• Part 5 •

2.6K 216 143
                                    

Day 5
- Drowning in an endless sea -

Day 5- Drowning in an endless sea -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Tidak berkedip matanya memandang wajah cantik wanita di hadapannya ketika ini. Lambaian tangan Jungkook pantas melenyapkan lamunan indahnya.

"Eh, sejak bila kau simpan perempuan dalam rumah kau ni kook? Tak pernah nampak pun."soal Taehyung sambil matanya tidak lepas memerhatikan gerak-geri wanita tersebut.

Jungkook perasan akan hal itu. Telapak tangan dihentak kasar ke atas permukaan meja makan. Terhinjut bahu Jihyun dek terkejut. Nafas berengah kasar mula melolos keluar melalui celah bibir Jungkook.

Pantas kaki diangkat meninggalkan lokasi kejadian. Hati yang panas harus disejukkan dahulu. Jungkook tidak mahu kelak Jihyun menjadi mangsa amukannya.

Taehyung menjeling Jihyun dari ekor mata. Tangan ditongkat di dagu lalu kelopak mata dikerdip perlahan ke arah wanita tersebut.

"Hai, nama saya Kim Taehyung. Panggil taetae, awak?"ujar Taehyung malu-malu taik kucing.

"Eo? Saya Choi Jihyun.. Hehe, awak kawan Jungkook eah? "soal Jihyun memecahkan suasana kekok antara mereka.

"Haah, kawan Jungkook dan Scandal baru awak."ujar Taehyung menggoda lalu mata dikenyitkan ke arah wanita itu.

Terbuntang mata Jihyun dek terkejut dengan tindakan Taehyung. Kulit wajahnya mula berubah ke tona merah. Telapak tangan ditekup ke muka.

"Apa awak ni? Gatal eah? "rengek Jihyun malu. Telapak tangan dijauhkan dari muka lalu wajah ditundukkan ke bawah.

Dari kejauhan, Jungkook memerhati dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Pisau yang terhias di genggaman, digenggam kuat sehingga darah menitis turun.

-tbc-

Taehyung kesayangan anda dah mula menunjukkan belang. Anda bila lagi?

Also, this is ur Choi Jihyun.❤

❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Armastushäire •Jjk•Where stories live. Discover now