24. Culik? Again?

8.8K 303 2
                                    

Kebelakangan ini Mia kerap muntah. Perkara ini merisaukan Aiden. Pada mulanya, Aiden ingin mengambil cuti untuk menemani Mia ke klinik tetapi apabila dipujuk oleh Mia akhirnya Aiden mengalah.

Kaki Mia dibawa menuju ke klinik. Mia duduk di kerusi menunggu namanya dipanggil.

" Puan Malayka Damia, sila masuk ke bilik nombor satu"

Mia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Banyak yang disoal oleh doktor itu. Setelah itu, doktor itu menyuruhnya membuang air kecil kerana mereka ingin membuat urin test . Aku disyak hisap dadah ke apa?

" Baiklah Puan Mia begini, kami dapati ada nyawa lain dalam perut puan"

Kening Mia angkat apabila tidak memahami apa yang ingin disampaikan. Ada jin tinggal dalam badan aku ke? Ke aku ada kanser?

" Haha maksud saya, Puan Mia mengandung 3 minggu"

Mia tersengih bahagia mengenangkan dia mengandungkan anak Aiden. Mia segera pulang ke rumah untuk memberi tahu berita bahagia ini kepada Aiden.

----------------

Aiden yang baru sampai di rumah berkerut apabila bayang isterinya tiada di rumah. Satu rumah dipusing mencari Mia. Telefon Aiden berdering. Terpapar nama Mia di telefonnya. Laju Aiden mengangkat

" Hello! Isteri kau ada dengan aku. Kalau nak isteri kau selamat, datang ke...." Arah satu suara garau.

Fuck!. Aiden yang mendengarkan itu terus bergegas ke lokasi tersebut. Risau sekiranya Mia diapa-apakan. Sampai saja Aiden disitu, dirinya hanya disapa dengan hutan. Aiden memandang pokok ditepinya yang ada tulisan. Ikut sahaja kelopak bunga itu, pasti akan sampai.

Aiden terus mengikut kelopak bunga itu sehingga kakinya terhenti apabila tiada lagi kelopak bunga itu. Kepala diangkat lalu Aiden memandang Mia yang duduk di atas kerusi. Aiden terus berlari ke arah Mia lalu memeluk tubuh Mia erat.

" Are you okay, sayang?" tanya Aiden. Mia tersenyum mendengarkan perkataan sayang yang keluar daripada mulut Aiden. Teringat kembali dimana mummy dan mama memaksa Aiden dan Mia menukar panggilan antara mereka. Aku kau dan saya awak diganti dengan abang dan sayang.

" sayang okaylah bang." balas Mia lalu menarik Aiden duduk di kerusi.

Aiden memandang makanan yang terhidang di hadapannya.

"Kenapa ni? What happen?" tanya Aiden. Nak kata birthday aku, dah lepas.

" sayang nak bagitahu sesuatu. Very important" balas Mia

" Happy or bad news?" Tanya Aiden

" Happy ofcourse" balas Mia. Aiden menyuruh Mia menyambung kata-katanya.

" Akan ada orang ketiga dalam rumah kita nanti" melihat muka bingung suaminya membuatkan Mia ketawa.

" Sayang mengandung 3 weeks" terang Mia. Muka Aiden pantas berubah ceria lalu tubuh Mia dipeluk erat.

" I'm so happy, terima kasih sebab mengandungkan anak abang" dahi Mia dicium Aiden lama.

" Jomlah makan" ajak Mia

" Wait, siapa orang yang telefon abang tadi?" tanya Aiden. Mia tersengih sebelum Menjawab

" abang Mikael"

Makan malam mereka gamat dengan suara mereka berdua. Sekejap Aiden ketawa sekejap Mia ketawa. Bahagia.

" Sayang dah bagitahu mama dan mummy ke?" Soal Aiden

" Dah. Mummy dan mama suka sangat" balas Mia sambik tersenyum ceria.

Aiden mencubit pipi Mia apabila geram dengan kecomelan Mia. Mia pula hanya tergelak suka.

--------------

Mia bersiap-siap untuk bergerak ke syarikat Aiden. Bekal ditangan dibawa menuju ke bilik Aiden. Pintu ditolak sedikit, sakit hatinya melihat Aiden yang ketawa bersama seorang gadis.

Perlahan-lahan air mata Mia mengalir. Bekal di tangan dibuang ke dalam tong sampah. Mia mengesat air matanya lalu bergerak ke arah keretanya. Keretanya dipecut laju. Tak guna kau Aiden.

Kaki Mia laju melangkah ke bilik mereka. Baju Mia sumbat ke dalam bagasi. Mia hendak lari. Tidak sanggup hatinya sekiranya Aiden membawa balik gadis itu dan diperkenalkan sebagai bakal madunya.

Mia menyumbat bagasinya ke dalam bonet lalu memandu ke rumah mamanya. Merah hidung dan bengkak mata Mia apabila terlalu lama menangis. Mia masuk ke rumah mamanya dan memeluk mamanya.

" Ma, Aiden curang" kata Mia sambil menangis teresak-esak.

" Adik sure ke?" tanya mamanya. Badan Mia diusap lembut.

" habis siapa lagi perempuan itu?" tanya Mia perlahan.

" Mia pergilah berehat" suruh Puan Lucy

Mia bergerak ke arah katil. Setelah menghabiskan 30 minit dengan menangis, Mia akhirnya terlelap.

Aiden melonggarkan tienya lalu masuk ke dalam rumahnya. Pelik dirinya apabila dirinya tidak disambut seperti biasa oleh Mia

" Sayang?" panggil Aiden. Apabila sudah berkali-kali Aiden memanggil tetapi tiada respon.

Aiden bergerak menuju ke bilik mereka. Kosong. Aiden beranggapan bahawa Mia keluar. Aiden bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Aiden membuka wardrobe. Terkejut dirinya melihat baju Mia yang tinggal separuh. Bagasi juga hilang

Aiden laju melangkah ke arah katil untuk mengambil telefonnya. Kakinya menukar arah ke meja solek apabila terpandang satu nota.

Abang,
Sayang minta maaf keluar tak beritahu tapi sayang takut. Takut seandainya sayang tidak terima. Maaf.

Dahi Aiden berkerut. Sebelum teringat kembali kata-kata PAnya bahawa isterinya ada datang. Dahi Aiden tepuk. Mia dah salah faham.

Telefon dicapai dan menghubungi Mia. Tetapi tidak diangkat. Dicuba banyak kali tetap tak angkat. Contact mama pula dibuka dan dihubungi. Pantas saja bersambung.

" Ma, Mia ada dekat rumah mama?" Tanya Aiden.

Setelah mendengar jawapan Puan Lucy. Aiden terus bergerak ke rumah mak mertuanya. Nak pujuk isterinya yang salah faham.

Sampai saja di rumah mak mertuanya. Aiden terus menuju ke bilik Mia. Luluh hatinya melihat mata bengkak Mia. Pantas dicium dua-dua kelopak mata Mia. Aiden berbaring di tepi Mia lalu menarik Mia ke dalam pelukannya.

Mia tersedar daripada lenanya. Mia memandang pinggangnya yang terasa berat. Perlahan-lahan Mia mengalihkan tangan Aiden. Aiden terus terjaga apabila terasa pergerakkan seseorang.

" Abang buat apa kat sini?" tanya Mia

" nak pujuk sayang lah"

" Pujuk apa? Supaya sayang terima bakal madu sayang?"

" sayang salah faham ni" kata Aiden

" Apa yang sayang salah faham?"

" tu anak angkat mummy lah, Hanis namanya. Baru habis study dekat London" terang Aiden

" kenapa sayang tak pernah tahu? " tanya Mia

" sayang tak pernah tanya " balas Aiden selamba.

Monyok Mia dibuatnya. Aiden terus mengusap kepala Mia lembut dan melabuhkan ciuman di dahi Mia.

Serba salah buatnya Mia kerana telah menuduh suami tercintanya. Badan Aiden dipeluk erat. Aiden membalas pelukan Mia. Terdengar tangisan Mia. Ah sudah, dah kenapa?

" Sayang minta maaf sebab dah tuduh abang macam-macam. Sayang isteri tak guna" kata Mia dalam tangisan

Tersengih Aiden mendengar. Halah comel. Aiden pantas memegang pipi Mia lalu dicium bibir Mia lama.

" mana ada sayang isteri tak guna, abang beruntung dapat isteri macam Mia. Comel, ganas, manja. Macam-macam lah" balas Aiden

Aiden pantas menarik Mia tidur kembali. Mia ditarik ke dalam pelukannya. Belakang Mia ditepuk bagai mendodoi budak kecil.

My BadBoy (✅) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt