Bab 60

866 31 0
                                    

"Awak tahu abang awak sendiri kan? I think, It's better to keep it a secret about us. "

"I think, Dia masih tak tau saya masih kat sini. Dulu kan dia suruh saya balik lepas habis je jadi guru dia. "Tambah Khairul. Guinevere mula mengeluarkan soalan-soalan perangkap. "Takpe tu awak tak salah, Saya yang suruh awak jangan balik."

"Tapi kenapa abang suruh awak balik? Itu semua hal awak kan? Awak ada hal ke kat Malaysia? "

"Saya sebenarnya ada kerja kena buat and of course nak jumpa Family. "tipu Khairul. Setakat ini, kitaorang dah kenal half of Khairul. Seorang yang sanggup menipu.

Kau nak jumpa family yang mana satu? Yang tak lama nak divorce atau mak ayah kau? Kesian bini dia dekat rumah. Entahlah budak Khairul ni berapa kali dah main dengan perempuan lain.

Diaorang dah nak cerai dah pun. His wife lose him but found herself. Nak buat keputusan cerai ni sangat mencabar tapi bini dia berani membuat keputusan ni.

"Jadi, selama ni saya paksa awak tinggal kat sini kerja awak dan keluarga awak kat Malaysia macam mana? "

Khairul tertawa kecil. "Jangan risau. Saya tak kesah sangat kerja tu dah. Keluarga saya pun, diaorang tu pandai jaga diri. Jadi kalau saya hilang lama sikit tak apa. "

Akhirnya pelayan pun tiba dengan makanan yang telah diaorang pesan. "Thank you."Ucap Guinevere kepada pelayan itu.

Dia menunduk dan tersenyum sebelum beredar dari meja mereka. "makan, Sayang. "pelawa Khairul dengan suara manisnya. Guinevere menunjukkan senyuman. Makanan aku pun akhirnya tiba. Masanya itu merehatkan diri dan charge energy.

Selepas selesai habiskan makanan yang ada di meja. "Sayang nak hang out kat rumah tak?"Soalan Khairul yang direct tequs menequs membuat air sejuk yang on the way ke tekak aku itu hampir tersembur.

Nak hilang tekak aku dengar soalan dia tu. Tak sampai sehari pun diaorang bercinta dah nak bawak balik rumah. Ini lah ni ciri-ciri lelaki playboy tak tahu malu langsung.

"Oh too bad. Saya kena jumpa adik Marquez lepas ni. "Wow ok at least Guinevere tak menipu. Budak Khairul ni kenal Marquez ke?

"Eh, Marquez ada adik? "Khairul tertanya-tanya . "lebih tepat kembar."Guinevere tertawa kecil. Bukan main famous bapak ah Marquez kat Spain. Hampir semua orang kenal.

Lagi Khairul tak percaya. "What? He had a twin? Awak buat apa nak jumpa kembar dia? Tak kan lah kalau pertunangan awam dengan Marquez tak jadi ,pastu nak tunang dengan kembar dia pulak? "Suara dia macam marah pun ada.

Kalau aku jadi lelaki, biarlah aku tunang dengan Guinevere. Yang dia berlagak macam tu ingat dia akan tunang dengan Guinevere ke? Bagi kau cium tapak kaki Guillermo dulu bukan free tau .

Guinevere memaksa untuk ketawa padahal dia tak nak pun. "kembar dia tu perempuan lah. "Suara Khairul pun secara tiba-tiba menjadi halus. "Oh, dia ada kat Spain ke? Awak tak pernah beri tahu pun. "

Weish kalau bab perempuan bukan main jadi kucing. "nak jumpa? Nanti saya tunjukkan. "Ujar Guinevere dengan halus. "Okay sayang. "

Selepas itu, aku pun menunggu Guinevere kat tempat letak kereta. Lepas dah siap lalaikan Khairul akhirnya Guinevere terlepas dan mula memandu balik ke rumah.

"sorry Mariéne, lambat. "Dah hampir 20 minit aku tunggu kat tempat letak kereta. "tak ada hal. "nafi aku tak kesah sangat.

"Khairul banyak sangat nak bawak aku jalan. "Terangnya dengan suara yang menyampah. Aku menggelengkan kepala aku.

Aku dengan tiba-tiba berkata. "Jahatlah Khairul. "Guinevere yang sedang memandu itu pun mengeluh kuat. "tulah. Tak sangka dia berani buat macam tu. Aku rasa sangat bersalah dengan bini dia. "Luahnya.

Kau tak tau, bukan salah kau pun Guinevere. Dia berkata lagi. "Si puedo encontrarme con ella, la abrazaré."[If I can meet her, I'll hug her.]Tengok, bukan senang nak jumpa perempuan macam Guinevere.

Kami sempat menyinggah pantai sebelum balik ke rumah. Tepat pada jam 7 aku akhirnya tiba di rumah. "Stay strong Ji. "Aku menutup pintu keretanya sebelum berjalan masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum.

Bila aku masuk ke dalam rumah, tak ada sesiapa yang aku nampak. Mama pun tak ada, Abuelo pun tak ada,aunt aku pun tak ada. Marquez... yang tu tak payah cari lah hari-hari pun tak ada.

Aku memasuki bilik aku dan menghempaskan badan aku ke tilam. Penat sangat. Nak mandi nak tidur. Padahal masih awal.

Wajahnya kurenung.

Lucas sedang menonton televisyen . Aku? Mata aku tak dapat fokus cerita tu bila ada dia kat sebelah .Tiba-tiba dia tersenyum. "you're gonna miss the show,if you keep looking at me. "dia perlahan-lahan mengerling ke arah aku.

Aku tersenyum sedih.Ayat yang aku katakan kepada dia semasa kat pantai diulang.Aku menggeleng. "I can't."bisik aku. I miss you for real.

Aku tersedar daripada lamunan mulalah fikiran aku mengenang semula kenangan kami dulu-dulu. Aku menggelengkan kepala aku supaya aku berhenti fikirkan pasal dia. Bila aku dah lama tak jumpa Guillermo, Aku dah jarang cakap dengan Marquez. Ni lah kesannya.

Aku nak jumpa Guillermo supaya aku suka dia dan lupakan Marquez. Aku rasa dia memang busy tapi pasal apa? Kalau pasal pertunangan kitaorang, mesti aku pun terbabit jugak tapi asal aku free sangat ni?

Aku.

Nak.

Move.

On.

Oh yelah! Telefon Marquez yang lama tu dekat mana eh? Tak ada dekat aku. Aku tak ingat yang aku simpan. Aku nak cari lagu dia yang kat playlist tu. "apa lirik dia eh? "aku memaksa kepala aku untuk ingat.

Bintang yang mempertemukan kita?

Aku mencapai telefon aku icon safari kusentuh. Bintang yang mempertemukan kita . Aku search. Bila aku dah jumpa lagu tu aku dengar balik. Kenapa dia letak nama Playlist tu mungkin bersebab. Macam Album tu, khas gambar kitaorang berdua aje.

Mungkin maksud lagu-lagu tu... Aku mendengar lagu itu dengan penuh tumpuan dan memahami maksud-maksudnya. Deraian manik-manik jernih berkumpul di mataku.

Dosakah aku mencintaimu
"tersangat"

Aku menjadi diri sendiri
Tak peduli apa kata dunia
"kau peduli sekarang. "

Kunanti hari ketika
Cinta datang cinta menang

Jadi sayangku bertahanlah
Bila terkadang mulutnya kejam
"I can't"

Peluklah aku jangan menyerah
Mereka bukan hakim kita
"hugme.Lucas. "

Bintang yang mempertemukan kita
Cinta yang mempertahankan kita
Oh Tuhan dengarkan doa

Dari cinta yang terlarang

Deraian manik-manik jernih yang berkumpul akhirnya berpecah membasahi pipi aku. "Ya allah, dengarkanlah doa dari cinta yang terlarang. "hatiku sebak menahan kepiluan.

Lagu ni describe keadaan aku dengan Marquez. Aku dah faham kenapa dia letak lagu ni dekat playlist private dia tu .Malangnya aku tak ingat yang lain. Aku nak dengar juga. Tiba-tiba jadi favourite lagu pulak.

Dosakah aku by Nidji.

Tbc.

Cliché.

Estupído But True.[c]Where stories live. Discover now