💓 ; 18 [Ending]

1.1K 111 29
                                    

♧•♧•♧

[ Tiga tahun kemudian ]


jeonjungkook's POV

Aku dah boleh hidup bahagia tanpa perlu merasai penderitaan yang aku lalui sewaktu remaja dulu.

Aku bersyukur kerana Tuhan menghantar semua insan yang baik untuk aku berdamping dengan mereka.

Kini, Bangtan Sonyeondan mula terkenal ke seluruh Korea Selatan dengan keluaran album pertama kami.

Aku mula bangga dengan diri aku sendiri. Aku tak sangka aku akan menjadi berjaya sampai tahap begini.

Aku sudah punyai seunit apartment mewah dan elit di Korea ini, Mercedes Benz dan beberapa telefon bimbit keluaran Iphone. Duit itu berasal daripada kad bank milik mendiang ayah yang sempat aku sorokkan daripada pengetahuan Aunty Soo.

Berbicara tentang wanita itu, aku juga tak sangka bahawa dia mengalami tekanan jiwa dan doktor mengesahkan dia gila. Jadi, dia tinggal di tempat yang dia buang aku dahulu.

Kesemua harta mendiang emak habis dia gunakan tanpa tinggal satu sen pun. Yang masih ada hanyalah rumah. Kereta semua telah dijual.

Disebabkan rasa benci untuk mengingati semula kenangan pahit yang pernah aku lalui bersama wanita itu di rumah besar milik keluarga aku sendiri, aku bercadang untuk menjual rumah tersebut kepada orang lain.

Aku mahu memulakan hidup baru di tempat yang baru. Aku tidak mahu dibelenggu dengan kisah lama lagi.

Status? Masih single. Bukan kerana memilih, tapi aku menunggu dia yang takkan kembali.

Dia, yang hilang secara tiba-tiba...sehingga sekarang. Tiada sebarang jejak atau khabar berita tentang dia.

+flashback+

"Hyung, ada nampak Haemi tak?"

Aku ingat lagi waktu itu aku cemas kerana Haemi hilang secara tiba-tiba. Sebaik saja aku bangun pagi, Haemi sudah tiada di dalam bilik.

"Tak ada. Kenapa?"

"Haemi pergi mana? Kenapa dia tak ada?!"

Aku risau. Ke manakah Haemi pergi membawa diri?

"Kook, jom lah. Nanti lambat!" panggil Yoongi dari jauh.

"Sabar lah! Orang tengah cari Haemi ni!"

Aku hampa. Setelah hampir setengah jam aku buat 'tour' di semua tempat pusat rawatan tersebut, namun kau tetap tiada.

"Dah lah. Kau sampaikan pesanan atau number phone kat Suho tu. Nanti suruh dia pass pada Haemi." cadang Namjoon.

"Haemi tak ada phone!"

Aku menangis. Buku nota aku masih setia di tangan. Nak tak nak aku terpaksa mengikut juga hyung-hyung masuk ke dalam kereta yang dipandu Hoseok hyung.

"Jungkook! Jungkook!"

Jimin berlari sambil memanggil aku dari jauh.

Dia menyerahkan aku sehelai surat yang dilipat dua. Tertera nama Haemi di atasnya. Aku dengan sepantas kilat membuka dan membacanya.

Kook, jaga diri. Jaga kesihatan. Maaf kerana Haemi tiada di sini. Haemi kena pergi. Tugas Haemi untuk menggembirakan Kook di sini telah pun tamat. Maafkan Haemi sebab terus pergi tanpa ucap selamat tinggal pada Kook.

Terima kasih, sebab sudi mencipta kenangan bersama Haemi. Akan Haemi ingati untuk selama-lamanya. Your laugh, your tears and your smile... always in my heart :)

Semoga kita berjumpa lagi, Jeon Jungkook. Mungkin di kehidupan yang akan datang ♡♡.

from:
Jung Haemi <3

Aku menangis lagi.

Jujur, aku mula rindukan Haemi.

Namun aku tidak mampu lakukan apa-apa selain daripada berdoa agar dipertemukan semula.

Aku harap,

Tuhan akan takdirkan kita untuk berjumpa lagi, Jung Haemi.

+end flashback+

Haemi, gadis yang muncul dan hilang secara tiba-tiba.

Datangnya tak diundang, perginya juga tak dipinta.

Bagaimana dia datang, macam tu juga lah dia pergi. Perkara yang sudah lama ingin aku tanyakan tentang dirinya terus terkubur begitu saja.

Sesungguhnya, kehadiran dia di dalam hidupku takkan pernah terpadam di kotak ingatanku buat selama-lamanya.

Semoga berjumpa lagi. Kook setia menunggu Haemi.

Dia, ibarat malaikat. Hadirnya membawa segala ketenangan buat diri ini. Terima kasih untuk segalanya. Takkan aku lupakan dirimu.

▪ THE END ▪

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now