pujuk Mikael lalu memeluk adiknya.

Dikumpulkan anak-anak buah mereka dan bertolak ke markas Aiden.

Mia mengetuai mereka lalu masuk ke dalam markas Aiden.

" Kau mafia ke?" tanya Adrian

Mia hanya mengganguk dingin.

" Orang aku tengah mencari keberadaan Aiden" balas Adrian

Mia laju melabuhkan duduk di atas sofa, di dalam fikirannya hanya ada Aiden saja. Mikael duduk ditepi Mia lalu memeluk bahu Mia.

Bob memandang pakaian Mia yang serba hitam itu. Bob terasa familiar dengan pakaian Mia. Mulutnya bertanya untuk mendapat kepastian.

" Kau ke orang yang selalu tolong Aiden tu?"

Mia sekali lagi menganggukan kepala

" aku takkan sesekali biarkan sesiapa cederakan my Aiden " balas Mia dingin. Muka Mia kosong sekosong hatinya apabila Aiden diculik.

--------------

" Setelah sekian lama kita tidak berjumpa, Aiden"

Aiden hanya memandang William dingin. William dengan kasarnya menendang perut Aiden. Terkeluar darah daripada mulut Aiden.

Aiden tersenyum sinis. Mulutnya digerakkan. Kau akan mati, tak guna.

" Kau yang akan mati" balas William lalu meninggalkan Aiden keseorangan.

THROWBACK

Aiden laju melangkah keluar untuk pulang ke rumah. Perutnya sudah berkeroncong meminta isi. Bibirnya dijilat apabila teringat masakan Mia.

Sampai saja Aiden dikeretanya, Aiden diserang seseorang. Aiden yang tidak sempat mengelak kena tumbukkan daripada lelaki itu. Senyum sinis Aiden tarik lalu tangan lelaki yang ingin menumbuk pipinya dipulas kuat. Tangan penjahat itu Aiden lutut sehingga patah.

Aiden ingat sudah habis apabila Aiden pusing ke belakang terdapat 10 orang lagi. Aiden jalan ke arah mereka dan berlawan dengan mereka. Aiden yang leka tidak perasan orang dibelakangnya.

Lelaki itu mencucuk leher Aiden dengan picagari. Terus jatuh Aiden di atas tanah. Mereka yang melihat tersengih suka lalu mengangkat tubuh Aiden dan dibawa ke dalam van mereka.

Buka sahaja mata, Aiden mendapati dirinya dikurung. Dalam otaknya memikirkan Mia. Kedengaran bunyi tapak kaki masuk ke ruangan yang  Aiden duduk.

" Nah makan ni" kata lelaki itu.

" kau letak racun kan?" tuduh Aiden.

" Taklah bangang, aduh! Makan jelah. Orang dah bagi makan taknak!" kata suara itu.

Aiden laju mencapai makanan dan memakannya. Lapar.

Lelaki itu pula asyik memandang Aiden

" Gay ke apa?" tanya Aiden.

Tergelak kecil lelaki itu mendengarnya.

" Kau jaga diri baik-baik, aku tak jamin kau keluar daripada sini dengan tiada kecederaan. But please bertahan, nanti adalah orang selamatkan kau by the way aku Niel " kata Niel sebelum bergerak keluar.

Aiden pula memandang pelik ke arah Niel dan cuba memahami ayat yang dituturkan oleh Niel. Sambil makan Aiden memikirkan strategi untuk keluar daripada situ.

William masuk ke dalam dan terkejut melihat Aiden yang makan.

" Siapa yang bagi mamat ni makan?!" Kuat William bertanya.

" aku" Balas Niel

William bergerak ke arah Niel dan mencekak kolar Niel. Matanya merah menyala

" Aku nak dia mati yang kau bela dia kenapa?!"

" Perut dia bunyi kuat sangat, bising. Kau tak dengar sebab kau duduk luar. Aku yang duduk dengan dia merana" balas Niel tenang.

William melepaskan kolar Niel dan bergerak ke arah Aiden.

" Macam anjing dah aku tengok kau Aiden" kata William tersengih mengejek

Aiden memandang William dengan dingin. Tiada masa ingin bergaduh kata.

" Kau jaga dia, dia terlepas. Kau jadi ganti" arah William pada Niel.

Niel hanya menganggukan kepala tanda faham.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now