• Part 13 •

2.1K 200 31
                                    

Day 13
- Your heart belong to me forever after -

Aku layankan sahaja gelagat mencuit hati si anak Kim

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Aku layankan sahaja gelagat mencuit hati si anak Kim. Bibir merahnya galak mengeluarkan kata-kata bergula bak madu sejak dari tadi. Pantas telapak tanganku bertindak menampar bahu lelaki itu.

Jungkook pula susuk tubuhnya tidak kelihatan di mana-mana. Dia menghilangkan diri sebaik sahaja anak kim memunculkan diri di ruang santapan tersebut.

Kerdil terasa diri ini saat renungan tajamnya menghunus tepat ke arahku sebentar tadi. Puas aku mengusir kehadiran anak kim dari kediaman Jeon Jungkook. Namun dirinya enggan beredar malah siap jadikan anak jeon bahan gelakan dia.

Amboi, amboi. Sekali anak jeon tu mengamuk kau pun tak selamat tau tak. Habis terlingkup segala.

Wajah Taehyung aku jeling dari ekor mata sebelum hirisan pancake dibawa ke dalam mulut. Pancake dikunyah perlahan sambil kornea mataku galak memerhatikan gerak-geri si Taehyung.

"Jihyun, Jihyun."panggil Taehyung gedik sambil tangan ditongkatkan ke arah dagu.

"Apa awak nak?"soal aku malas. Kelopak mata dikecilkan tatkala anak mataku singgah memandang ke arah wajah kacaknya.

"Kau tau tak apa beza kau dengan Ronaldo?"tanya Taehyung bernada teruja.

"Tak tau. Dan tak nak tahu."balas aku meleret-leret.

Taehyung cebikkan bibir lalu badan disandar ke kerusi. Eii, cebik-cebik ingat comel ke. Macam alien aku tengok.

"Ahh, aku nak cakap gak! Beza kau dengan renaldo.. dia sepak bola, tapi kau sepak hati aku."beritahu Taehyung seraya tersengih mengejek.

Ok, ni pickupline ke jahanamline ni. Panas semacam je aku rasa. Pantas telapak kaki gojes aku naik melekat di permukaan bontotnya. Ibarat nangka busuk, Taehyung jatuh tergolek dengan sadis dari kerusi akibat sepakan penalti aku.

Mengerang kesakitan lelaki itu tatkala tangannya sibuk mengusap kawasan bontot yang terasa pedih. Rasain loo, ini Choi Jihyun! Pantang berundur sebelum kalah!

Badannya aku heret sehingga ke hadapan pintu utama. Tanpa melengahkan masa, pantas aku menutup pintu membiarkan dirinya kesakitan di luar rumah.

Tombol pintu dikunci lalu kaki diangkat dari lokasi kejadian. Nak cari anak Jeon pula. Dia ajak main sorok-sorok. Laju sahaja dia menghilang ibarat pontianak.

-tbc-

A/N : Bab 15 dah nak dekat. Boleh tak senow nak tau apa tekaan korang pasal rahsia gelap Jihyun tu.

Tulis tekaan/anggapan anda disini

[C]Armastushäire •Jjk•Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt