• Part 7 •

2.4K 218 54
                                    

Day 7
- I'd love you in red zone -

Day 7- I'd love you in red zone -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Aku mengintai di sebalik celahan pintu yang sedikit terbuka. Telapak tangan didaratkan ke atas permukaan dada apabila ia tidak henti berdetak di luar kadar normal.

Nafas berengah kasar mula dihembus kuat oleh aku. Manik peluh yang mula membasahi dahi aku abaikan. Bunyi derapan kaki seseorang mula membuatkan nafas aku mula kembali tidak teratur.

Bunyi tombol dipulas kasar dari luar pantas membuatkan aku menutup rapat pintu almari.

Jeda. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran. Nafas lega aku hembuskan jua. Seketika kemudian, telinga aku mula menangkap bunyi selak pintu dibuka.

Terbeliak mata aku tatkala menyedari bahawa jungkook telah berjaya menceroboh bilik ini. Lantas telapak tangan ditekup ke mulut supaya bunyi nafasku tidak kedengaran.

Kelopak mata dikatup rapat menahan debaran yang kian terasa. Fikiran negatif yang mula bertandang di minda aku tepis jauh-jauh. Peluh mula membasahi baju yang dipakaiku ketika ini.

"Sayang, dimanakah kau? Janganlah tinggalkan kook.. Tak kesian ke kook sorang-sorang kat luar ni.."ujar jungkook bernada sedih.

Makin kuat seduan aku saat terdengar suaranya. Bunyi kapak diseret jelas kedengaran di penderian telingaku.

Bibir Jungkook mula bersiul-siul manja. Kelopak mata aku celik sedikit. Perasaan takut bertandang sejak sekian lama.

Senyap. Suasana mula kembali sunyi seperti sedia kala. Aku hembuskan nafas lega. Adakah Jungkook sudah beredar?

Pantas hujung jariku mula menolak sedikit permukaan pintu almari. Belum sempat aku jengukkan wajah, pintu dibuka kasar oleh seseorang.

Membulat anak mataku tika menyedari bahawa orang tersebut adalah Jungkook.

-tbc-

A/N : Saya dah jumpa teori sesuai untuk Jungkook.

Saya tak tahu teori ni nama apa, tapi teori ni saya reka sendiri. Jungkook akan mencederakan Jihyun jika terasa dirinya insecure. Tapi tidak sampai mengundang kematian. Juat kepada seksaan ringan-ringan. Selebihnya kepada seksaan mental. So Jihyun kena kuat mental kalau nak hadap Jungkook.

[C]Armastushäire •Jjk•Where stories live. Discover now