• Part 19 •

1.4K 135 43
                                    

Day 19
- I gave it my whole heart, but I didn't expect it come back in a tornado -

Day 19- I gave it my whole heart, but I didn't expect it come back in a tornado -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memuntahkan segala isi perut ke dalam singki di dalam kamarku. Hujung singki digenggam kuat lalu perlahan-lahan aku kembali membaringkan badanku di atas katil.

Pandangan kabur, kepala terasa berpinar. Akhirnya aku pejamkan kelopak mata akibat penat memuntahkan segala isi perut sejak pagi tadi.

Sudah seminggu sejak pertabalan aku sebagai penyandang diraja, belum ada sebarang khabar singgah di halwa telinga.

Imej Jungkook mula berlegar-legar di ruang minda. Raut wajah ketat dan tegangnya mula menjengah ke dalam lamunanku.

Jujur, aku rindu akan lelaki itu. Aku sangkakan dia akan mencari diriku. Namun sangkaan aku meleset sama sekali apabila lelaki itu langsung tidak datang mencari keberadaanku.

_________________

1 tahun kemudian...

Rimbunan daun yang berpusar memecahkan kesunyian di pagi hari bertemankan kicauan burung-burung. Bayu angin menghembuskan angin sepoi-sepoi tepat menerpa ke arah wajah.

Padanganku tertala ke arah sepasang burung merpati yang sedang berkicau riang berlokasi di atas pokok sakura.

Pandangan aku mula bertukar redup tatkala melihat kemesraan pasangan burung merpati tersebut bersama seekor anaknya. Pantas anak mata turun memerhati kawasan perut.

Telapak tangan mula ditekapkan ke area benjolan yang tertutup di sebalik dress yang dipakai olehku. Kandungan yang telah mencecah usia lima bulan, aku usap lembut.

Mutiara jernih yang mula mengalir di tubir mata diseka perlahan. Tepat pada hari ini, genaplah lima bulan Jungkook telah menghilangkan diri dari radar.

Sungguh aku rindu pada lelaki itu. Perasaan ini menjadi semakin kuat apabila aku disahkan hamil tempoh bulan. Setiap malam tangisan aku akan mula kedengaran akibat rasa rindu yang membelengu diri.

Jungkook? Bila kau mahu pulang?

-tbc-

A/N : Endingnya jeng jeng jengggg~

[C]Armastushäire •Jjk•Where stories live. Discover now