• Part 3 •

2.9K 244 53
                                    

Day 3
- Hello sweet grief -

Day 3- Hello sweet grief -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Amaran yang dilemparkan oleh Jeon Jungkook kerap kali berputar di benak kepala Jihyun. Dirinya kini duduk berteleku di hujung katil akibat masih trauma dengan kejadian sebentar tadi.

Hujung bibirnya yang sedikit terluka diabaikan. Comforter yang terletak di hujung kaki direntap kasar. Ditenyeh comforter tersebut ke arah bibirnya sehingga bengkak.

"H-hiks.."esak tangis mula kedengaran di segenap bilik tersebut.

Jungkook yang baru sahaja melolos keluar dari kamar mandi mula menjongketkan keningnya. Pantas lelaki itu mendekati susuk tubuh Jihyun yang sedang berteleku di dalam comforter tebal.

Terhinjut bahu wanita tersebut apabila tubuhnya ditarik masuk ke dalam dakapan lelaki tersebut. Jari-jemari kasar Jungkook mula mengusap lembut rambut panjang milik Jihyun.

Perlahan-lahan lengannya mula melilit pinggang lelaki itu. Terasa hangat dan selesa berada di dalam dakapan lelaki yang baru dikenali secara tidak sengaja olehnya.

Kepalanya mula tersembam ke dada bidang Jungkook. Haruman maskulin lelaki tersebut mula menusuk ke dalam rongga hidung membuatkan dirinya sedikit tidak keruan.

Senyuman manis terhias elok di wajah kacak Jungkook. Bibirnya bergerak menutur kata-kata.

"Sayang, jangan takut ya? Kau selamat di dalam pengawasan aku. Shuhh, uljimma."pujuk Jungkook perlahan. Bibir basahnya singgah mengecup permukaan dahi licin milik Choi Jihyun.

-tbc-

A/N : Nanti konflik muncul, Jungkook sendiri yang cetuskan.
Jihyun hanya mangsa.

Ada pertambahan watak di bab seterusnya. Semestinya abangtan. Boleh agak siapa?

[C]Armastushäire •Jjk•Where stories live. Discover now