• Part 20 •

1.6K 135 76
                                    

Day 20 / last day
- You are forever mine -

Di kala malam yang sunyi sepi hanya bertemankan deruan angin yang mencengkam sehingga ke tulang rusuk, Jihyun berselubung di sebalik comforter tebal bersama kelopak mata yang terpejam rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di kala malam yang sunyi sepi hanya bertemankan deruan angin yang mencengkam sehingga ke tulang rusuk, Jihyun berselubung di sebalik comforter tebal bersama kelopak mata yang terpejam rapat.

Hatinya keras mengatakan bahaya bakal mengirim salam perkenalan. Namun dia tepis sejauh-jauhnya bisikan tersebut.

Hujung comforter digenggam kuat. Telinganya menangkap bisikan-bisikan asing yang mulai singgah menerpa ke halwa telinga.

Bagaikan dijampi, badannya terus kaku tanpa pergerakan. Anak mata dicelik luas memerhati sekeliling.

"Pozivam vas da se probudite zbog mene."

Halus sahaja bisikan tersebut menerjah ke cuping telinga. Seakan-seakan pemilik kotak suara tersebut berada tepat di sebelah dirinya.

Bunyi alunan bunyi berintonasi lembut mula menyapa penderian telinganya. Jihyun cuba menggerakkan anggota badannya, ternyata boleh. Pantas dia bangkit dari beradu lalu mula mencari punca alunan tersebut.

Hampir sahaja dirinya terbuai dengan alunan lembut mendayu-dayu suara tersebut. Cahaya anak bulan sedikit-sebanyak melimpahi cahayanya di sederet taman tersebut.

Sebaik sahaja telapak kakinya mencecah ke kawasan taman bunga mawar berduri, kelibat susuk tubuh tinggi lampai seseorang memenuhi ruangan mata.

Badan wanita itu bagaikan dipaku ke tanah apabila susuk tubuh tersebut memalingkan badannya. Hampir terjojol biji mata Jihyun akibat tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Lelaki yang dirinduinya selama ini sedang berdiri megah dihadapan dirinya. Namun apa yang lebih mengejutkan wanita tersebut, pakaian serta wajah lelaki itu dikotori cecair pekat berwarna merah.

Senyuman sayu terukir di bibir kecil lelaki itu. Langkah mula diorak mendekati wanita itu. Pisau yang berada di genggaman dilempar sadis ke atas permukaan tanah.

"A-aku.. Dah bunuh ayahanda serta bonda kau.. Adinda kau baru sebentar tadi, Jadi.. Selepas ini tiada s-sesiapa lagi yang dapat menghalang aku dari memiliki diri kau, Choi Jihyun."

Terbuntang sepasang mata bundar milik Jihyun. Ingin sekali dia melarikan diri dari lelaki syaitan bertopengkan manusia ini. Namun dirinya seakan terpaku ke dalam dakapan lelaki tersebut.

Air mata jatuh mencurah laju membasahi pipi. Namun apakan daya, dirinya telah mengikat perjanjian sehidup semati bersama lelaki syaitan yang tidak berhati perut.

Tiada apa yang dapat diubah, dia harus merelakan lelaki ini memiliki dirinya tanpa..

Bantahan..

Lelaki ini mahukan diri wanita itu sepenuhnya hak milik mutlak..

Itulah dia lelaki bernama Jeon Jungkook, tanpa sesiapa tahu dan sedar dirinya menghidap penyakit obsession love disorder. Menyiksa hidup seorang insan wanita yang bernama Choi Jihyun sehingga akhir hayat..

-END-

A/N : Epilogue? Malas rasa.. 😂

Kalau nak korang nak jugak, bagi sebab kenapa korang nak epilogue.

Nyatakan di sini!

Good luck!

[C]Armastushäire •Jjk•Where stories live. Discover now