💓 ; 17

862 90 24
                                    

♧•♧•♧

"Hyung! Tak sangka kan esok kita semua dah nak keluar dari tempat ni?" soal Taehyung dengan penuh girang.

Sewaktu pengurus pusat rawatan ini memberitahu bahawa mereka semua sudah boleh keluar dari sini, mereka rasakan bahawa mereka sedang hidup di dunia khayalan.


Seakan tidak percaya yang mereka akan keluar serentak. Begitu juga dengan Kim Seokjin yang bertugas sebagai doktor itu.

Katanya, dia sudah mula serasi dengan kumpulan Bangtan Sonyeondan. Doktor kacak itu ingin bergerak bersama mereka berenam di luar sana.

Jadi, dia dengan rela hatinya meletakkan jawatannya sebagai doktor dan bergiat aktif sebagai penyanyi bersama ahli Bangtan Sonyeondan.

"Ya kan? Macam tak sangka je. Aku rasa macam baru je duduk sini." ujar Hoseok.

"Betul tu! Dalam beberapa jam je lagi kita akan keluar daripada sini!" jawab Namjoon pula.

"Tapi kan, aku rasa sebak lah pulak. Ya lah, bila dah serasi dengan semua orang kat sini, nak tinggalkan tu rasa sayang sangat." Jimin yang dari tadi diam mula menyampuk.

Mereka semua mengangguk. Apa yang Jimin rasakan itu mereka juga turut rasakannya.

Siapa je tak sebak kan bila nak meninggalkan orang yang sudah lama berada di sekeliling kita?

"Nanti tak payah risau-risau, hyung memang dah ada rumah. Jadi, korang semua boleh stay kat rumah tu sementara kita mengumpul duit untuk beli rumah sendiri." Seokjin menawarkan rumahnya untuk dijadikan tempat mereka bertujuh menginap apabila sudah keluar nanti.

"Ah, seriously hyung?!"

"Kau ada nampak muka aku ni muka temberang ke huh?"

"Boek ah, hyung! Hidup Seokjin hyung!" laung Jimin lalu mereka semua tertawa bersama.

° ° °

"Kook dah nak keluar eh? Sekejap je masa berlalu kan?"

Haemi membantu Jungkook mengemaskan pakaiannya dan membawa masuk ke dalam luggage.

Baju itu dilipat kemas dan diserahkan kepada Jungkook.

"Tak sabar Kook nak keluar. Haemi tak keluar ke?" soal Jungkook pula. Namun Haemi hanya tersenyum.

"Kook..." panggil Haemi dengan lembut.

"Ya?"

"Haemi suka tengok Kook gembira."

Jungkook pula yang tersenyum malu. Beg besarnya diangkat lalu diletakkan di tepi katil.

"Semua ni sebab Haemi dengan hyung yang bantu Kook. Terima kasih, Haemi. Disebabkan Haemi, hidup Kook dah tak rasa kosong lagi." ucap Jungkook dengan penuh rasa tulus ikhlas.

"Sama-sama. Teruskan tersenyum, Jungkook. Haemi suka sangat dengan senyuman Kook."

Sepi.

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now