Bab 14

1.5K 42 0
                                    

7:50pm

Aku menjejak keluar dari rumah. Kelihatan Lucas sudah menunggu di luar keretanya sambil bertelefon dengan seseorang.

Sebaik sahaja aku mula mendekati, perbualan dalam telefonnya pun ditamatkan. Excuse me, aku bukan nak dengar jugak cerita korang tu.

Bencinya,buat aku terasa hati je dia ni. Belum sempat dia menyapa aku, aku sudah masuk ke dalam keretanya tanpa memandangnya sedikit pun. Dia pun masuk ke dalam kereta dan mula memandu.

Aku langsung tak bersuara.Aku cuba untuk mengelak sebab aku tak ada mood. Jadi aku pun berlakon kononnya  busy tengok telefon. "busy ke? "tanya Lucas akhirnya bersuara.

Aku tidak membalas pandangannya. "Tak lah. "Jawab aku. Siapa lah yang busy lucas? Aku ke kau?Urgh.Menyampah aku. Aku tertanya-tanya sangat siapalah gadis ITU?

Aku mula tersedar. Kenapa aku kena layan dia macam tu? Sedangkan aku tu kawan dia je. Lebih-lebih je aku ni. Buat apa aku nak rasa cemburu kalau dia ada perempuan lain. Aku sendiri yang cakap...

Tapi bila dah tiba hari tu, hari di mana dia dah mempunyai seseorang yang sangat istimewa bagi dia. Aku tak akan ganggu. Aku tak akan rapatkan hubungan kitaorang macam ni lagi. And then I'll be alone again.

Masa tu aku cakap benda ni sebab, aku belum sukakan dia sedalam tahap ini. Bila aku fikirkan balik, sebenarnya tak adil bagi aku. Dia dah layan aku macam akulah orang yang sangat istimewa bagi dia , takde orang lain dia jalan sesama selain aku, dan tetiba dia ada girlfriend.pelik.

Tapi kalau benda ni semua kenyataan. I'll back off for sure. Aku tak sanggup nak tengok orang lain kena tipu dengan orang yang dia sayang. Aku faham perasaan tu.

ALucas dah lah layan aku baik-baik. Aku pulak si bodoh nak benci kat girlfriend orang yang tak ada salah. Aku faham sekarang. Jadi aku cuba untuk fahamkan hati aku. Aku cuma kena buka mata dan terima kenyataan.

Tak boleh emosi benda yang salah.

Aku fahamkan hati aku untuk mengelak daripada tersakiti. Walau macam mana rapat pun kitaorang berdua. Aku tak sepatutnya lupa yang dia pun ada hati. Dia akan pilih seseorang jadi kekasih dia bila dah tiba masanya.

Mungkin dia dah maafkan diri dia kot selepas kejadian di Spain tu. Sekarang lah masa dia, dah jumpa pengganti ex dia yang dah bunuh diri tu.

Takpe kalau aku tak ada kawan rapat kat sini, aku ada Kendra kat spain. Dah lama kitaorang tak jumpa sebenarnya.

Rindu sangat. Kali terakhir aku jumpa dia pun masa umur aku 19 tahun. Sekarang dah 23. Kat Malaysia kawan rapat aku Lucas seorang je, kat Spain Kendra je.

Akhirnya kami pun tiba di kedai makan untuk makan malam.Aku masih tidak membalas renungannya selepas mengambil order. Im not asking for attention. Cuma aku banyam fikir je. Mungkin dia memang ada seseorang dah.

Seperti biasa aku acah fokus kepada telefon aku walaupun aku dah nak mati nak balas renungan dia tu. "Kenapa ni?"Tanya Lucas. Dia mula tersedar perangai pelik aku terkeluar.

Aku tak tau nak balas apa. Jadi aku pun tanya dia balik. Acah tak tau apa-apa. Sebab busy kan hm. "Apa? "tanya aku. Masih tidak memandangnya.

"look at me.Will you?"katanya dengan suara dalam. Suaranya mencairkan hati aku. Sebab aku tak tahan terus terpandang mukanya. Mata kami bertentangan.

Aku pun rasa bersalah sebab layan dia macam tu. Tapi aku tak boleh nak elak perasaan aku ni. Aku tak dapat kawal.

"what's wrong?"Lucas ulang sekali lagi dengan suara garau dan dalamnya itu. "huh? Everything's fine. "nafi aku sedikit gugap. Mata kekal bertentangan. Kemudian aku tersedar lalu segera melarikan pandangan. Aku buat keadaan tu jadi awkward. Memang bodoh.

"you look uncomfortable."Kata Lucas jujur.Memang pun aku tak selesa sebab aku tak tau macam mana nak rasa sekarang. Kalau aku tau perasaan aku yang gila macam ni akan muncul. Confirm aku tak jalan dengan dia.

What if, dia ada girlfriend tapi dia keluar makan dengan aku?

Sekarang aku pulak yang nak gila.Allahu.Aku hanya mengeluarkan kata-kata yang positif tak nak ketarakan sangat."Aku penat buat kerja rumah."Tipu aku . Lakonan aku memang kaw-kaw.

Aku sempat memandangnya sesaat terus mengahli ke arah telefon aku kembali. Lucas membisu lama. Aku salah cakap ke? Nahas lah aku ni. Kalau dia dah tak bercakap memang dia rasa something wrong punya!

Aku perlahan-lahan menaikkan kepala aku untuk melihat mukanya. Mukanya begitu serius sambil merenung aku. Aku tak pernah nampak muka dia macam ni. Buat aku takut gila. Dia pernah pandang aku macam ni sekali je, masa kitaorang jumpa buat pertama kali.

Tapi serius yang aku maksudkan ini sangat berbeza. Dia marah aku ke? Aku membalas renungan tajam dia itu. Sebenarnya aku dah takut tapi aku tak tunjukkan. Aku hanya membuat muka serius.

"is there something you wanna tell me? "tanya dia dengan suara yang rendah. Dia tak nampak macam Lucas yang aku kenal. Matanya menikam anak mata aku. Suaranya berubah. Auranya juga berubah. Rupanya juga berubah.

Sebaik sahaja pekerja kedai itu datang mendekati dan menghantar makanan kami yang menghalang mata kami dari menikam anak mata satu sama lain. Kami berhenti.

"thank you. "ucap Lucas kepada waiter  itu. Auranya kembali seperti biasa. Suaranya dan rupanya jugak kembali kepada asal. Pekerja itu mengangguk dan berlalu pergi.

Aku membaiki diri aku dan makan makanan yang aku pesan. Begitu juga dengan Lucas. Kami hanya membisu dan pedulikan hal masing-masing.

Lepas makan ,Aku nak balik rumah. Lucas mula memandu. "Where do you wanna go? "Tanya dia tanpa memandang aku.

"home."Jawab aku dengan selamba. Daripada keretanya yang dipandu dengan laju tiba-tiba break ditekan yang membuatkan aku terperanjat. Sikit lagi tercium cermin kereta. Nasib je aku pakai seatbelt.

Lucas memberhentikan keretanya di tepi jalan raya. Aku menggigit bibir sambil menutup mata menahan geram. Nak terkeluar jantung aku serious.Mood aku memang dah bertukar dah jadi marah.

Aku tersedar dia merenung aku tanpa reaksi. "really? "Dia bersuara. Aku terus mengerling ke arahnya dengan muka marah. Aku geram sangat dengan dia sekarang tapi aku tak dapat lepaskan geram aku.

Jadi aku membuat keputusan untuk tinggalkan dia. Aku sempat menghadiahkan jelingan terus menjejak keluar dari keretanya.

Aku hanya berjalan kaki di tepi jalan raya. "You fucking idiot. Sengaja nak buat aku marah. "Monolog Luaran aku untuk memuaskan hati sendiri.

Dah lah aku pakai high heels . Buat susah aku aje. Kalau aku tau macam ni akan terjadi, kau ingat aku nak keluar rumah ke?

Tbc.

Estupído But True.[c]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz