💓 ; 06

1K 149 120
                                    

♧•♧•♧

jeonjungkook's POV


Dari dalam bilik sampai keluar bilik, perempuan ni asyik ikut aku je. Aku tak tahu lah apa masalah dia.

Dia nak attention ke?

HAHAHA maaf lah. Aku sendiri pun kurang attention. Inikan pulak nak bagi dia attention kan?

Kau boleh bayangkan tak, bila ada orang yang sentiasa ikut kau ke hulu ke hilir tanpa sebab macam orang gila. Kau tak rasa rimas ke?

Eee aku rimas. Rasa nak sound je dia tapi...aku malu. Lepas tu nanti aku pulak yang dapat malu macam insiden pagi tadi.

Aku tolehkan kepalaku sedikit ke belakang. Ya, ternyata dia masih mengikuti aku.

Aih...

Bangku yang terletak berhadapan dengan kolam ikan itu menjadi tempat punggung aku berlabuh.

Haemi juga turut duduk di sampingku.

Aku tak berani nak pandang dia lama-lama. Entah mengapa, aku malu bila berdekatan dengan makhluk yang bernama perempuan.

Lenganku dicuit perlahan lalu aku terus memandang Haemi di sebelah yang mula mengukirkan senyuman.

"Ikan-ikan dalam tu comel kan, Kook?"

Haemi menghala jari telunjuknya ke arah ikan-ikan beraneka warna yang sedang berenang dengan riang ria di dalam kolam.

Aku hanya mengangguk kecil.

"Awak suka ikan?"

Aku mengangguk lagi. Haemi tersenyum girang lalu menepuk tangannya sekejap. Gadis itu kelihatan sungguh comel dengan perilakunya.

"Sama lah! Saya pun suka! Awak nak tahu tak, dulu saya ada bela ikan warna oren! Cantik! Tapi, dia mati."

Suara gembira Haemi tadi tiba-tiba bertukar menjadi perlahan dan sayu. Riak wajah gadis itu kelihatan sedikit sedih.

"Wae?" aku mula bertanya mengapa ikan yang dia maksudkan tadi mati.

"Sebab Yoongeh makan ikan saya. HUWAAA!"

Haemi mula menayang riak wajah ingin menangis. Aku tertawa kecil.

"Yoongeh? Siapa tu?"

"Kucing saya yang putih melepak tu lah punya kerja. Habis balang kaca tu pecah sebab dia nak ambil ikan tu. Nasib Yoongeh comel." keluh Haemi.

"Tak apa lah, awak masih ada ikan kat sini. Lagi banyak." pujuk aku untuk gembirakan dia semula.

Usaha kecilku berbaloi, Haemi seorang yang mudah tersenyum. Untung siapa yang dapat dia, sebab Haemi ni mudah dipujuk.

"Betul jugak! Ni semua ikan kita, hehehe."

Aku mengiyakan apa yang dikatakan Haemi itu. Sejujurnya, aku mula berasa selesa dengan dirinya. Mungkin kerana sikap positifnya yang dibebaskan membuat tekanan dan kesunyian aku hilang sedikit demi sedikit.

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now