16. Kawan lama

7.9K 340 1
                                    

Setelah membawa mama dan papanya pulang ke rumah. Suasana rumah itu sangat ceria.

" Mama adik ada suka dekat seorang lelaki ni tapi dia taknak layan adik" cerita Mia pada mamanya.

" ngorat lah dia" balas Puan Lucy

" Adik dah cuba tetapi dia tetap taknak layan adik"

Telefon Mia berdering lalu Mia pantas mengangkat.

" hello Mia, Mia free tak?" Tanya Puan Erina

" Mia free je, why mummy?"

" Marilah datang rumah mummy" Ajak Puan Erina

" bolehke Mia bawa mama Mia?" tanya Mia

" Mia dah jumpa parents Mia ke? Bawalah, boleh mummy kenal-kenal"

" Nanti Mia cerita pada mummy, bye. "

Mendengar panggilan ditutup. Mia memandang muka mamanya dan mengajak mamanya pergi. Muka tertanya-tanya mamanya diabaikan. Sebentar lagi pasti ketahui juga

Melihat Mia dan Puan Lucy yang berada di depan pintu, Puan Erina pantas membuka pintu. Tercengang sebentar diri Puan Erina melihat muka Puan Lucy

" Lucy?" soal Puan Erina

" Erin?" balas Puan lucy

Pantas mereka berpelukkan. Mia tercengang melihat situasi ini.

" mummy dengan mama kenal ke?" tanya Mia

Pantas Puan Lucy dan Puan Erina menganggukkan kepala.

" Mummy dah kenal lama dengan mama kamu just hilang contact, kami dah berkawan sejak kecil" Balas Puan Erina

Puan Erina menjemput Mia dan Puan Lucy ke ruang tamu. Melihat Puan Erina dan Puan lucy berborak sakan. Mia melangkah laju ke dapur untuk membancuh minuman.
Selesai membancuh, air itu diberi kepada mummy dan mamanya

" Wah sedap air Mia buat, dah boleh kahwin dah ni" seloroh Puan Erina

Mia tersipu-sipu malu sebelum membalas
"Kahwin dengan anak mummy nak lah"

Tergelak Puan Erina manakala Puan Lucy tercengang, tak sangka anaknya segatal ini.

" Kalau Mia dah setuju, nanti mummy bawa rombongan meminang ye"

Mia melompat gembira sebelum ditegur oleh mamanya. Bosan mendengar mama dan mummynya berbual.

Mia pantas pergi ke dapur sekali lagi untuk mengunyah sesuatu. Buat macam rumah sendiri nampak .

" mummy, Aiden dah balik"

Kaki Aiden bawa ke ruang tamu untuk melihat siapa yang datang kerana ada kereta diluar.

" ha Lucy inilah anak aku, Aiden" Puan Erina memperkenalkan Aiden kepada Puan Lucy

" Handsome anak kau Erin, patutlah anak aku tergila-gilakan sangat" kata Puan Lucy

Puan Erina dan Puan Lucy menyambung borak manakala Aiden melangkah ke dapur untuk meminum air. Tali lehernya dirungkaikan. Rimas

Terhenti kakinya melihat Mia yang berangan. Kakinya dibawa perlahan ke belakang Mia lalu Aiden menyergah Mia

Bah!

" eh setan kau! " latah Mia kuat

Tergelak Aiden dibuatnya. Membulat mata Mia memandang Aiden yang ketawa itu. Serius comel! Berfangirling Mia di dalam hati.

Aiden pantas menukar reaksinya kepada dingin apabila terpandang Mia. Kaki laju melangkah mengambil air sebelum keluar daripada dapur. Pelik Mia melihatnya. Kejap okay kejap tak okay, nasib sayang.

Puan Erina yang mendengar anaknya ketawa pantas berkata

" Kau nak teruskan tak apa yang kita rancang zaman sekolah dulu?" tanya Puan Erina

" Aku okay je tapi kau?" Balas Puan Lucy

" Nanti aku confirm balik"

" Mia cerita dekat aku, kau kena culik" tanya Puan Erina

" Aku tak sempat kena culik ada orang lain selamatkan, suami aku koma. Tapi suami aku dah sedar"

" Syukurlah"

Setelah berbual agak lama Puan Lucy mengajak Mia pulang ke rumah. Mia yang menonton tv itu bergerak laju ke arah Puan Erina untuk menyalam.

" Nanti Mia datang lagi bawa mama" Kata Mia

" Lain kali bawak satu keluarga Mia je datang"

Mia yang melihat Aiden di ruang tamu pantas melambai tangannya

" Bye Aiden! I love you" jerit Mia riang.

" Bye" balas Aiden perlahan. Cukup hanya  dia dengari

Selepas pulang Mia dan Puan Lucy. Puan Erina duduk di tepi anaknya. Tangan Aiden digenggam

" iden tak minat Mia ke? Mummy tengok Mia baik je, cantik pon cantik" tanya Puan Erina

" iden sendiri tak tahu mummy" keluh Aiden perlahan

" iden kahwin dengan Mia boleh?"

" What? Mesti perempuan tu ada cakap apa-apa kan?"

" No! Mana ada. Mummy just teringin nak tengok iden kahwin. Mummy berkenan sangat dengan Mia tu" pujuk Puan Erina

Aiden mengeluh. " nanti Iden fikirkan"
Fikiran Aiden mula menerawang jauh.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now