19.Kahwin

8.7K 361 30
                                    

Mia menghembuskan nafas apabila debaran terasa. Tangan Jasmine digenggam kuat.

Tergelak Jas melibat Mia yang gementar itu. Belum sempat Jas berkata apa terasa pintu bilik Mia dibuka

" D-dik , Aiden lari!" tergagap-gagap Mikael menuturkan kata dengan muka pucatnya

" What?!" jerit Mia kuat. Menitis air mata Mia mendengar perkara itu. Sampai hati awak Aiden.

Kedengaran gelak seseorang.

" kau pehal gelak?" tanya Jas kepada Mikael

"Haha dik, aku gurau jelah. Cepatlah turun,Aiden dah sampai" kata Mikael dan terus turun ke bawah

" Sampah kau bang" gumam Mia. Mia laju turun ke bawah bersama Jas.

Aiden kelihatan segak memakai baju melayu manakala Mia kelihatan ayu. Sepadan

Tangan Aiden dijabat oleh tok kadi.

" Aiden Carter bin Jackson Carter"

" saya..."

" aku nikahkan kau dengan Malayka Damia binti Amirul berwakilkan aku dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai"

" Aku terima nikahnya Malayka Damia binti Amirul dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit, tunai."

" sah?"

" sah"

Setelah selesai menunaikan solat sunat, Aiden menghampiri Mia. Mia menyalam Aiden lama. Aiden pula bertindak mencium dahi Mia. Berdebar hati Mia. Finally you're mine, Aiden.

------------

Selesai sahaja akad nikah, Mia harus bergerak ke dewan pula untuk majlis sanding.

Mia kelihatan anggun dengan busana pengantinnya

Mia kelihatan anggun dengan busana pengantinnya

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Aiden pula kelihatan kemas dengan tuxedonya

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.


Aiden pula kelihatan kemas dengan tuxedonya.

Pantas Mia menghampiri Aiden dan menyilang tangan mereka.

Kehadiran Mia dan Aiden menarik perhatian tetamu. Sangat sesuai.

Aiden membawa Mia ke meja keluarganya. Aiden duduk di satu kerusi kosong. Mia pula bergerak untuk mencari kerusi kosong. Belum sempat Mia bergerak, Aiden memegang tangan Mia sambil mengangkat kening.

" Mia nak cari kerusi" kata Mia

" Duduk je sini" kata Aiden. Tangan Mia ditarik dan Mia didudukkan di atas ribanya. Puan Erina yang melihat adegan itu, tersengih suka.

Setelah lama berborak dengan keluarga Aiden, Mia mengajak Aiden berjumpa dengan keluarganya pula.

" Tahniah dik" kata Mikael.

Mia pantas bergerak ke arah abangnya dan menumbuk abangnya kuat.

" a-adik.. Kenapa?" soal Mikael

" Abang tipu adik" kata Mia

Aiden hanya memandang pelik ke arah Mia dan Mikael.

Mia bergerak ke arah Aiden dan dipeluk selamba tubuh Aiden sebelum mengadu

" Tadi abang kata awak lari taknak kahwin dengan saya"

Aiden tergelak kecil sebelum mengusap rambut Mia. Mulutnya didekatkan dengan telinga Mia sebelum berbisik perlahan

" Now, i'm yours "

Tersengih suka Mia mendengarkan ayat tersebut.

" Bro, jaga adik aku baik-baik." kata Mikael kepada Aiden

Aiden hanya menganggukan kepalanya.
Mia bergerak ke arah Puan Lucy. Tubuh Puan Lucy peluk erat

" Mama, adik dah kahwin"

" jadi isteri yang solehah ye Mia" kata Puan Lucy, Encik Amirul disebelah hanya mengusap kepala puteri kesayangannya.

Aiden mengajak Mia berjumpa dengan kawannya. Pinggang Mia dipeluk lalu mereka berjalan ke arah Adrian, Bob dan Eric.

" Kahwin juga kau akhirnya, Aiden" kata Ad

" bye bye partner gayku" sambung Ad

" you curang dengan I ke?" Balas Bob

" kau jangan bawa perangai Gay kau kat sini" kata Aiden sambil membuat muka jijik

Mia yang mendengar tergelak. Eric terpana mendengar gelak Mia, sangat ayu.

Aiden berdehem memandang Eric.

" Bini aku tu" kata Aiden dengan nada cemburu.

Eric tersenyum malu kerana ditangkap

" Tak berani lah aku nak curi bini kau" balas Eric

Mia memandang Aiden, Aiden yang perasan Mia memandangnya mengangkat kening

" Saya laparlah" kata Mia

Aiden mengajak Mia mengisi perut dahulu. Aiden menyuruh Mia duduk di meja sementara dia mengambil makanan. Mia pelik melihat Aiden yang membawa satu pinggan saja.

" Aku kenyang" kata Aiden

" Awak buka mulut, saya suap" kata Mia

Aiden enggan pada mulanya tetapi setelah dipaksa oleh Mia terpaksa dia membuka mulut. Aiden makan dengan berselera apabila disuap oleh Mia. Habis licin makanan di atas pinggan.

Hari semakin larut, Mia dan Aiden semakin penat. Setelah tamat majlis, mereka pulang ke rumah mummy dan daddy Aiden.

Aiden pada mulanya ingin mengejut isterinya tetapi tidak sanggup apabila melihat muka penat Mia. Aiden kemudian berkeputusan untuk mendukung Mia lalu dibawa ke dalam biliknya.

Badan Mia diletakkan dengan lemah lembut di atas katil. Kemudian Aiden bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah selesai, Aiden bergerak ke arah katil lalu mengerakkan Mia.

" Mia, bangun. Bersihkan diri dulu"

" hmm"

" Bangun Mia"

Dengan mata tertutup Mia bangun lalu duduk di atas katil. Sebelah mata dibuka. Secara automatik yang sebelah terbuka juga. Membulat Mia memandang sekeliling.

" Pergi mandi" arah Aiden

Mia bergerak ke bilik Air dan mula membersihkan diri. Keluar daripada bilik air, Mia mendapati Aiden sudah tertidur.

Kaki Mia bawa menuju ke arah katil lalu berbaring di sebelah Aiden. Dalam sekelip mata, Mia berada di dalam pelukan Aiden. Terkebil-kebil Mia memandang syiling.

" Tidur Mia" arah Aiden.

Mia terus menutup matanya dan tertidur. Aiden pantas mengeratkan lagi pelukan dan menyambung kembali tidur yang telah terganggu dengan kehadiran Mia.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now