7.Saya Rindu

8.4K 364 16
                                    

Sesungguhnya Mia tidak tahu mengapa dia amat merindui Aiden. Mata Aiden yang berwarna kelabu itu sangat menarik perhatian Mia. Huh. Nak ke Aiden memandang dirinya.

Tetapi Mia tidak berputus asa, hari ini Mia sendiri akan ke syarikat Aiden. Sampainya di hadapan syarikat itu, Mia tidak tahu sama ada ingin meneruskan rancangannya atau tidak. Mia membatalkan niatnya lalu pergi ke cafe berhampiran.

Semasa berada di dalam cafe itu, Mia terlihat makcik sedang bergelut dengan seorang yang nampak macam perompak. Mia dengan beraninya menegur.

"hoi! Buat apa hah?"

Mendengarkan suara Mia, perompak itu terus pecut meninggalkan kawasan itu, beg makcik itu Mia ambil lalu menyerahkan kembali kepada tuannya. Pengecut juga perompat itu, sergah sikit terus lari. Kata Mia dalam hati.

" terima kasih nak " kata makcik itu

"makcik nak pergi mana ni?" soal Mia dengan ramah

"makcik nak pergi jumpa anak makcik, makcik rindu"

"marilah saya hantar"

Mia dan Makcik itu sama-sama bergerak, apabila makcik itu berhenti di hadapan syarikat Aiden, hatinya mula tertanya-tanya siapakah makcik disebelahnya.

Masuk sahaja kedalam syarikat itu, semua pekerja menundukkan badan.

Sampai sahaja ditingkat 30. Aiden yang baru keluar daripada bilik meeting terkejut melihat mummynya

"mummy buat apa kat sini?" soal Aiden

"mummy rindu kamu lah, kamu tu sudahlah jarang lawat mummy"

" maaf my, iden busy sikit"

"workaholic sangat kamu ini"

" makcik saya gerak dulu lah, makcik dah jumpa anak makcik" kata Mia

" sabar dulu Mia, makcik nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat Mia sebab tolong makcik"

" eh takde apa lah makcik" kata Mia bersama sengihan comel

"wait what?! Apa yang Mia tolong mummy?!" cuak Aiden

" mummy nyaris kene rompak tadi, nasib ade Mia"

"sebab inilah iden tak kasi mummy keluar" kata Aiden dengan manja

Mia yang melihat hanya terkedu, Aiden kelihatan sangat comel bersama mummynya. Mia tergelak kecil membuatkan Aiden menjeling Mia.

" Mia ade nak apa-apa ke? Makcik belanja" soal Puan Erina

" Mia nak anak makcik boleh?" kata Mia sambil tersenyum malu

" eh ambillah makcik tak kisah pon" gelak Puan Erina

" apa ni mummy?" rajuk Aiden

"okaylah makcik, Mia pergi dulu"

Sebelum Mia pergi, Puan Erina sempat memberi nombor telefonnya kepada Mia. Yesh mak mertua sporting!  Aiden hanya memerhati pemergian Mia dengan mata yang tajam.

Aiden mengajak mummynya masuk ke pejabatnya.

"mummy berkenan betullah dengan Mia tu" kata Puan Erina

Aiden membuat muka tanda tidak suka. Baginya Mia mempunyai agenda tersendiri kerana itulah gadis itu mendekatinya. Cukuplah hanya sekali. Aiden tersenyum sinis tidak mahu mengingati kejadian yang merobek hatinya.

Nur Irish. Perempuan bodoh yang telah menghancurkan sekeping hati milik Aiden Carter.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now