💓 ; 01

2.1K 210 146
                                    

♧•♧•♧

"Aunty Soo, t-tolonglah jangan buat Kook macam ni! Kook merayu sangat!"

Jungkook menangis sepuas hatinya. Kedua-dua tangan jejaka itu memeluk sepasang kaki wanita yang bergelar ibu saudara kepada Jungkook itu dengan kuat.

Puan Soo menayang reaksi wajah jijik apabila memandang wajah anak saudaranya yang menangis tanpa henti.

"Ish, tepi lah kau ni! Menyemak je lah!" herdik wanita itu.

Puan Soo menyepak tangan Jungkook lalu jejaka tersebut terlepas pegangannya pada kaki wanita itu.

Namun, Jungkook tidak berputus asa. Kini, dia memegang pula tangan kiri Puan Soo.

"A-Aunty, dulu aunty janji nak jaga Kook. T-Tapi kenapa aunty hantar Kook dekat hospital gila ni? K-Kook tak gila lah." ujar Jungkook sambil menangis dengan teresak-esak.

Air mata yang mengalir dikesat dengan kasar. Matanya memandang wajah Puan Soo agar wanita itu lembut hatinya dan fikirannya berubah.

Tapi, apa yang Jungkook harapkan sama sekali tidak berlaku. Malah dia diherdik lagi bagaikan dia anak seorang pengemis.

"Siapa kata kau tak gila?! Eh, kau ni pagi petang siang malam asyik cakap dekat aku yang mak kau ada! Tolong sedar sikit eh, perempuan tua tu dah lama mati! Kau ni je tak mati-mati lagi! Hidup menyusahkan aku!" tengking Puan Soo lagi.

Puas hatinya apabila sudah meluahkan segala yang terbuku di dalam hati sekian lama.

Jungkook tak sangka, bahawa adik kepada emaknya itu sanggup menghina mendiang kakak sendiri.

"Kenapa aunty cakap mak macam tu? Mak tu kakak aunty tau!" balas Jungkook.

Dia tidak kisah dengan dengan siapa yang memalukannya, tapi dia amat pantang apabila mendiang emaknya dibuat main oleh darah dagingnya sendiri.

"Ah! Kisah apa aku, kakak ataupun tak, dia dah mati! Kau duduk lah sini sampai reput tulang kau! Aku dah tak kuasa nak jaga!"

Puan Soo menarik beg besar yang diisi dengan semua pakaian milik Jungkook lalu mencampakkannya pada jejaka itu.

Beberapa orang petugas pusat rawatan tersebut mendekati Jungkook lalu membantu jejaka itu untuk bangun.

"Kau jaga budak ni baik-baik! Dia ni gila! Aku tak nak keturunan aku ada orang gila!"

Seorang petugas lelaki dan perempuan itu hanya mengangguk perlahan tatkala diri mereka diherdik sama oleh Puan Soo.

Wanita itu tersenyum puas melihat Jungkook yang sudah tiada daya untuk menangis.

"A-Aunty, K-Kook tak izinkan aunty g-guna harta mak walau satu sen pun. Kalau aunty guna, tahu lah bala yang d-datang nanti." pesan Jungkook sambil dirinya dipapah oleh dua orang petugas tadi.

Puan Soo menayang senyuman sinis dan kening kiri yang sengaja dijongketkan. Dia mendekati Jungkook lalu berbisik perlahan pada telinga jejaka itu.

"Heh, kalau aku tak guna, siapa lagi yang nak guna hah?! Kau duduk dalam tempat orang gila ni kau dapat buat apa je? Daripada simpan harta mak kau yang berlambak tu, baik aku guna untuk diri aku!"

Puan Soo berpaling lalu terus berjalan menuju ke kereta mewah milik mendiang emak Jungkook lalu beredar dari pusat rawatan tersebut.

Jungkook hanya menghantar bayangan kereta yang dipandu Puan Soo tadi sehinggalah ianya hilang dari pandangan mata.

"Adik, jom kita masuk." pelawa seorang petugas perempuan tersebut.

Petugas lelaki itu pula menjinjit beg baju Jungkook sambil memapah Jungkook untuk masuk ke dalam.

Jungkook menangis lagi. Malangnya nasib dirinya di dunia ini. Alangkah baiknya jika dia turut pergi bersama emaknya ketika dulu.

Pasti dia tidak akan merasakan derita yang terlalu sakit buat dirinya ini.

"Noona, Kook tak gila." kata Jungkook kepada petugas perempuan itu dengan nada yang perlahan dan sayu.

Wanita itu hanya mengangguk perlahan lalu mengesat air mata jejaka tersebut dengan ibu jarinya.

"Noona tahu. Dah, jangan nangis lagi."

Sebak hati wanitanya melihat anak muda yang dihantar ke pusat rawatan ini dalam sebegini rupa.

Keluhan lembut dilepaskan sambil membawa Jungkook masuk ke dalam bilik yang akan diduduki jejaka itu.

▪▪▪▪
TBC

661 words for this chapter!❤

here Jungkook's fanfiction was released! put harap ff ni dapat sambutan ramai ❤ put tahu even sekarang ni ramai yang busy en. yela baru masuk sekolah.

tapi apakan daya, tangan put gatal nak update! HAHAHA

so how? okay tak? kalau tak, maafkan put.

selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now