• Part 15 •

2.1K 176 75
                                    

Day 15
- Just let my demon out to play -

Susuk tubuh Jungkook jelas kelihatan ketika dirinya berdiri tepat dihadapan Jihyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Susuk tubuh Jungkook jelas kelihatan ketika dirinya berdiri tepat dihadapan Jihyun. Bibirnya terkumat-kamit menutur kalimat asing.

Anak matanya mula bertaut erat dengan sepasang anak mata bundar milik Choi Jihyun. Lirikan anak mata wanita itu jelas meminta belah ihsan daripada lelaki tersebut.

Jungkook gelengkan kepala sebelum penutup kepala ditarik menutupi kepala sekaligus wajahnya.

Telapak tangan diangkat ke awangan lalu bibirnya mula menutur kalimat asing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Telapak tangan diangkat ke awangan lalu bibirnya mula menutur kalimat asing. Nama Choi Jihyun turut meniti di bibir lelaki itu. Makin nyaring jeritan Jihyun tatkala telapak tangan Jungkook dihala ke arahnya.

"Aku menyeru semangat jahat di dalam diri kau yang lain supaya keluar menghadap diriku, Jeon Jungkook."

Kalimat diatur dalam nada keras. Lantas, anak mata Jihyun yang sebentar tadi berwarna hitam mula bertukar kepada warna merah darah.

Angin mula menderu masuk mengiringi kehadiran salah satunya anak kerabat diraja kerajaan eternal devil Choi Jihyun atau nama sebenarnya, Liviana sebastian.

Semangat lain yang turut berada di dalam wanita tersebut diseru bangkit oleh Jeon Jungkook sendiri. Lelaki itu inginkan penyatuan jiwa melalui ritual consolidation blood.

"El espíritu del mal, sale de la oscuridad sin fin!"

Sebaik sahaja Jungkook menyeru ayat tersebut, simbol-simbol aneh mula terukir di bahagian lantai membentuk bulatan melingkari dirinya dan liviana.

"Apa yang kau mahukan wahai manusia? Apakah kau tidak gerun pada makhluk kegelapan sepertiku?"

Soal liviana saat Jungkook menyeru roh kejahatannya muncul. Kening terkungkit sinis lalu lelaki itu melangkah setapak kehadapan.

"Huh, tidak perlu gerun pada makhluk kegelapan seperti kau. Aku sendiri datang dari dunia kegelapan. Cuma diriku singgah di dunia ini menyamar sebagai manusia. Bukankah kau juga sebegitu Choi Jihyun?"

Ujar Jungkook sinis. Mulutnya mula terbuka melafaz kalimat berkeramat lalu sebilah pisau muncul di telapak tangannya. Nadi dikelar kasar lalu cecair merah mula menitis keluar jatuh ke atas lantai.

Liviana turut melalukan hal yang sama kepada dirinya. Darah mengalir jatuh ke atas cecair darah lelaki itu. Telapak tangan wanita itu ditemukan dengan telapak tangan Jungkook.

"Bangkitlah engkau Liviana sebastian, aku menyeru diri kau supaya bersatu dengan diri aku, Jeon Fernando."

Jeritan nyaring mula bergema memenuhi pelusuk bilik. Angin kencang berpusu hebat menyaksikan penyatuan dua jiwa jahat dari kegelapan yang tiada berpenghujung.

-tbc-

A/N : Dah jelas pasal diri Jihyun? Ke belum? 😂

[C]Armastushäire •Jjk•Where stories live. Discover now