💓 ; 08

949 132 63
                                    

♧•♧•♧

Disebabkan Jungkook tidak mahu keluar untuk makan malam, jadi Haemi mengambil keputusan untuk membawakan makanan tersebut ke dalam bilik untuk diberikan kepada Jungkook.


Sebenarnya, Haemi tahu bahawa Jungkook lapar. Tapi, jejaka itu lebihkan perasaan malunya terhadap 'langau' yang merendahkan semangatnya itu.

Sandwich telur dan susu menjadi santapan malam sebelum tidur bagi mengalas perut. Mana tahu nanti waktu tengah syok membuta, tiba-tiba lapar kan?

Selepas saja Haemi membuka pintu bilik, dia nampak Jungkook duduk bersila sambil membelakangkan dirinya dan tubuh Jungkook menghadap tingkap bilik.

Pintu bilik itu Haemi tutup dengan perlahan. Kakinya berjalan mendekati Jungkook.

"Jungkook-ah, Haemi ada bawa sandwich untuk Kook. Makan lah, nanti lapar." Haemi memanggil Jungkook dengan lembut.

Pinggan yang berisi dua keping sandwich dan segelas susu itu diletakkan di atas meja yang terletak bersebelahan dengan katil.

"Jungkook..."

Haemi datang menghampiri jejaka yang masih tidak menyahut akan panggilannya tadi.

Haemi ingin memanggil semula namun apa yang dilihatnya membuatkan dia terkejut besar.

"Yah, Jungkook! Apa awak buat ni hah?!"

Sebilah pisau lipat yang berada di dalam genggaman Jungkook itu diambil lalu dicampak jauh sehingga ke hujung pintu.

Haemi menarik tubuh Jungkook ke dalam pelukannya. Jejaka itu hanya menangis dalam diam.

"Awak buat apa ni, Kook?! Tak lawak lah!"

Wajah Jungkook disentuh dengan kedua belah telapak tangannya. Anak matanya memandang mata Jungkook yang masih setia menangis.

Bibir Jungkook bergetar. Matanya sudah sedikit layu.

"Cakap dengan Haemi kenapa--"

Baru saja Haemi menarik tangan Jungkook, sekali lagi dia hampir pitam tatkala iris matanya menangkap satu cecair likat berwarna merah yang mengalir laju dari pergelangan tangan Jungkook.

Seluar Jungkook yang berwarna putih itu habis bertukar menjadi warna merah. Bagaimana dia tidak perasan yang tangan Jungkook sudah berdarah?

"J-Jungkook! Wae--"

Jungkook pula yang rebah. Mukanya sudah bertukar menjadi pucat. Bibirnya pula sudah menjadi warna biru keunguan.

Tanpa membuang masa, Haemi pantas berlari keluar daripada bilik tersebut bagi meminta pertolongan.

Bimbang, jika dia lambat, nyawa Jungkook akan melayang.

° ° °

"D-Doktor, macam mana dengan Jungkook?"

Haemi, Yoongi, Jimin, Taehyung dan Hoseok dengan sabar menanti jawapan yang bakal diberikan oleh doktor lelaki itu.

Plump smile milik doktor itu diberikan buat mereka berlima. Stetoskop yang ada pada telinganya ditanggalkan lalu digantung pada leher.

"Syukur, kerana Jungkook masih sempat diselamatkan. Kalau lambat, mungkin dia sudah tiada di sini."

Sejurus itu mereka berlima menghela nafas kelegaan. Hilang beban di dada saat doktor kacak itu memberitahu bahawa Jungkook baik-baik saja.

"Jungkook terlalu stress. Dari riak wajah dia pun, saya dapat meneka apa yang dia hadapi sekarang ni. Nampaknya kamu semua amat diperlukan untuk mengembalikan semula semangatnya." doktor itu memberi penjelasan.

Mereka mengangguk faham dan mengucapkan terima kasih atas nasihat yang telah diberikan oleh doktor itu.

"Err, doktor!"

Haemi memanggil doktor itu sebelum pintu wad dibuka.

"Ya? Ada apa lagi yang saya boleh bantu?" tanya doktor itu selepas memusingkan tubuhnya menghadap Haemi.

"Nama doktor siapa? Bukan apa, nanti senanglah saya nak cari doktor kalau ada apa-apa terjadi pada Jungkook." kata Haemi berterus terang.

"Oh, baiklah. Nama saya Kim Seokjin. Saya lah doktor worldwide handsome. Boleh panggil saya Doktor Kim or mana yang awak rasa selesa." Seokjin memperkenalkan dirinya seperti yang diminta Haemi.

Worldwide handsome weh.

Dengan muka penuh bangga dia tuturkan ayat tu.

Tapi memang betul lah. Sesuai lah gelaran tu dengan dia kan?

"Ah, nae Doktor Kim! Terima kasih!"

Haemi tunduk hormat di hadapan Seokjin lalu lelaki itu pun turut melakukan hal yang sama.

"Baiklah, sama-sama. Kalau ada apa-apa, panggil je saya."

Seokjin mengenyitkan matanya lalu keluar daripada wad tersebut. Haemi mengeluh perlahan. Kepalanya digeleng kecil.

Kawan-kawan Jungkook di sini sudah sedia menunggu jejaka itu untuk membuka mata. Sedih melihat Jungkook menerima nasib sebegini.

Aku gagal lakukan tugas aku. Aku gagal! Maafkan aku, Tuhan.

▪▪▪▪
TBC

611 words for this chapter! ❤

update lagi gais! HAHAHA maaf laa terspam pulak! sementara ada idea ni kan, baik put update dulu. takdela ff husben put ni berdebu berpasir berhabuk kan :")

kalau sendu, hambar or etc, maafkan ya 🙏 tak mampu nak jadi yang terbaik :") terima kasih mana yang sudi baca!

okaylah, selamat membaca!💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now