21.Officially mine

9.7K 344 9
                                    

Mia yang baru terjaga daripada tidurnya, terus bangun. Mia mengambil peluang ini untuk memusing rumah ini. Tadi tidak sempat kerana tertidur. Sekarang baru sempat.

Langkahnya diatur keluar daripada bilik. Tingkat dua hanya dipenuhi dengan bilik-bilik tidur. Kakinya mula mengatur arah ke tangga untuk ke tingkat 3. Pintu dibuka dan Mia melangkah masuk, banyak sungguh buku. Mini library, i guess.

Mia menarik senyum apabila melihat banyak buku, Mia suka membaca buku. Mia melangkah keluar dan terus membuka pintu dihadapan bilik bacaan. Penuh dengan alatan-alatan yang ada di gym. Gym lah kot.

Kaki dibawa menuju ke satu bilik ini. Pintu dibuka dan terpampang wajah Aiden yang tekun memandang kertas di tangannya. Mia melangkah ke Aiden dan menyelit antara Aiden dan meja lalu duduk di atas riba Aiden.

Wajahnya disembam di leher Aiden, Aiden menggosok-gosok kepala Mia lembut. Mia tiba-tiba mencium leher Aiden

" Mia duduk diam-diam" keras Aiden bersuara.

Tetapi Mia endahkan dan meneruskan kerjanya. Mia menggigit leher Aiden lembut. Badan Mia dicempung lalu dibawa ke bilik. Tubuh Mia dihempas kasar di atas katil. Aiden naik ke atas badan Mia

" You're mine" kata Aiden sebelum mencium leher Mia

Mia melilit tangannya di leher Aiden dan menarik wajah Aiden mendekati mukanya. Bibir Mia dan Aiden bersatu.

-----------------

Mia bangun lalu mengutip baju-baju yang bersepah lalu diletakkan di dalam bakul. Mia tersengih lebar mengingati apa yang berlaku. Laju Mia melangkah ke dalam bilik air.

Mia keluar daripada bilik air dan mula mengejut Aiden

" Awak, bangun!" kejut Mia

" 5 minutes more" pinta Aiden

" hari ini awak kerja kan" kata Mia

Aiden membuka mata dan bergerak ke bilik air. Sempat lagi Aiden mencium mulut Mia. Mia menggelengkan kepala lalu turun ke bawah untuk membuat breakfast.

Aiden turun ke bawah membawa tienya. Mia lantas pergi ke suaminya. Tie ditangan Aiden diambil lalu dililit cermat di leher suaminya. Tersengih Aiden memandang Mia.

" Awak kenapa? Baru sedar saya cantik ke" kata Mia

Aiden menganggukkan kepala sambil tersengih comel. Mia menarik tangan Aiden untuk bersarapan dahulu. Selesai bersarapan Mia menghantar Aiden ke keretanya.

" Nak tangan" pinta Mia

" For?"

" Salam lah"

Aiden menghulurkan tangannya pada Mia lalu Mia mencium tangan Aiden. Sebagai balasan Aiden mencium dahi Mia. Tersengih-sengih Mia mendapat ciuman daripada Aiden.

Mia melangkah masuk ke dalam rumah lalu kaki dituju ke dalam bilik bacaan. Rambang mata Mia memandang pelbagai buku dihadapannya. Mia pantas mengambil satu buku dan melangkah ke sofa yang disediakan.

Buku dibuka dan dibaca tekun. Fokus Mia terganggu apabila telefonnya berdering. Mia mengangkat laju

" Just wanna inform that, musuh suami kau akan mula bertindak, not sure when. Stay alert"

Panggilan tersebut ditutup tanpa Mia kata apa-apa. Baru nak terasa hidup normal, dah ada yang mengacau.

Buku ditutup lalu Mia membuka langkah ke dapur. Mia mula memasak sebelum menepuk dahinya. Lupa nak tanya Aiden, balik lunch atau tak.

Telefon diambil lalu menghubungi Aiden.
Setelah talian disambungkan

" Awak balik makan kat rumah tak lunch ni?" tanya Mia

" tak" Balas Aiden ringkas

" Nak saya hantar makanan tak?" Tanya Mia

" kalau tak menyusahkan kau, hantarlah"

Terus panggilan ditutup, Mia pula bersiap-siap untuk menghantar makanan kenapa Aiden. Kaki dibawa ke kereta. Semalam Mikael sudah menghantar keretanya.

Mia memandang bangunan yang tinggi di hadapannya. Kaki dibawa masuk lalu ke kaunter.

" Hai, saya nak berjumpa dengan Aiden" kata Mia

Perempuan di kaunter itu memandang Mia atas bawah, melihat bekal di tangan Mia. Lantas perempuan itu merampas bekal itu lalu dicampak ke atas lantai.

Mia tercengang melihat gadis dihadapannya.

" kau kenapa?" tanya Mia

" Aiden milik aku seorang saja" balas perempuan itu

" sedar sikit diri kau, kau tu hanya penjaga kaunter. Aiden takkan pandang kau lah perempuan" sinis Mia menjawab

Muka perempuan itu merah lalu tangan diangkat ingin menampar Mia, belum sempat Mia ingin menahan ada tangan lain yang menahan tangan perempuan itu daripada singgah di mukannya.

Pucat muka perempuan itu apabila Aiden berada di hadapannya. Dengan kasar Aiden melepaskan tangan perempuan itu. Aiden kerling aku sekilas sebelum berkata

" How dare you do that to my wife?! You're fired! Get out, now!" jerkah Aiden kepada perempuan itu.

Mengalir air mata perempuan itu lalu beredar daripada sini.  Merah mukanya menahan malu.

" Are you okay Mia?" tanya Aiden sambil membelek diriku

" haha saya okaylah, jangan risau" kataku sambil merenung mata kelabu Aiden. Terpancar riak risau di mukanya.

Muka ku terus berubah apabila terpandang bekal makanan yang dah pecah di atas lantai itu, segera aku kutip nasi yang tumpah itu. Aiden terus menarik tanganku berdiri.

" Awak, bekal awak dah pecah. Sorry" kata Mia perlahan

Aiden mengangkat muka ku memandangnya

" its okay, bukan salah kau. Nanti aku suruh cleaner bersihkan" Aiden menarik aku keluar daripada syarikatnya menuju ke cafe berhampiran.

Selesai sahaja aku menemani Aiden lunch, aku terus pulang ke rumah.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now